Monday, January 17, 2011

Wallet :'(

Salam'alayk.
Aku tengah sedih.

*ya aku dah menangis. dan aku rasa aku menangis lebih teruk dari ni T___T

Seperti tertera di tajuk post, ya! 
Aku telah tercicir wallet aku di mana-mana dalam keadaan tidak sedar.
Ini perkara paling sadis sekali pernah berlaku dalam hidup aku.
Mungkin kelemahan aku, lalai atau sebagainya :'(

Sekarang aku belum buat police report.
Sebab aku tak reti.
Tambah pulak mak aku belum balik.
She's on her way back from Egypt.

Ada banyak jugak cash dalam tuh.
Kalau orang yang jumpak wallet aku tu kuat iman,
maka semestinya dia pulangkan semula.
Sebab IC + Lesen aku segala bagai ada dalam tuh.

Tapi kalau orang tuh tak kuat iman pun,
aku merayu andai kata dia terbaca entry ni,
pulangkanlah IC + Lesen aku tuh.
Benda lain, 
the cash especially, aku halalkan lah.

Aku tak berminat nak buang masa aku dekat akhirat nanti tunggu turn orang yang curi duit aku nanti dekat mizan. Biar Tuhan hukum pencuri tuh selayaknya.
Andai kata la.

Apa-apa pun, 
sesiapa yang baik hati membaca entry nih, 
muliakan lah diri membaca Yassin untuk aku cepat dapat temui wallet aku tuh andai masih ada rezeki aku.
Mana nak tau kan. 

Aku berdoa sangat-sangat wallet tuh jatuh ke tangan orang yang bertanggungjawab.


Masih dalam mode berkabung atas kehilangan wallet,
Fartvxqhlovate,
Farzana Rosley :'(

1 comment:

princessbalqis88 said...

insyaALLAH.. doa banyak2.. angah doakan semoga dapat balik..