Sunday, July 14, 2019

#fariskandarvoyage Lone Pine Hotel 2019 - Hotel Review #2


Hallu assalamualaikum all! 

Time flies so fast. Macam tak percaya ja. 

So last week (as Im drafting this), my husband and I went for a short break for our anniversary + babymoon in Penang! Hahah tak jauh pun. Right after Iskandar balik sekolah, he went to USM as I was hanging out with my gals, PartyPeople to pick me.

We checked in quite late, around 4pm I guess. Masa check in pun yemboiii ada complementary drinks, so nice. Berpatutan la harga tu kan hahah.

Here's our room! 🎉 Enjoy 💕

Room 2nd floor. No worries, ada lift hahah. 

King bed. And super fluffy. Need to know the brand of this bed. Anyone? 

#fariskandar ft vanity mirror. Toilet on our left. 
My fav spot. Balcony with a bath tub 😍

Lepas dah check in tu, what else, jalan jalan tepi pantai ler. Hehe.
Our feet ft. The beach

Hello pooool. 
Dah penat jalan jalan, kami lepak sat kat kerusi malas sebelah pool. Nak mandi pun macam susah sebab sekarang aku tengah muatan berat, kalau aku masuk, nak keluaq pulak takut macam dugong struggling. So terpaksa lah aku tengok ja pool tu. Huks. Nanti bawak baby mandi lah ☺️

For dinner, we bought food from outside. Ada McD and a few other kedai makan kat luaq. Kedai makanan Arab banyak (i wonder why 🤔 maybe sebab banyak tourist from Arab kot)


The next day, we just enjoyed our breakfast, lazed around in our room, having our own sweet time. Katil tu, sangat nak tau katil apa... Sebab lembut sangat hahahaha.

Overall, such a great hotel, definitely. The room, view, facilities and etc semua memuaskan hati. (kahkah maaf tak pandai la buat review negatif, pandai puji jewww).

Conclusion:
✔️ Price: sila survey Trivago ya. Kami dapat RM 500+ for one night stay including breakfast.
✔️ Pool: pretty, ada hang out spots around it. But we didn't spend much time there.
✔️ Room: very spacey! Love it ❤️ love the bed (susah gila nak bangun dari tidoq), tv, love everything in the room.
✔️Toilet/Shower room: I love the vanity mirror the most! Feeling sangat nak buat make up tutorial segala padahal make up pun level beginner ja hahah.
✔️ Breakfast: YUMZZZZ. Tak menyesal ambik pakej. Berbaloi baloi. Variety of food yang sumptuous, scrumptious dan segalanya lagilah. Malay, western, semua ada. Can order a few meals jugak they will cook for us.
✔️ Favourite part: Balcony with a huge bath tub.

Okay I guess that's all from me. Great experience, Happy Belated Anniversary to my dearest husband. 1 year dah together, alhamdulillah. To many more years together inshaAllah


Love,
Farzanaley.

Tuesday, June 25, 2019

Program Transformasi Minda 2019


Assalamualaikum and hello everyone. 

Sorry acah nak menulis at least once monthly la apa la, last sekali tak tertulis jugak 😅😂 Busy weh.

Post kali ni macam lebih kepada bidang aku iaitu Pendidikan. Tapi sebenarnya asalkan penjawat awam tu, hampa kena tau jugak la, haha.

Program Transformasi Minda 2019 ni telah dijalankan bagi pendidik/guru/Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah ditempatkan di seluruh negeri Kedah pada tahun 2018. Alhamdulillah, rezeki kena panggil awal ke Kursus Induksi ni 😁

So, what is it? Kena ka pi?
Jawapannya ialah, WAJIB ke atas semua penjawat awam yang berkhidmat untuk kerajaan Malaysia pada hari ini (tanpa mengira parti ye). Dulu dulu kursus ni dikenali sebagai Kursus Induksi.

Sekarang untuk batch aku, and maybe previous batch jugak, dikenali sebagai Program Transformasi Minda. Yang ni untuk penjawat awam yang bergelar guru la. Yg lain mungkin sama or mungkin berbeza aku pun tak sure. Sesiapa tau sila sila kongsi 😁

Ihsan En. Beni, urusetia kursus kami. 

Last week, pada 17-21 Jun 2019 berkampunglah kami para cikgu di IPG Kangar, Perlis. Alhamdulillah banyak yang telah kami peroleh dalam kursus ni. (Aku la especially, aku sangat lah noob dan clueless dari segi pengetahuan am sebagai penjawat awam). So bila pi, aku bersyukur sangat sebab kalau pi dengan zero, aku balik dengan 70% maybe? Banyak aku dapat. Lagi 30% tu kena baca pekeliling la banyak. Sebab tak semua benda boleh share dalam masa 5 hari yang singkat. The rest boleh google pekeliling and baca.

