Saturday, October 9, 2010

...pesanan buat teman :)

Andai kau ingin berteman
janganlah kerana kelebihannya
kerana mungkin dengan satu kelemahan
kau mungkin akan menjauhinya

andai kau ingin berteman
janganlah kerana kebaikannya
kerana mungkin dengan satu keburukan
kau akan membencinya

andai kau ingin sahabat yang satu
janganlah kerana ilmunya
kerana apabila dia buntu
kau mungkin akan memfitnahnya

andai kau ingin seorang teman
janganlah kerana sifat cerianya
kerana andai dia tidak pandai menceriakan
kau mungkin akan menyalahkannya

andai kau ingin bersahabat
terimalah dia seadanya
kerana dia seorang sahabat 
yang hanya manusia biasa
jangan diharapkan yang sempurna
kerana kau juga tidak sempurna
tiada yang biasa-biasa menjadi sempurna..

tapi, bersahabatlah kerana Allah :)

sabda Rasulullah SAW: bersahabatlah dengan orang yang keadaannya sentiasa membangkitkanmu dan kata-katanya banyak menyedarkanmu ke jalan Allah.

No comments: