Saturday, May 23, 2020

Tips Bercuti di Ipoh


Assalamualaikum and hello everyone!

Sebelum apa apa, jujur aku nak cakap. Azam 2020 malas nak kaitkan dengan blog sebab takut tak terbuat. Hahaha. Tapi aku akan cuba menulis bila sempat. Sebab yang membaca pun tak ketahuan berapa ramai, jadi tulis sahaja untuk kenangan hehe.

Okay kalini bakal menulis mengenai trip aku dan BFFSKWAD ke Ipoh bagi menutup tahun 2019 pada Disember yang lalu.

Banyak benda yang boleh cerita tapi aku rasa orang selalu cari tempat makan. Betul tak? Memandangkan trip kali ini cuma dua hari. Jadi aku hanya boleh kongsi sedikit tempat makan best yang kami dah pi haritu.

1. Restoran New Hollywood (Canning Garden)

Restoran ni ialah restoran pertama yang kami singgah lepas masuk Ipoh. Senang cakap, lepas exit ja tol, terus waze. Haha kenapa?

Sebab lapar la kan. Plus malas pi lambat sebab takut ramai. Namun, masa sampai tu memang padat dah manusia. Kami pun gigih 7 orang duduk kat 1 meja setelah menunggu for quite a while, dalam 20 mins jugak tak silap?

Sedap ke tak? Alhamdulillah berbaloi tambah berat sekilo kat sini hahah sebab sedap ja apa yang kami makan.

Prices dah tak ingat. Almaklum seronok berjalan kalini lupa nak catat harga huks.
P/s: kena bayar dekat each kedai tu sendiri tau. Air ja akan ambil order untuk roti telur goyang.

2. Greentown Dimsum
Halal dimsum in the house! Hehe. Selain Dolly Dimsum, kat sini boleh rasa dimsum yang sedap dan original, bukan sekadar isi yang letak instant food macam fishball segala benda tu.



Not bad. Sebenarnya kami dah kenyang. Lepas pi restoran New Hollywood tu terus ke sini sebab geng dari KL baru sampai dan mereka belum makan. So kami just rasa rasa makanan depa hehe. Dimsum pulak kami order around 3 bekas tak silap? Okay sila tengok gambar. Harga dah cannot brain bila bahagi 9 orang tolak tambah memang tak ingat hahaha.

3. Restoran Hj. Sharin Low
Price: RM 19/person 



Again, tak ingat exact price of each menu sebab kami ramai so kami order banyak terus semua sumbat ja apa Yang diorder. Tapi berbaloi. We ate a lot. Dan kami rasa okay la bayar banyak tu dengan apa yang kami makan hahaha. Cumanya butter
Here's the photo. 


4. Nasi Ganja (Kedai Kopi Yong Suan)
Price: less than RM10/person



Maaf la tak ingat exact price haha. Tapi kami duduk terus kat meja (tak sudi nak beratur) so kami tempah benda yang sama. Tu syarat kalau nak duduk terus. Tapi lauk semua sama jela haha. Tengok gambo tu ha. Beserta Teh O Ais. So harga total tu bahagi ja kami. Mudah dan pantas gituh. Dah sampai Ipoh kena la merasa kan. Hehe.

Kalau hampa encounter post aku ni lepastu kecewa, aku mohon ampun hahaha. 2 hari 1 malam ja masa kami dapat spend bersama. Huks. Tapi alhamdulillah twas memorable.

Bonus yang aku akan include dalam ni ialah tempat menarik yang kami lawati:

5. Tasik Cermin
Yang viral ada budak menyanyi suara sedap tengah tengah tasik yang mcm dalam gua tu. Ha sini lah guys. Personally, selaku orang yang gemuk, nak masuk dalam tu mengah jugak la hahaha. Tapi alhamdulillah sukses! Hekhek makanya sis bersyukur ada kenangan. Mujuq member ramai so ada la sorang dua sudi jalan slow ikut pace aku hehe.
11/19.



Entrance:  Free.
Parking: RM 5.

6. Concubine Lane
Sini viral sebab kedai kedai dia jual macam macam benda menarik. Vibe dia macam kat Penang jugak lebih kurang. Untuk aku, tempat yang paling menarik ialah Harry Potter themed cafe. Platform 1/2 Cafe. Tak masuk pun. Tapi berkesempatan ambil gambar depan tu. Since kami pi time cuti sekolah, keramaian dia buat aku beristighfar jap hahaha. Ada jugak kedai juai roti inti rainbow🌈. Lawa memang lawa weh. Tapi rasa dia beshe beshe la. Takat nak buat amek gambaq, beli satu share la hahaha.
Platform 9 1/2

Roti lgbt hm

Entrance:  Free.
Parking: kalau bertuah, dapat la park dekat. Kalau idok, bertabahlah berjalan jauh skek. Harga cam biasa la. RM 5 la mostly. Jenih pay per entry dekat mana mana tanah lapang. Pasty menapak nun pi jalan concubine tu.