Kursus ni jugak penting untuk pengesahan jawatan kita ye wahai penjawat awam. Jadi jangan ingat nak memonteng. Ada pre test and post test yang kita kena ambil untuk dia tengok sama ada berhasil ka dak apa yg kita attend selama 5 hari tu.

Penilaian depa untuk melayakkan kita dapat sijil ialah:
✔️ Disiplin & Personaliti = 50%
✔️ Komitmen = 30%
✔️ Penilaian Kefahaman (Post-Test) = 20%.
🔴 Markah lulus= 60%

Benda benda ni semua diperhatikan sepanjang kursus I guess. Just be participative and punctual inshaAllah we're good. 

Ingat ‼️ Bila dah dapat sijil nanti, simpan salinan bagi dekat kerani untuk letak dalam Buku Perkhidmatan kita. Simpan jugak dalam folder peribadi or fail meja ka apa. Or mungkin untuk newbie macam saya, simpan dalam fail PPGB. Tu yang depa ulang banyak kami suruh kami para peserta alert.

Cuba cari mana sayaaa. 😅

Kalau pregnant atau ada apa apa masalah kesihatan, jangan risau. Maklum siap2 they will provide bilik bawah2 untuk kita. Alhamdulillah banyak jugak dipermudah.

Okay so tu jela yang aku mampu share. Kalau ada apa2 soalan boleh ja PM tepi or drop your comment in the comment section.

That's all from me. Thank you so much for reading ☺️

Love,
Farzanaley
Fartvxqhlovate
#teacherfar

Monday, April 1, 2019

Food Review #1: Asam Pedas @ Maniz Kitchen

Assalamualaikum and hello everyone!

 Post kalini pasal makanan. Sebabnya, biasalah berat makin aum so agak agak sebab apa? Sebab rajin makan lah. Itulah motif penulisan harini.

Okay Maniz Kitchen. Macam mana boleh tau pasal kedai ni? Long story short, aunty Manis is my MIL punya best friend. So kami pun saja la ber-jjcm masa cuti sekolah last March pergi mencari makan.

Guna maps and waze, dua dua sesat. Rupanya lokasi online tu salah 🤦‍♀️ Sabaq jela. Dah la masa pi tu lapaq. Menjadi punca pergaduhan laki bini. Dok ingat salah tengok maps, rupanya memang salah location hahaha.

Location: Called and tengok location yang aunty share, masyaAllah senang ja cari. Betul betul depan padang SMKA Kedah. Dekat deretan kedai tu ada olive house, kedai barang eletrik secondhand and macam2 lagi la.

 Bila sampai, dah nama Melayu, perut dididik dari kecik makan nasik waktu lunch, maka menu western langsung tak ku pandang hahaha.

 Berikut ialah apa yg kami tempah:

Total semua sekali dengan ayaq RM 40. (nasik kami tambah 2 kali 😂) 
Asam Pedas Kepala Ikan Nyok2 (RM 13) (banyak portion dia so I shared with my MIL
Sambal Udang Masak Petai (RM 10)
Share jugak. Udang besaq wei 😅

Nasi yang kami makan dengan asam pedas come with sambal belacan, telur masin and ulam. Sambal dia sedap gila wei 😍 tapi pedasssss habeh 1.5 liter air masak yg aku bawak hahaha. 

 Nampak sedap tak? Bukan nampak je goiseeee. Rasa pun menjilat jari. Hahah.

Review:
Taste 🌟🌟🌟🌟🌟
Presentation 🌟🌟🌟🌟🌟
Cafe 🌟🌟🌟🌟🌟
 Price 🌟🌟🌟🌟🌟
Portion 🌟🌟🌟🌟🌟

 Taste memang sedap. Tapi kalau tak tahan pedas macam aku, entah la, jenuh order ayaq. Aku yang tak tahan pedas pun dok hirup kuah, tambah nasi sepinggan 🤦‍♀️ #RIPdiet. Tu aku yang tak tahan pedas. Hampa yang suka pedas, memang wajib pi. Tapi yg tak suka and tak tahan pedas, make sure rasa sikit2 dulu. Jangan haloba. Sebab harga pun okay, sesuai dengan portion.

 Hampa mesti macam, eh dia ni semua nak bagi 5 star? Aku taktau la nak letak berapa star dah kalau semua aku rasa elok. Even toilet pun bersih!

 Hm hm. Tu jelah. Aku lapaq bila ingat balik masakan asam pedas tu. Huk huk. Husband aku pencinta ayam tegar. Dia order lain.

