Trust me kalau aku tak da tulis caption panjang kat instagram, tak mungkin aku akan buat post ni hahah. Sebab aku dah lupa apa yang berlaku meskipun baru sebulan berlalu. Dan dah sebulan jugak lah aku terlantar sebab balik dari CH Day Trip ni aku terpelecok and kakiku retak ๐คง
Before aku end perenggan pendahuluan tak ikut format di atas, shout out to my colleague, Umi Amirah kerana sudi mengajak aku join trip ni. Honestly, worth the fractured metatarsal ๐
Baiklah. Trip kami santai, tapi kami paksa jugak menjadi. Takmau tangguh, walaupun jalan Simpang Pulai ditutup masa tu, diiringi doa - kami bertekad pi jugak (sebab bukan kami yang drive pun kan hahah) meskipun kena lalu jalan jauh iaitu melalui Tapah. Aku gelabah takut Kanda tak bagi dah, tapi alhamdulillah dia bagi ja. Nak bagi aku enjoy sesekali me time hehe.
Here goes, mengikut turutan tempat yang kami lawati:
1. ๐Cameron Valley 2
Bangun pagi dengan doa, ya Allah semoga cuaca baik. Hujan non stop the day before. But alhamdulillah the weather up there was great. Ada gerimis jugak kadang kadang but it didn't stop us from enjoying our day.
Money spent here:
๐ธ RM 20 for scones set + teh 'o
๐ธ RM 20 for buggy ride (dapat 1 pack of tea for free).
2. ๐Agro Farm
Memula rasa macam mahai nya nok, tak sudi nak masuk. Tapi bila masuk rasa puas hati sebab cantik sangat bunga bungaan, and memang banyak spots for OOTD kalau pandai ambil gambar. Ada jugak mini farm boleh tengok biri biri, alpaca and birds. Kami ni beruntung sebab ada Syerie (kawan baru - wife colleague), semua gambar dia ambil cantik! Also our van driver memang function, lawa jugak gambar En. Faiz ambilkan. Hehe. Manis kenangan disini walaupun banyak tangga perlu dipanjat ๐
Money spent here:
๐ธ RM 25 (entrance)
๐ธ RM 15 (strawberry 1kg buat ole ole)
๐ธ RM 20 (jagung putih 12 batang)
3. ๐Aidilbadri Strawberry
Ni bukan tempat lawatan eh, ni tempat makan hahaha. Berjalan banyak haruslah lapar. Kedai ni terletak di Kampung Taman Sedia. Kampung ni banyak komuniti orang Melayu and banyak menu yang depa create untuk masukkan imej CH tu sendiri, macam sambal strawberry salah satu contoh dia. Banyak jugak kedai makan kat sini, boleh la melawat dan support. Memang sedap ๐
*Gambar makanan banyak sebenarnya tapi semua ambil portrait, bukan landscape jadi tak helok nak upload kat blog bila update pakai phone. Adoi la.
4. ๐Sheep Sanctuary
Sini kami dah kalut, sebab hujan plus kalut nak solat. So kami hanya masuk demi menghiburkan anak anak kecil hehe. Terus teringat kat anak sendiri, mesti depa seronok kalau bawak (walaupun Fahri pernah mai dah, but moms be likeeee). Cumanya, sheep dia rakus semacam, lapar macam tak diberi makan. So kesian la. Aku dulu tak takut, tah kenapa kalini disebabkan kerakusan depa aku jadi takut hahah.
Money spent here:
๐ธ RM 12 (entrance + makanan biri biri untuk disuap)
Setelah keluar dari melawat biri biri dan alpaca tu, kami just melilau kat kawasan tu, which is called:
5. ๐KEA Farm
Kea Farm ni luas lah. Sheep sanctuary ni macam salah satu attraction dia. Tapi hari kami pi tu tah kenapa banyak kedai tutup. Nasib la dah beli jugak strawberry tadi. Tapi terpaksa la beli tambah lagi strawberry, jagung and ubi jugak kat sini.
Setelah tamat shopping, kami pun beransur pulang. It was indeed a memorable day. Excited nak bawak balik segala belian. Sampai ja sekolah, tengah dok angkat barang boleh pulak terpeleot sampai retak kaki.
Itulah punca aku ada banyak masa untuk update blog bagai. Dah dekat sebulan ni aku cuti ๐คง
Semoga aku sihat sejahtera kembali secepat mungkin.
Aku tak rasa ada yg baca dah blog ni. But if you do, thank you for the time.
To my future self who might be reading - to go down the memory lane ; YOU GOT THIS, FAR! It's quite hard to depend everything on people but you WILL get better ๐
Love,
Far
Fartvxqhlovate
Farzanaley.
No comments:
Post a Comment
something i'ld like to say :)