7. Galeri Yasmin Ahmad


Actually dulu galeri ni ada satu building dia sendiri. But then tak sure apa jadi, depa relocate dia and dia ada dekat bawah BookXcess. Bawah tanah tak silap. Omputeh panggil basement gituh. Menarik. Boleh tengok karya karya and quotes by her. Legend kan dia, so tak rugi jugak melawat.

8. BookXcess

Tempat dia walking distance ja dari Concubine Lane tu. So berjalan sekali harung la tempat tempat ni. Kalau hampa tak minat membaca, jangan risau. Kedai ni memang cantik boleh ambik gambaq insta worthy haha.

Okay. Aku harap aku cover habis la trip kami haritu haha. Alhamdulillah dapat reunite dengan kawan kawan. Sedih sebab kena tinggal anak sat but it felt good to catch up. Masatu takdak covid segala, so rasa aman jela. Sekarang bertabah la.
Alahai. Itu jelah. Rindu dunia luar rumah. Rindu rumah mak pak sendiri kat Penang. 20 mins ja dari rumah laki aku ni. Tapi dah merentas negeri. Sabaq jela.

Thanks for reading.

Love,
Farzana Rosley.

Post ni aku draft 9 Feb 2020. Harini 23 May aku baru sambung habiskan tulis. Kalau hampa dah baca, alhamdulillah. Sukses first blogpost of 2020 🀣

Sunday, August 18, 2019

Acne Prone Skincare Tips and Hada Labo Review


Assalamualaikum and hello everyone!

So today I thought of writing a skincare review hakhak. Which honestly, I am in no place to do so....
Tapi to see how much my skin has improved, I think it is necessary to share and do so. Mungkin ada sesetengah yang still in doubt with certain brands or whatever, I will just share what I use.
And what works for me, might or might not work for you hehe.

Firstly, kena buat disclaimer that I have no sponsors. Look at my skin, who would πŸ˜’ but my skin has improved a LOOOOOOT. In comparison to the past, that is. That's the reason Im sharing.

Masa kecik kecik muda remaja I was so jahil, I like to poke my pimples and I didn't even know the basic skincare routines. Now that I do, why not share kan hahah. So bear in mind that I don't have a flawless skin, NO. With all the pokings, my face macam kawah bulan sobsob. But now it's healthier lah. Very less breakout. Above all, aku dah tak picit picit dah hahaha. (dah kurang jahil lel)

Sebelum ni, aku try macam2 brand. From the cheapest to the most expensive. Now I try the ones from drugstore, harga sederhana to expensive, but worth it.
Kulit aku memang acne prone. Bila aku google aku cam ah, yang aku tau, aku acne prone. Oily ka dry ka wallahualam. So aku try dengan:

Favourite cleanser. This is my 4th tube 😊


1. Cleanser: Hada Labo AHA/BHA Mild Peeling Cleanser.
Price: RM 32 kot. Tapi sila cari time sale boleh dapat around RM 25 hehe.
So bila aku pakai cleanser tu, jerawat aku macam cepat kecut. Tah la saiko ka apa tapi it works.

Simple Toner

2. Toner: Simple
Price: RM 15 tak silap.
Pada aku yang marhaen and tak banyak sangat knowledge pasal skincare ni, toner macam just to balance the pH level kan? So anything works. Sebab tu aku beli toner mur mur ja. Tu ja yg aku mampu hahaha.
Aku guna cleanser HL dekat sebulan jugak, then baru aku start tambah benda baru which is:

HL Hydrating Water Gel


3. Moisturiser: Hada Labo Hydrating Water Gel
Price: dulu RM 62. Semalam aku pi Watsons RM 73.....
Nak kena tunggu sale jugak la kot baru boleh beli haha. Aku guna dah habis 1 bekas, and memandangkan skin aku dah improve alhamdulillah, aku tukaq to another brand, same texture of moisturizer and cheaper. Yang ni tunggu habis pakai la baru bagi review. For now, kulit aku sihat disebabkan oleh produk2 Hada Labo la tbh. Of course, biiznillah. Hehe.