Nasi Ayam Sambal Hijau (ada sup sekali tak masuk dlm gambar ni tp ada kat gmbar atas sekali) 

 Haaa ayam dia, walaupun sambal dia okay, taste good, aku rasa tetap takleh lawan asam pedas. ASAM PEDAS FTW! Eh tiberrr. Ha kalau ayam ni aku bagi 4 🌟🌟🌟🌟 jika dibandingkan dengan asam pedas. Hehe. Tp ayam dia unik. Sambal hijau tu kita macam takut sakit perut tapi tak pedas pun. Serious!


 So kalau hampa pi Alor Setar, boleh la pi Maniz Kitchen ni. Tak rugi. Kalau makan kongsi 2 orang, dijamin akan tambah nasi hahah. Portion asam pedas masih cukup untuk makan second round.



 Oh ya, atas ni contact number. Nak book sebelum pi pun boleh sebab malam ramai orang. And thank you Mak sebab belanja najwa and kandar hehe 🤭

 There you go. First food review by me. Kalau ada apa2 aku boleh improve habaq la 😁

 Thanks for reading!

 Love,
Farzana Rosley
Fartvxqhlovate

Thursday, March 28, 2019

Tips Bercuti di Taiping - Novotel. Hotel Review #1


Assalamualaikum and hello everyone!

As I promised to whomever yang ada membaca my previous post, (kalau ada lah 😂) it's gonna be about this awesome hotel that we stayed in Taiping!

Disclaimer : Hotel tersebut takdak sponsor or pay me to puji them okay hahaha.

But I do have to admit that our stay there was sponsored by this awesome bunch! 😘

😍 THANKS PARTYPEOPLE!

They sponsored our honeymoon hotel goiseeee. Terharu noks. These are my girls yang went through the ups and downs during my degree life. You girls rock 😘

Okay, appreciation post aside, here's the interior of the room. I guess the best way to explain is through photos I guess 🤔

Hotel Lounge 👌

Bilik kami 😉

Bilik air shower dia transparent okay. Jangan ingat tak boleh bawak family pulak. Boleh ja. Ada macam tirai boleh tarik tutup. Tirai keras so dijamin selamat dari sebarang pemandangan yang tak diingini 😅

Gambaq ni ihsan trivago hahah. Sebab terlupa nk amek gambaq bagi nampak meja tu sekali. No kidding, exactly like the room we stayed. 

Ihsan jua. Sebabnya tengok dari tingkap near the lift ja. Tak terpikiaq nk bawak baju mandi ka apa sobsob so tak termandi pool dia. Huhu. 

Pros of this hotel's location
- It is literally right next to a mall (attached to it actually). The hotel shares their parking with the mall, so for us who stayed in the mall kita kena turun mintak cop dekat kaunter depan sebelum keluaq. No worries, ada lift nak turun naik k 😋

- In the heart of the town (near to many places)

- Near convenient store (7-eleven) and also food stalls
--> berhadapan Yong Tau Foo Bomba
--> near to Doli Kuetiau Goreng (boleh ja nak jalan prolly 10 - 15 mins walk tapi INI MALAYSIA YEEEE. Paneh noks)

Banyak ja lagi pros dia for me tapi hampa boleh la survey dekat Trivago. Aku tak kata mai Taiping wajib stay sini. Cumanya kalau nak stay sini, aku rasa okay. Nice. Okay la from my experience 😁

Cons dia, hmmm tah tak sure. Hahaha. Mungkin sebab dia jauh sikit dari tempat tenpat yg menarik utk dilawati. Bukan jauh sangat, tapi you have to go by car. No other choice. Mungkin boleh call grab. 


Hehe. That's all from me for this post. 😉 Thanks for reading!
Love,
Farzana Rosley
Fartvxqhlovate

Previous Post:
Tips Bercuti di Taiping

Sunday, March 24, 2019

Tips Bercuti di Taiping


Assalamualaikum and hello everyone.

So today memandangkan azam dah ada (cough cough), kena la cuba menulis semula hiks.

Alright untuk first post ni inshaAllah nak list down the places you can visit in Taiping 😁 kiranya tempat menarik di Taiping lah kan. Kenapa nak tulis pasal Taiping? Sebab sini la first trip dengan husband 🙈  (many more to come inshaAllah). Alright, without further ado, here goes.

