Wednesday, November 27, 2024

Cameron Highlands Day Trip 2024

Assalamualaikum wbt and hello everyone! 

Trust me kalau aku tak da tulis caption panjang kat instagram, tak mungkin aku akan buat post ni hahah. Sebab aku dah lupa apa yang berlaku meskipun baru sebulan berlalu. Dan dah sebulan jugak lah aku terlantar sebab balik dari CH Day Trip ni aku terpelecok and kakiku retak ๐Ÿคง

Before aku end perenggan pendahuluan tak ikut format di atas, shout out to my colleague, Umi Amirah kerana sudi mengajak aku join trip ni. Honestly, worth the fractured metatarsal ๐Ÿ˜…

Baiklah. Trip kami santai, tapi kami paksa jugak menjadi. Takmau tangguh, walaupun jalan Simpang Pulai ditutup masa tu, diiringi doa - kami bertekad pi jugak (sebab bukan kami yang drive pun kan hahah) meskipun kena lalu jalan jauh iaitu melalui Tapah. Aku gelabah takut Kanda tak bagi dah, tapi alhamdulillah dia bagi ja. Nak bagi aku enjoy sesekali me time hehe.

Here goes, mengikut turutan tempat yang kami lawati:

1. ๐Ÿ“Cameron Valley 2

Bangun pagi dengan doa, ya Allah semoga cuaca baik. Hujan non stop the day before. But alhamdulillah the weather up there was great. Ada gerimis jugak kadang kadang but it didn't stop us from enjoying our day.

Money spent here:
๐Ÿ’ธ RM 20 for scones set + teh 'o
๐Ÿ’ธ RM 20 for buggy ride (dapat 1 pack of tea for free).

2. ๐Ÿ“Agro Farm

Memula rasa macam mahai nya nok, tak sudi nak masuk. Tapi bila masuk rasa puas hati sebab cantik sangat bunga bungaan, and memang banyak spots for OOTD kalau pandai ambil gambar. Ada jugak mini farm boleh tengok biri biri, alpaca and birds. Kami ni beruntung sebab ada Syerie (kawan baru - wife colleague), semua gambar dia ambil cantik! Also our van driver memang function, lawa jugak gambar En. Faiz ambilkan. Hehe. Manis kenangan disini walaupun banyak tangga perlu dipanjat ๐Ÿ˜…

*banyak lagi gambar sebenarnya. Honestly komer yang hantu OOTD sila lah ke sini. Lawa tempat ni. 

Money spent here:
๐Ÿ’ธ RM 25 (entrance)
๐Ÿ’ธ RM 15 (strawberry 1kg buat ole ole)
๐Ÿ’ธ RM 20 (jagung  putih 12 batang) 

3. ๐Ÿ“Aidilbadri Strawberry

Ni bukan tempat lawatan eh, ni tempat makan hahaha. Berjalan banyak haruslah lapar. Kedai ni terletak di Kampung Taman Sedia. Kampung ni banyak komuniti orang Melayu and banyak menu yang depa create untuk masukkan imej CH tu sendiri, macam sambal strawberry salah satu contoh dia. Banyak jugak kedai makan kat sini, boleh la melawat dan support. Memang sedap ๐Ÿ‘

*Gambar makanan banyak sebenarnya tapi semua ambil portrait, bukan landscape jadi tak helok nak upload kat blog bila update pakai phone. Adoi la. 

4. ๐Ÿ“Sheep Sanctuary

Sini kami dah kalut, sebab hujan plus kalut nak solat. So kami hanya masuk demi menghiburkan anak anak kecil hehe. Terus teringat kat anak sendiri, mesti depa seronok kalau bawak (walaupun Fahri pernah mai dah, but moms be likeeee). Cumanya, sheep dia rakus semacam, lapar macam tak diberi makan. So kesian la. Aku dulu tak takut, tah kenapa kalini disebabkan kerakusan depa aku jadi takut hahah.

Money spent here:
๐Ÿ’ธ RM 12 (entrance + makanan biri biri untuk disuap)

Setelah keluar dari melawat biri biri dan alpaca tu, kami just melilau kat kawasan tu, which is called:

5. ๐Ÿ“KEA Farm

Kea Farm ni luas lah. Sheep sanctuary ni macam salah satu attraction dia. Tapi hari kami pi tu tah kenapa banyak kedai tutup. Nasib la dah beli jugak strawberry tadi. Tapi terpaksa la beli tambah lagi strawberry, jagung and ubi jugak kat sini.