Okay 3 basic skincare tu yang aku betul betul focus. In 2 months. Tipu la takdak breakout langsung kan. So bila breakout, aku pakai:

Cheap, but works the charm ☺️


4. Acne Gel: NuTeen Acne Gel
Price: RM 11
Aku beli yg paling murah sebab aku rasa yang penting it functions well. And it really did, alhamdulillah. So ingat, pakai acne gel lepas dah sapu moisturizer kat muka. Just dot it on the acne spots. Toksah gigih sapu 1 muka pulak hahah.

Lepastu aku baca dan baca, ramai cakap kulit kita ni macam perlu jugak dicuci dengan scrub or anything yg boleh buang kulit mati. Baca dan baca lagi, banyak suggest clay mask.
Ingat, aku tak pakai all at once tau! Tekojut muka aku nanti hahah. Aku pakai slow slow, berperingkat, and bila dah meningkat budget luls.

I love its texture. When applied to skin rasa sejukkkk ja 😍

5. Clay Mask: Freeman Oil Absorbing (Mint + Lemon) Clay Mask
Price : RM 20 plus minus?
Clay mask ni pakai twice a week ja. Before masuk bilik ayaq and mandi, aku akan pakai, main phone around 10 mins, lepastu shower. Then baru cuci muka diikuti dengan steps lain hehe.

Begitu lah steps skincare aku. Oh ya, last one! Bila nak keluaq rumah, tak kira make up or not aku akan tambah lagi satu benda essential. Yall sure know it.

SPF! Ada banyak jenis but I like this ome kerana murah of course. Im cheap liddat hahaha. 


6. Sunblock: Biore SPF 50
Price: RM 15?
Sorry la bab harga ni memang payah ingat hahahah. Tapi aku pakai spf ni aku suka texture berair dia. Of course la aku tunggu moisturizer semua kering and serap dulu baru aku pakai spf kan. Jangan gelojoh. Pelan pelan, leklek jaga muka. Jangan jadi macam aku di zaman muda remaja dulu. Aku bangga selalu siap awai dari kengkawan, padahai hampeh kulit tak jaga langsung.

Okay that ends my skincare routine. Sangat simple kan hahah. Tapi okay la for those yang acne prone, mungkin nak try. InshaAllah. Sekarang aku dah guna 3 tiub dah cleanser HL tu. And tak rasa nak tukaq. So yeah... May it work for you as much as it did for me. Pasal parut2 kat muka aku yang berlubang ni, aku baru pelan pelan nak survey best serum or anything yang boleh merawat la. Sebab bab bab lain aku tak risau dah. Just parut la huhuhu.
Kot hampa ada suggestion, feel free to share πŸ˜‰

I guess that's all from me yang noob tapi feeling nak share jugak hahah. Saja nak keep writing at least tak bersawang blog aku.

Thanks for reading!
Love,
Farzanaley
Fartvxqhlovate.

Sunday, July 14, 2019

#fariskandarvoyage Lone Pine Hotel 2019 - Hotel Review #2


Hallu assalamualaikum all! 

Time flies so fast. Macam tak percaya ja. 

So last week (as Im drafting this), my husband and I went for a short break for our anniversary + babymoon in Penang! Hahah tak jauh pun. Right after Iskandar balik sekolah, he went to USM as I was hanging out with my gals, PartyPeople to pick me.

We checked in quite late, around 4pm I guess. Masa check in pun yemboiii ada complementary drinks, so nice. Berpatutan la harga tu kan hahah.

Here's our room! πŸŽ‰ Enjoy πŸ’•

Room 2nd floor. No worries, ada lift hahah. 

King bed. And super fluffy. Need to know the brand of this bed. Anyone? 

#fariskandar ft vanity mirror. Toilet on our left. 
My fav spot. Balcony with a bath tub 😍

Lepas dah check in tu, what else, jalan jalan tepi pantai ler. Hehe.
Our feet ft. The beach

Hello pooool. 
Dah penat jalan jalan, kami lepak sat kat kerusi malas sebelah pool. Nak mandi pun macam susah sebab sekarang aku tengah muatan berat, kalau aku masuk, nak keluaq pulak takut macam dugong struggling. So terpaksa lah aku tengok ja pool tu. Huks. Nanti bawak baby mandi lah ☺️

For dinner, we bought food from outside. Ada McD and a few other kedai makan kat luaq. Kedai makanan Arab banyak (i wonder why πŸ€” maybe sebab banyak tourist from Arab kot)


The next day, we just enjoyed our breakfast, lazed around in our room, having our own sweet time. Katil tu, sangat nak tau katil apa... Sebab lembut sangat hahahaha.

