Sunday, December 12, 2010

Tegur dengan cara yang sopan. Especially when people DON'T KNOW!

Salam'alayk.
Hari ni aku nak bercerita. tapi kisah lama la jugak. It happened last week.
I went to Masjid with Zamira Hamid.
It's Masjid at Kepala Batas, masjid al-jami'ul badawi, penang.
But what I want to narrate here is the way people there tegur orang.
malas nak ber'speaking'.


Kalau tak, aku tak puas nak bercerita.
yeah, Bahasa Jiwa Bangsa!
OK! sudah melalut!


Kami masuk masjid. naik tingkat atas, bahagian perempuan.
dah penat berjalan jauh, aku rasa, tak salah bila aku dan zam membuka hijab yang kami pakai.
apatah lagi aku tengok ada je dua tiga orang kakak yang mungkin datang sembahyang masa lunch time, turut membuka hijab diorang.
Aku dan zam pun lebih kurang la.
Kami pun tengah lunch time la tuh.
sebab baru balik dari kaliber. then, jalan pi masjid tu, untuk rehat-rehat sat sebelum sambung pi sekolah pulak untuk kelas Biology. see, kids nowadays? rajin betul.*puji diri.


aku tinggalkan zam untuk jaga barang sebab nak pergi ambil air sembahyang.
balik dari ambil air sembahyang, aku biarkan tangan aku masih tersinting. dan kaki aku pun aku sinting je sampai buku lali. aku rasa, takde masalah je. takde lelaki.


bila aku menghampiri zam, aku tengok muka zam berkerut semacam. aku pun pelik lah.
"apesal?" zam menggenggam penumbuk menahan sabar.
"nanti aku cerita" dia berlalu. aku ambil turn untuk jaga barang pulak. dengan innocent nya,
aku duduk bersandar cool tanpa mengetahui ada kisah terjadi akibat kemarahan zam tuh. 
yelah. penat. otak letih whoa. so, aku decide nak rehatkan otak yang penat bekerja 4 jam pagi tuh untuk belajar Physics dengan Addmath untuk intensive class.
yela. nanti nak sambung bekerja untuk biology pulak petang tuh.


Suddenly, makcik yang tadi dok berwirid mungkin, bangun.
aku menghadiahkan senyuman paling indah untuk dia. 
Yelah, anak muda kan sering dikaitkan dengan perkara negatif, so aku senyum la biar dia nampak tak semua anak muda zaman sekarang hancur.
sebab aku ni, selalunya jenis jeling je kat orang.


"Ni apa terselak semua nih! nampak habis dekat pejabat sana nuh!" tiba-tiba dia tengking.
aku pun blank.
pekenama makcik ni.kena sawan ka? tiba ja menjerit. aku naik hangin la.
*dasar orang hot-tempered, memang cenggini.


"haaa? maksud makcik?" suara kawal habis. tahan Far, tahan!
" tuh! CCTV! nampak habis. tayang habih semua dekat pejabat! depa nampak laaa yang dok jaga tu anak2 laki muda. haaa, baguih biaqq depa tengok habeh! selak habeh semua. toksah dok simpan dah!" makcik tu suara meninggi lagi. sambil tangan dia dok menerawang buat aksi apa entah.
aku blank lagi. CCTV? and mata aku tertangkap gerak tangan dia tunjuk satu sudut, CCTV!!!!!!!!!!!!!!!!!!


masa tuh, aku maki terus dalam hati! terus capai tudung, pakai.
" ohh. saya tak tau.." slow. aku tengah sakit hati. mana aku tau! 
" dulu banyak orang dok mencuri, depa pasang la cctv! lenkali fikir laa!" makcik tu tak habih-habih lagi.
aish, aku memang rasa macam nak...grrr. sabaq jela.
"TERIMA KASIH makcik bagitau...saya Taktau.."
 makcik tu belah sambil dok menggumam entah apa hapa lagik.


DASAR! bila zam balik, aku cerita kat zam. dia pun cerita kat aku kes dia pulak.


yang aku hangin sekarang, apakah kerelevanan meletakkan CCTV dalam masjid? kalau dalam kawasan masjid,
aku boleh terima. ni sampai dalam masjid terus bahagian orang dok sembahnyang pun pi letak sapa suruh?
dahlah aku taktau! nak tengking-tengking apaa?
cakap elok-elok tak boleh ka? cuba mai bisik habaq kat aku.
kan senang. aku pun tak rasa annoyed and tak terasa nak maki orang tua-tua.
entah-entah tukang jaga cctv tuh gelak je tengok aku kena marah!
Bo....grrrr!


Kes kecurian dalam rumah Allah ni happens anywhere. pandai-pandai la jaga barang!
yang tuh pun susah ke? bukan cakap besar, mana tau satu hari nanti jadi dekat aku, Wallahu'alam.
Tapi, mana boleh buat macam tuh! orang yang taktau, semua bukak. lepas tuh, ada je orang lain masuk masjid, bukak jugak tudung. perkara tu normal!
Tak payahlah nak tengking2 bila orang taktau. memang aku tak puas hati.


sepanjang perjalanan nak keluar dari masjid tuh memang aku marah tak padam lagik.


OK la, aku terima if dah tak reti sangat jaga barang! sediakan lah pekerja perempuan yang jaga CCTV tuh! baru lah tak menyusahkan orang lain.


I don't KNOW! itu yang aku geram! aku TAK tahu okayy! kalau aku tau, aku pun tak bodoh sangat nak londeh tayang segala kat cctv tuh laaa. kalau tak penat jela aku dok pakai tudung selama niii. grrr, sian kat laki aku! :(


sabar jela.


masih tak puas hati,
Far ;(

3 comments:

zamiyrra said...

sabaq weh sabaq ! ingatkan aku tulih kat blog aku tu dh panjang, ng tulih lagi panjang rupa-rupanya. hahaha. sakit ati weh. tapi aku dah sejuk kot. *masih fikir sama ada esok nak p masjid tu lagi atau tak. -_-

Syaza Suraini said...

makcik tu .. the time of the month kot. ;P i don't know what to do kalo kena ngan that makcik, mcm garang je bunyi. haha

aanywy,

CCTV DALAM MASJID??
KAT TEMPAT MUSLIMAT?
=.=

i think u shud tell which masjid.

fartvxqhlovate said...

bagitau bolee ke? takut kena saman -.-'