Thursday, May 24, 2012

Tanya diri, kenapa tuntut ilmu?

This post is 100% -ly copied from my batch's KP. He shared sth on our Batch Page. So this is it. Nice one :) Thanks Asyraf Fauzi for sharing :D This is his Twitter ( @Skulptura94)

Tahniah pd those yg akan sambung study. X kira la di mana, bila dan apa bidang sekalipun. Hakikatnya kita sedang berjalan di jalan Allah dengan menuntut ilmu. X kira ilmu dunia atau akhirat. Asalkan bermanfaat, boleh kita untuk mendalaminya. Rasulullah bersabda, "menuntut ilmu fardhu ke atas setiap muslim".

Dengan ilmu, manusia berbeza dengan haiwan. Xkan kita nak sama dengan haiwan yg hidup di dunia semata - mata untuk makan dan bersetubuh? Allah akan tinggikan darjat org yg menuntut ilmu. Ingat tu.

Cuma yg sedihnya, xda konsep Rabbaniyyah dalam menuntut ilmu kita pd masa kini. Kita belajar untuk kerja. Kita jadi hamba pd duit. Rasulullah s.a.w. bersabda x akan berlaku kiamat selagi x terjadi 3 benda:

Pertama manusia menjadi hamba pd berhala (zaman jahiliyyah).
kedua, Manusia menjadi hamba pd makanan (zaman Nabi mana ana x ingat) dan
sekarang HAMBA PADA DUIT!! Nauzubillah.

Kalo kita ditanya kenapa belajaq teruk2 mesti kita akan jawab supaya aku dapat kerja yg baik. Segelintir saja yg akan jawab kerana mencari MARDHOTILLAH!! Jadi apa guna kita menuntut ilmu? sebab tu berlaku penyalahgunaan ilmu yg dia miliki. Sebagai contoh, org cerdik pandai yg mencipta senjata. Berapa ramai yg terkorban?? semua ni berlaku kerana kita terlalu mengharapkan dunia.

Imam Nawawi menyusun Hadis 40 dengan memulakan hadis pertama dengan hadis berkaitan dengan niat. Innamal 'amaalu binniyat. Semua org tau hadis ni. Tapi berapa ramai yg beramal?

Jadi sebelum kita memulakan langkah sbg seorang mahasiswa, sbg seorang daie di atas muka bumi ini, mari kita sama2 tajdid niat kita. Sesungguhnya aku menuntut ilmu di jalan Allah semata - mata kerana Allah. Lakukan setiap hari kerana syaitan akan sentiasa memesongkan kita dri matlamat tersebut.

Kan indah kalo ilmu dituntut kerana Allah. Banyak benda dapat dielak. Sbg contoh, peperangan. Kalo org tuntut ilmu kerana Allah mana mungkin dia akan terpikir untuk mencipta alat yg akan menghapuskan tamadun dia sendiri.

Akhirulkalam, tuntutlah ilmu kerana Allah. Bukan untuk menjadi hamba pd duit. Ana menasihati sahabat2 dan diri ana sendiri supaya bermuhasabah diri sebelum melangkah ke alam universiti. Sentiasa tanya diri kita, kenapa aku menuntut ilmu???
Sekian assalamualaikum w.b.t. :)

2 comments:

Syaza Suraini said...

pegang kuat2 prinsip ni, insyaAllah xstress blajar~ :)

fartvxqhlovate said...

inshaAllah :) kena slalu remind diri^^