Assalamualaikum wbt and hello everyone.
Sesungguhnya aku tahu betapa bersarangnya blog ni hahah. Tapi I have decided to write again. And I m gonna start small lah. Sebab kita ghisau jadi cam tahun tahun sebelum ni.
Azam nya sentiasa nak update blog paling kurang once a month. Tapi ni dah berapa tahun baru nak update pulak. Tu tak kira lagi yang berapa juta post dalam draft tu. Entah lah bila nak post.
Kita cuba la eh, supaya memori tu semua tak kabur bila dah menua nanti. Semoga anak anak dapat baca catatan memori mommy bersama depa 🥲 inshaAllah..
So this school holiday (Mei 2024), suamiku (later will be referred as Kanda) kata jom lah kita ke Perlis. Sebabnya, haritu dia mai lawan hoki kat sini untuk MAKSAK. Jadi dia rasa bersalah jalan jauh tak bawak anak bini. Haha padahal dia sebenarnya bukan jalan pun, kita paham ja dia mai main hoki kan. Tapi dah orang ajak, takkan kita nak tolak. Maka bermulalah perancangan kami ke Perlis untuk percutian tenang tenang ajeee.
Mula mula kami plan nak book hotel yang dia duduk masa mai hoki tu (Putra Regency), tapi tak sangka ramai mai berjalan Perlis... Full eh hotel. Cari punya cari, dapat lah Noor Hotel ni.
So here's my simple review of the hotel.
Place & Location: ⭐⭐⭐⭐ (strategic, Kangar ni tak lah besar sangat so dekat ja dengan pekan pusat bandar tu. Di sebelahnya ada kedai makan. Tapi dia bangunan kedai lah, kalau tak biasa hotel sekali bangunan mungkin awok tak selesa. Kita ni ok jer. Cumanya takda lift. Itu ja punca aku kurangkan 1 star haha. Sebab mikir kalau bawak parents ni kesian nak memanjat.)
Room: ⭐⭐⭐⭐ (untuk harga yg kami bayar, aku rasa okay ja keluasan tu. Aku ni easy to please hahah. So tak banyak songeh. But if there's one thing that can be improved is their plug socket. Kita ni di jaman teknologi, 1 plug nak charge phone laki bini memang idok cukup ler. Plug heater and iron dia asing siap semua itu tak risau.)
Bed: ⭐⭐⭐ (hmmm ada few stains on the blanket. Like dia dah cuci, tapi tak pakai clorox hahah. Tak putih gebu. Katil tu empuk ja segala. Queen size yang luas, ok la kami 4 beranak tidur. Baby pun tak banyak songeh. Lena ja dia.)
Toilet: ⭐⭐⭐ (again, kita bayar banyak ni. Memang aku terima ja saiz tu. Yang mengurangkan star ialah heater nya macam tak function, que pa sa? Air dia tak la sejuk gedik, but tak jugak suam. Aku ni ok lagi, baby la kesian sikit. Hope they will improve on this. Ni basic service no matter what price is the room.)
Price: ⭐⭐⭐⭐⭐ (RM 234 untuk dua malam, Queen bed. Full star la sebab mampu milik. Boleh la kita bajet bajet sikit perjalanan kan hihi)
Reception: ⭐⭐⭐⭐⭐ ( hotel kalau lawa gila tapi receptionist muka seposen, no one is gonna return. They're the face of the hotel. And alhamdulillah layanan baik ja. So no complaints. Kan dah cakap, aku ni easy to please. Senyum pun aku rate 5 stars dah haha.)
In conclusion, aku okay ja if next stay in Perlis pun duduk sini. But the room has room for improvement haha. Sekian sahaja review dari saya.
Thanks for reading.
Love,
Fartvxqhlovate (zaman bila last guna nama ni tah hahahq)
Farzanaley ❤️