Thursday, May 26, 2011

...Dia si anak

Kadang si anak menangis dalam diam
Menyimpan luka terpendam dalam
Tak terluah biarpun dikecam
Dek maruah yang lama ditanam

Hari ini dia budak bisu
Kerana dia masih belum mampu
Hanya menindakkan dengan tubuh kaku
Melenting dengan hati lesu

Dia anak suram
tapi punya jantung berdegup
dengan penuh sanggup 
demi meneruskan hidup.

Dia anak muram 
tapi kesedihannya disorok tenggelam
dalam senyum paling dalam.

Dia anak sepi 
punya hati berlari sunyi
namun jiwa tabah bernyanyi.

Dia si anak ceria
di sebalik ketawa
punya kisah duka penuh luka.

Dia insan biasa
tak setabah mana
sekadar mampu berseloka
menghilangkan rasa kecewa.

Dunia hari ini lupa
tapi sampai esok dia tidak alpa.

Farzana Rosley.
10.36 am
26/5/11
Fartvxqhlovate.

p/s : i rarely berkarya. i'm sad. this is my vow anyway.

No comments: