Friday, February 10, 2012

kau tak pernah rasa hidup susah,

Assalamualaikum wbt.

Dari kecik, abah selalu ajar aku adik beradik supaya tak membazir.
Kata abah, " hampa tak merasa hidup susah. dulu keluarga abah seketul dua ayam nak kena kongsi dengan whole siblings of  7."
Dan dari kecik jugak, memang abah akan mengamuk sakan kalau makan tak habis, masak bebanyak sampai membazir and keluar bilik tak switch off lampu kipas segala.
Memang dulu kekadang hangin jugak, sebab bukan boleh tau nak habis ke tak makanan.
Bukan boleh expect kata harini nasi tak habis.
Dan bukan selalu sedar pun cuai terlupa tutup kipas segala.

Tapi harini tu benda yang aku bangga dengan abah. Sebab "hidup susah abah" dulu tu ajar aku jadi seorang yg most of the time habis makan. And YA, kedekut untuk membelanjakan duit aku for no reason. Alhamdulillah family aku takdelah kaya gila and takdela susah sangat. Sederhana. So I always apply it in my life.

Haritu aku keluar dengan somebody. We went to a steamboat house. memang banyak untuk dimakan and tak rugi kalau telan. Bayaran dia ikut kepala. They gave us 2 hours to spend, and eat everything we wanted to in the kedai. BUT, kalau tak habis, kena bayar denda.

So we chose. And boiled. And eat.

I was the first person yg boleh makan yknow. Well bab makan memang aku jarang kalah. Disebabkan ketamakan melampau, yeee aku ambil banyak. Tapi alhamdulillah, aku ingat pesan abah setiap kali aku makan, " hmpa tk merasa hidup susah" tuu, aku berjaya habiskan semua yg aku ambil.

Tapi that somebody, memang dia kecik saiz dari aku. But he/she picked more than me. And and, baru tiga ketul dia makan, dia dah risau takut makan tak habis.
Selain steamboat, aku sedar yg diri aku pun dah mula boiling. DON'T BE THAT PESSIMISTIC.
Itu first thought aku. Aku sabar. Ya, memang bukan aku nak kena bayar pun kalau kena denda.

Masuk lagi seketul ke mulut dia, dia kata, " Uhhh sorry. Nanti kalau kena denda sebab makan tak habis, it's fine. I'll pay"
Aku rasa nak baring. Tahan marah. Kau tak pernah merasa hidup susah? harini kau nak solve satu pembaziran dengan duit?
Aku rasa tak adil. Aku dah habis sepinggan penuh steamboat yg aku pilih dan kau masih ketar-ketar fikir berapa yg kau kena bayar? Anak ini mewah betul.
Ya, aku memang tak pernah hidup zaman kena makan ubi kayu segala bagai. Tapi aku masih hidup sekarang zaman anak-anak Palestine menangis kebuluran fikir makanan dan kau sedang fikir cara selesaikannya ialah DUIT?

Memang duit kau boleh keluar. Aku mengaku tak pernah sumbang banyak kat sedara2 aku Palestine sana selain doa. Tapi kau? Selamba keluar duit atas satu pembaziran yg kalau diberi kpd mereka, satu nikmat yg tk terbalas. Fine. Kau bayar. Tapi di akhirat sana, kau jawab.

Aku bangga sikap abah. Bukan lah kedekut pun, tapi kepantangannya ialah pembaziran. Yaa! NEVER WASTE. Be it money, food or anything yg sewaku dengannya.
Everytime kami keluar makan, abah takkan order makan. Bukan takda duit nak tambah satu, tapi abah nak habiskan makanan kami yang tak habis. Tapi kalau semua orang habis makan, abah akan tambah order.
Kata abah, " Abah makan lewat pun abah cepat. "
" Makanan hampa yg tk habis ni, hampa rasa takda apa. Tapi to those yg tk makan, they yearned for it. Sapa nak jawab kat akhirat esok yg kita boleh senang lenang makan then buang sedangkan depa tak dapat pun hak depa."

Kat dunia kita solve sth dengan duit kita rasa lega. Fine enough. Tak pernah merasa hidup susah kah? If one day jatuh bala kat kita (na'uzubillahiminzalik) masa tu nak tengok apa benda yg kita boleh guna kalau dah duit pun tak boleh ganti. Hm.

Baik dari Allah. Buruk dari aku.

Fartvxqhlovate :)

1 comment:

juzshiper said...

agree:)
hahah
i am so like that
takut bila masuk restoran yg bila tgk menu,aku seniri leh tbeliak mata
even bukan aku yg bayar
tah,tak biasa ot..