Places

1. Zoo Taiping
- Memang kena pi tanpa was was. Ada jugak Night Safari, so boleh pilih nak masuk time bila. Siang atau malam. Jangan ingat masuk malam rugi tau. Most animals here are nocturnal so mungkin lebih banyak akan munculkan diri. Kami pi waktu siang so ada jugak la haiwan2 yang main aucak aucak sorok lena.
- Entrance: RM 16/person
(dalam tu boleh naik train/macam kereta panjang (?) untuk pusing zoo, tapi kami jalan ja so tak sure pulak if naik benda tu kena bayar ka dak)
- Parking: RM 3

Kenapa depa suka cari kutu? Rupanya sebab depa makan kutu tu 😅 baru tau


2. Taman Tasik Taiping (Taiping Lake Garden)
- Kat Taiping ni dok nampak tasik ni la port newlyweds mai untuk photoshoot. Haha serious cantik and tenang ja tengok. Kami pi tengah hari (wrong timing) panaih la jugak 🤦‍♀️ best time to go is in the morning or evening. Redup redup romantik gituh.
- Entrance : Free.

3. Muzium Perak
- Muzium ni antara yang tertua di Malaysia. Macam macam ada. From animal bones to orang asli infos, boleh tengok sini. Ada jugak kereta mahal kerabat diraja dolu dolu dipamerkan kat sini.
- Entrance : RM 2/person



Next, let's get to the more interesting part. Hehe. Food places in Taiping. The food here sedap sedap jugak so if you're here for foodhunt, you won't regret it 😉

Foodplaces

4. Yong Tau Foo Bomba
- awat nama dia Bomba? Bukan bomba yang buat naaa. Nope. It is located right next to a bomba station. That's why. Kat sini ada medan selera. Best to go at night rasanya. You can eat various food. Ada nasi ayam, siamese cuisine and etc. And of course, beli la yong tau foo makan kongsi kongsi. Sedap hehe.
Price range: *depends on what you pick and order*


5. Doli Kuetiau
- kedai ni katanya very famous sejak dahulu kala. Lol. Memang antara yang paling famous. Mai Taiping tak singgah makan kedai ni macam rugi kot? Sebab although nama kedai kuetiau tapi macam macam meal ada jugak. Mostly noodles la. Huhu. Tak ingat nasik ada ke dak. And TIPS! masa makan kuetiau tu, kena letak kicap cabai dia tu. If not rasa dia kureng sikit. Tapi bila letak kicap rasa dia umph! Kalau takut cabai tu pedas macam aku, asingkan lah cabai tersebut.
Price range: RM 7 - RM 10/person (termasuk ayaq ya. Tapi tengok jugak la hampa order apa 😅)

Menu Doli
Sedapnyaaaaaa. 
Depan kedai. Tulisan jawi 😍

6. Ansari Famous Cendol
- dah nama pun famous. Hahah. Memang famous. One thing about places in Taiping ni they're near to one another. So macam rugi kalau tak pi. And kisahnya cendol dia memang sedap. Passembur pun ada. Bukak pagi taktau sampai pukul berapa. We went there in the morning so had cendol and passemboq as our breakfast. 😋
- Price range: *refer photo*
Sedapnyaaaa. Adoi macam nak pi Taiping lagi hahah. 

Menu dia. 


7. Pesto Pizza + LA Burger
- kenapa ada tambah punya simbol kat situ? Sebab nya kedai ni mcm sekali tapi bayaq asing. Tah la nak cerita macam mana. Lel maaf tak membantu. Okay kedai ni located just right next to KTM Taiping. Memang literally makan sebelah railway. Not a problem. Sebab kedai kedai kat sini semua bersih and well taken care of. Selain dari dua kedai ni ada sederet kedai yang hampa boleh pilih. Cuma jangan pi lewat. Around 10 ke atas memang mostly nak tutup dah. Kami pun pi lewat sebab taktau nak makan mana. Jenuh google jugak masatu.
Price range: *based on what you order*




In conclusion, (eh dah conclude? Haha) Taiping is a family place. Kalau macam ada anak kecik kecik, rasa macam tenang ja pi Taiping. Tak hectic. Chey cakap macam aku dah ada anak. Tak lah. Kalau muda mudi nak pi dengan kengkawan pun memang okay. Sebab tak mahai. Masa pi kami baru ja menikah so sangat okay untuk bajet kami. Tapi to commute from one place to the other memang paling senang pakai kereta la. Kena drive.

Certain places are walking distance ja. Banyak tempat tu tanpa kami sedar just depan hotel ja. Gigih la kami naik kereta turun parking tengok2 bawah tu ja. Naik balik parking hotel hahaha. Lepastu turun jalan kaki ja. The hotel that we stayed was Novotel 😍 it deserves a post on its own. Haha.


So that's all for now I guess. You guys can just ask anything in the comment section kalau ada la nak tanya apa apa. Hehe. Maaf post biashe biashe. Tak banyak places. Tajuk tu macam plural macam banyak sangat. Haha. Almaklum dah lama tak menulis. Hope it helps a little tho.

Thanks for reading!


Love,
Farzanaley.
Fartvxqhlovate.

Related Post
>>Tips Bercuti di Taiping (Hotel)