Overall, such a great hotel, definitely. The room, view, facilities and etc semua memuaskan hati. (kahkah maaf tak pandai la buat review negatif, pandai puji jewww).

Conclusion:
✔️ Price: sila survey Trivago ya. Kami dapat RM 500+ for one night stay including breakfast.
✔️ Pool: pretty, ada hang out spots around it. But we didn't spend much time there.
✔️ Room: very spacey! Love it ❤️ love the bed (susah gila nak bangun dari tidoq), tv, love everything in the room.
✔️Toilet/Shower room: I love the vanity mirror the most! Feeling sangat nak buat make up tutorial segala padahal make up pun level beginner ja hahah.
✔️ Breakfast: YUMZZZZ. Tak menyesal ambik pakej. Berbaloi baloi. Variety of food yang sumptuous, scrumptious dan segalanya lagilah. Malay, western, semua ada. Can order a few meals jugak they will cook for us.
✔️ Favourite part: Balcony with a huge bath tub.

Okay I guess that's all from me. Great experience, Happy Belated Anniversary to my dearest husband. 1 year dah together, alhamdulillah. To many more years together inshaAllah


Love,
Farzanaley.

Tuesday, June 25, 2019

Program Transformasi Minda 2019


Assalamualaikum and hello everyone. 

Sorry acah nak menulis at least once monthly la apa la, last sekali tak tertulis jugak πŸ˜…πŸ˜‚ Busy weh.

Post kali ni macam lebih kepada bidang aku iaitu Pendidikan. Tapi sebenarnya asalkan penjawat awam tu, hampa kena tau jugak la, haha.

Program Transformasi Minda 2019 ni telah dijalankan bagi pendidik/guru/Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah ditempatkan di seluruh negeri Kedah pada tahun 2018. Alhamdulillah, rezeki kena panggil awal ke Kursus Induksi ni 😁

So, what is it? Kena ka pi?
Jawapannya ialah, WAJIB ke atas semua penjawat awam yang berkhidmat untuk kerajaan Malaysia pada hari ini (tanpa mengira parti ye). Dulu dulu kursus ni dikenali sebagai Kursus Induksi.

Sekarang untuk batch aku, and maybe previous batch jugak, dikenali sebagai Program Transformasi Minda. Yang ni untuk penjawat awam yang bergelar guru la. Yg lain mungkin sama or mungkin berbeza aku pun tak sure. Sesiapa tau sila sila kongsi 😁

Ihsan En. Beni, urusetia kursus kami. 

Last week, pada 17-21 Jun 2019 berkampunglah kami para cikgu di IPG Kangar, Perlis. Alhamdulillah banyak yang telah kami peroleh dalam kursus ni. (Aku la especially, aku sangat lah noob dan clueless dari segi pengetahuan am sebagai penjawat awam). So bila pi, aku bersyukur sangat sebab kalau pi dengan zero, aku balik dengan 70% maybe? Banyak aku dapat. Lagi 30% tu kena baca pekeliling la banyak. Sebab tak semua benda boleh share dalam masa 5 hari yang singkat. The rest boleh google pekeliling and baca.

Kursus ni jugak penting untuk pengesahan jawatan kita ye wahai penjawat awam. Jadi jangan ingat nak memonteng. Ada pre test and post test yang kita kena ambil untuk dia tengok sama ada berhasil ka dak apa yg kita attend selama 5 hari tu.

Penilaian depa untuk melayakkan kita dapat sijil ialah:
✔️ Disiplin & Personaliti = 50%
✔️ Komitmen = 30%
✔️ Penilaian Kefahaman (Post-Test) = 20%.
πŸ”΄ Markah lulus= 60%

Benda benda ni semua diperhatikan sepanjang kursus I guess. Just be participative and punctual inshaAllah we're good. 

Ingat ‼️ Bila dah dapat sijil nanti, simpan salinan bagi dekat kerani untuk letak dalam Buku Perkhidmatan kita. Simpan jugak dalam folder peribadi or fail meja ka apa. Or mungkin untuk newbie macam saya, simpan dalam fail PPGB. Tu yang depa ulang banyak kami suruh kami para peserta alert.

Cuba cari mana sayaaa. πŸ˜…

Kalau pregnant atau ada apa apa masalah kesihatan, jangan risau. Maklum siap2 they will provide bilik bawah2 untuk kita. Alhamdulillah banyak jugak dipermudah.

