Assalamualaikum wbt and hello everyone!
The reason aku decide nak melawat hotel ni adalah kerana dia viral lah, obviously. Merata aku tengok orang review kat social media cakap best. To be honest, aku rasa best jugak. Cuma aku rasa akan lebih best kalau anak-anak aku dah besar. Untuk yang sulung dia happy ja, tapi yang no 2 tu, jenuh kepung jugak la, risau jatuh bila dia memanjat.
Here goes, my personal review of:
Hotel Olympic Malaysia
Harga: Sejak ada anak, aku dah terima kenyataan yang kami tak boleh kedekut bab penginapan. Bayangkan anak kecil kalau bilik pun kecil, boleh bawak gaduh oooo. So RM 260+ masa tu aku dapat dekat Agoda. Bila nak check in, as usual deposit RM100 akan dapat balik masa check out.
Location: Strategic, dekat sangat dengan Bukit Bintang. LRT ka MRT tah aku tak pasti, pun dekat. Boleh la nak gerak ke mana-mana naik tu ja. Tapi untuk kami sebab bawak anak anak, kami call Grab ja.
Frontdesk & Lobby: Ramah dan mesra, elok pekerti. (Ha ni lirik lagu Budi Bahasa Budaya Kita benanye hahah). Tapi okay la. Adik tu tenang ja menanti bila aku gelabah cari IC tak jumpak, tapi end up jumpak. Lobby pun luas untuk duduk bertenang sementara tunggu depa process kita punya check in tu.
And cakap pasal lobby, aku ingat sesaja dia letak nama hotel olimpik, lahhh rupanya banyak atlet selalu stay sini. Tapi masa kami pi tu just jumpa atlet budak sekolah la. Maybe ada game antara SBP kot, nampak la baju depa, TKC la SAS la, SSP la. Memang hotel ni dekat pun dengan Stadium Merdeka.
![]() |
Luas tau bilik. Tu hitam pintu masuk terus tempat sangkut baju and etc. |
Bilik: The main reason kami tempah this hotel in the first place. Selalunya duduk Berjaya Times Square Hotel. Sangat luas, selesa. Suka sangat concept dia. Memang anak-anak sangat happy. Yang setahun tu pun sama excited dengan abang dia. Punya la happyy. Puas hati lah. Rasanya mungkin kalau turun KL lepasni, akan kesini lagi. InshaAllah. The concept of small mini houses in the room memang buat anak anak memanjat saja.
![]() |
Ada penampakan anak soleh aku di tingkap ituuu. |
Bapaknya ghisau, tapi kita memang nak anak main so biarkan saja mereka bergembira. Cuma time tidur tetaplah kami sumbat semua kat katil. Dua budak ni tak pernah tidur asing, jadi depa tak berani jugak la nak tidur dalam dua bilik comel ituuu.
Toilet: Semua puas hati lahhh. Ada sink luas, mudah nak letak toiletries, toilet duduk and shower. Sadly no bath tub. But it's okay we can manage ja.
Overall memang a very good stay. The lobby ada kerusi untuk tunggu lift kalau lama sangat. For families, tempat ni memang kids-friendly dan sesuai dengan bajet sederhana macam kami. Kita bila dah ada anak, hotel kena convenient. Parking kena dalam building, baru la senang nak angkut anak and barangan.
Apapun thanks for reading till the end. Google ajer nama hotel tu, mesti jumpak ramai orang review lagi menarik hehe.
Love
Fartvxqhlovate.
Farzanaley <3
No comments:
Post a Comment