Setelah tamat shopping, kami pun beransur pulang. It was indeed a memorable day. Excited nak bawak balik segala belian. Sampai ja sekolah, tengah dok angkat barang boleh pulak terpeleot sampai retak kaki. 

Itulah punca aku ada banyak masa untuk update blog bagai. Dah dekat sebulan ni aku cuti ๐Ÿคง

Semoga aku sihat sejahtera kembali secepat mungkin. 

Aku tak rasa ada yg baca dah blog ni. But if you do, thank you for the time. 

To my future self who might be reading - to go down the memory lane ; YOU GOT THIS, FAR! It's quite hard to depend everything on people but you WILL get better ๐Ÿ’™

Love
Far
Fartvxqhlovate
Farzanaley. 

Thursday, May 30, 2024

Noor Hotel (Kangar, Perlis) Review

 Assalamualaikum wbt and hello everyone.


Sesungguhnya aku tahu betapa bersarangnya blog ni hahah. Tapi I have decided to write again. And I m gonna start small lah. Sebab kita ghisau jadi cam tahun tahun sebelum ni.


Azam⁩ nya sentiasa nak update blog paling kurang once a month. Tapi ni dah berapa tahun baru nak update pulak. Tu tak kira lagi yang berapa juta post dalam draft tu. Entah lah bila nak post.


Kita cuba la eh, supaya memori tu semua tak kabur bila dah menua nanti. Semoga anak anak dapat baca catatan memori mommy bersama depa ๐Ÿฅฒ inshaAllah..


So this school holiday (Mei 2024), suamiku (later will be referred as Kanda) kata jom lah kita ke Perlis. Sebabnya, haritu dia mai lawan hoki kat sini untuk MAKSAK. Jadi dia rasa bersalah jalan jauh tak bawak anak bini. Haha padahal dia sebenarnya bukan jalan pun, kita paham ja dia mai main hoki kan. Tapi dah orang ajak, takkan kita nak tolak. Maka bermulalah perancangan kami ke Perlis untuk percutian tenang tenang ajeee.


Mula mula kami plan nak book hotel yang dia duduk masa mai hoki tu (Putra Regency), tapi tak sangka ramai mai berjalan Perlis... Full eh hotel. Cari punya cari, dapat lah Noor Hotel ni.


So here's my simple review of the hotel.


Place & Location: ⭐⭐⭐⭐ (strategic, Kangar ni tak lah besar sangat so dekat ja dengan pekan pusat bandar tu. Di sebelahnya ada kedai makan. Tapi dia bangunan kedai lah, kalau tak biasa hotel sekali bangunan mungkin awok tak selesa. Kita ni ok jer. Cumanya takda lift. Itu ja punca aku kurangkan 1 star haha. Sebab mikir kalau bawak parents ni kesian nak memanjat.)


Room: ⭐⭐⭐⭐ (untuk harga yg kami bayar, aku rasa okay ja keluasan tu. Aku ni easy to please hahah. So tak banyak songeh. But if there's one thing that can be improved is their plug socket. Kita ni di jaman teknologi, 1 plug nak charge phone laki bini memang idok cukup ler. Plug heater and iron dia asing siap semua itu tak risau.)


Bed: ⭐⭐⭐ (hmmm ada few stains on the blanket. Like dia dah cuci, tapi tak pakai clorox hahah. Tak putih gebu. Katil tu empuk ja segala. Queen size yang luas, ok la kami 4 beranak tidur. Baby pun tak banyak songeh. Lena ja dia.)


Toilet: ⭐⭐⭐ (again, kita bayar banyak ni. Memang aku terima ja saiz tu. Yang mengurangkan star ialah heater nya macam tak function, que pa sa? Air dia tak la sejuk gedik, but tak jugak suam. Aku ni ok lagi, baby la kesian sikit. Hope they will improve on this. Ni basic service no matter what price is the room.)


Price: ⭐⭐⭐⭐⭐ (RM 234 untuk dua malam, Queen bed. Full star la sebab mampu milik. Boleh la kita bajet bajet sikit perjalanan kan hihi)


Reception: ⭐⭐⭐⭐⭐ ( hotel kalau lawa gila tapi receptionist muka seposen, no one is gonna return. They're the face of the hotel. And alhamdulillah layanan baik ja. So no complaints. Kan dah cakap, aku ni easy to please. Senyum pun aku rate 5 stars dah haha.)


In conclusion, aku okay ja if next stay in Perlis pun duduk sini. But the room has room for improvement haha. Sekian sahaja review dari saya.


Thanks for reading. 


Love, 

Fartvxqhlovate (zaman bila last guna nama ni tah hahahq)

Farzanaley ❤️