Okay so tu jela yang aku mampu share. Kalau ada apa2 soalan boleh ja PM tepi or drop your comment in the comment section.

That's all from me. Thank you so much for reading ☺️

Love,
Farzanaley
Fartvxqhlovate
#teacherfar

Monday, April 1, 2019

Food Review #1: Asam Pedas @ Maniz Kitchen

Assalamualaikum and hello everyone!

 Post kalini pasal makanan. Sebabnya, biasalah berat makin aum so agak agak sebab apa? Sebab rajin makan lah. Itulah motif penulisan harini.

Okay Maniz Kitchen. Macam mana boleh tau pasal kedai ni? Long story short, aunty Manis is my MIL punya best friend. So kami pun saja la ber-jjcm masa cuti sekolah last March pergi mencari makan.

Guna maps and waze, dua dua sesat. Rupanya lokasi online tu salah 🀦‍♀️ Sabaq jela. Dah la masa pi tu lapaq. Menjadi punca pergaduhan laki bini. Dok ingat salah tengok maps, rupanya memang salah location hahaha.

Location: Called and tengok location yang aunty share, masyaAllah senang ja cari. Betul betul depan padang SMKA Kedah. Dekat deretan kedai tu ada olive house, kedai barang eletrik secondhand and macam2 lagi la.

 Bila sampai, dah nama Melayu, perut dididik dari kecik makan nasik waktu lunch, maka menu western langsung tak ku pandang hahaha.

 Berikut ialah apa yg kami tempah:

Total semua sekali dengan ayaq RM 40. (nasik kami tambah 2 kali πŸ˜‚) 
Asam Pedas Kepala Ikan Nyok2 (RM 13) (banyak portion dia so I shared with my MIL
Sambal Udang Masak Petai (RM 10)
Share jugak. Udang besaq wei πŸ˜…

Nasi yang kami makan dengan asam pedas come with sambal belacan, telur masin and ulam. Sambal dia sedap gila wei 😍 tapi pedasssss habeh 1.5 liter air masak yg aku bawak hahaha. 

 Nampak sedap tak? Bukan nampak je goiseeee. Rasa pun menjilat jari. Hahah.

Review:
Taste 🌟🌟🌟🌟🌟
Presentation 🌟🌟🌟🌟🌟
Cafe 🌟🌟🌟🌟🌟
 Price 🌟🌟🌟🌟🌟
Portion 🌟🌟🌟🌟🌟

 Taste memang sedap. Tapi kalau tak tahan pedas macam aku, entah la, jenuh order ayaq. Aku yang tak tahan pedas pun dok hirup kuah, tambah nasi sepinggan 🀦‍♀️ #RIPdiet. Tu aku yang tak tahan pedas. Hampa yang suka pedas, memang wajib pi. Tapi yg tak suka and tak tahan pedas, make sure rasa sikit2 dulu. Jangan haloba. Sebab harga pun okay, sesuai dengan portion.

 Hampa mesti macam, eh dia ni semua nak bagi 5 star? Aku taktau la nak letak berapa star dah kalau semua aku rasa elok. Even toilet pun bersih!

 Hm hm. Tu jelah. Aku lapaq bila ingat balik masakan asam pedas tu. Huk huk. Husband aku pencinta ayam tegar. Dia order lain.

Nasi Ayam Sambal Hijau (ada sup sekali tak masuk dlm gambar ni tp ada kat gmbar atas sekali) 

 Haaa ayam dia, walaupun sambal dia okay, taste good, aku rasa tetap takleh lawan asam pedas. ASAM PEDAS FTW! Eh tiberrr. Ha kalau ayam ni aku bagi 4 🌟🌟🌟🌟 jika dibandingkan dengan asam pedas. Hehe. Tp ayam dia unik. Sambal hijau tu kita macam takut sakit perut tapi tak pedas pun. Serious!


 So kalau hampa pi Alor Setar, boleh la pi Maniz Kitchen ni. Tak rugi. Kalau makan kongsi 2 orang, dijamin akan tambah nasi hahah. Portion asam pedas masih cukup untuk makan second round.



 Oh ya, atas ni contact number. Nak book sebelum pi pun boleh sebab malam ramai orang. And thank you Mak sebab belanja najwa and kandar hehe 🀭

 There you go. First food review by me. Kalau ada apa2 aku boleh improve habaq la 😁

 Thanks for reading!

 Love,
Farzana Rosley
Fartvxqhlovate