Showing posts with label jalan jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label jalan jalan cari makan. Show all posts

Wednesday, January 1, 2025

Megavilla Homestay Melaka Review 2024 - Homestay Review #1

Assalamualaikum and hello everyone.

Salah satu azam aku nak menulis semula. Say whaaaaat? Tiap tahun begini azam nya tapi tak pernah jadi pun kan. Tapi aku rasa this time I have more motivation sebab aku tak pressure diri sendiri.

Okay so last December my friends and I (with our families) went to stay for 3 days at MegaVilla Homestay in Melaka. Kami plan this trip dari awal tahun, sebab plan nak buat 2 tahun sekali.

Aku rasa penulisan aku semakin rusty. Tapi, apapun, here goes, 

Mega Villa Homestay Melaka

Parking: Available and ample.

Pool: Complete with filter, alhamdulillah anak anak mandi mata tak merah and balik pun tak demam. Syukur sangat. 

Betul-betul kat tengah tengah homestay. Ada bahagian dewasa and ada untuk kanak-kanak. Paras lutut aku ja.

Bilik : Overall sederhana for family. Tapi tu sebab aku ada anak dua orang. So kita rasa sederhana. Tapi kalau berdua ja, sangat okay dah bilik dan toilet. Kemas, aircond semua sejuk elok. No problem.

Other facilities: Dewan for activities and indoor games - ada pingpong table, BBQ Pit, and also open dining area. Meja panjang. Seronok makan ramai-ramai boleh throwback zaman dok hostel dulu haha.

Us while setting up the camera for the big family picture shoot. Belakang kami tu open dining area.


The family photo.

Dewan for indoor activities. Puas hati luas, anak anak semua berjalan dalam ni.

BBQ pit. Tugas tetap para suami. Terima kasihhhhhh.

Overall review, the homestay ni sesuai sangat dengan kawan-kawan atau keluarga besar. Sebab bilik dia ada banyak. Boleh la satu family stay dalam satu bilik.

Kami tak berjalan Melaka pun kalini. Mostly memang stay dalam homestay. Jadi maybe kena ke Melaka lagi? Hehe.

I know this is not much. I don't write much. But this is for myself. So, I'm glad that I try my best to write. Even if it's just one post per year. Or, maybe more hopefully this year. I just need to start again. Something for myself. 

Love,
Farzanaley.

I miss Fartvxqhlovate, the girl who didnt care, and writes. <3

Tuesday, July 7, 2020

Food Review #2 : Ayam Goreng @ McDota Sungai Petani

Assalamualaikum wbt and hello everyone.

Kita selang posting makan dan ilmiah hehe. Tapi bab makanan ni pun ilmiah jugak la. Kot-kot hampa mencari kedai makan menarik di Sungai Petani. Boleh la baca. Bila dok rajin post pasal kedai makan kat Sungai Petani, rasa macam dah boleh jadi duta makan makan kat SP hahaha.

By the way, aku rasa macam dah tahu banyak kedai kat Sungai Petani, tetapi ternyata aku silap. Suamiku bawak ke tempat yang unik yang aku akan kongsi dalam post harini: McDota Fried Chicken :) 

Here comes the photos with caption of reviews:


Char Koay Teow. Sedap weh! Teringat Doli Kuetiau Goreng di Taiping. Isi dalam ni pun sedap dan mewah. Ada udang besar haha. 

Nasi Goreng. Pun sedap! Aku puas hati la makan panas-panas and rasa sedap bukan average ja.

Lucky Plate. OK. AYAM GORENG dia sangat UNIK! Dia bukannya berat penuh tepung macam KFC ka apa tau. Tapi rasa dia still sedap. I thought takda ayam boleh beat KFC. Tapi sekarang aku rasa ayam McDota ni dah at par dengan KFC. Sama level tapi different category sebab dia tak bertepung macam KFC.

Koay Teow Hailam (Char Hor Fan). Memula aku rasa macam eh betul ka? Hahaha tapi betullah. Abang ipar aku yang cakap, rupanya Char Hor Fan ni ialah Kuetiau Hailam. Laaaaa, baru tahu. And sedap! And portion dia banyak sampai aku tak habis. Makanya En. Suami kena habiskan.

Whipped Potato (My son ate this, sampai habis guys. Sedap sangat la tuuu). Dah bawak infant aku tak berani la bagi makan merapu. All these while memang strict no salt no sugar. Tapi, sebab dah keluar berjalan, aku bagi la chance sesekali. Tapi aku tak bagi makan gravy la. Just the potato. Dia suka ja makan haha.

Fish and Chips. Ibu mertuaku yang makan. Aku rasa jugak ehehe. Sedap ok ja la. Western ni sebenarnya kalau makan western kat mana pun aku akan rasa sama ja haha. So yeah, sedap average, seperti rasa western yang anda pernah makan di kedai-kedai western yang lain hehe.

Mushroom Soup. Aku tak rasa pulak. Just ambil gambar haha. Aku sibuk suap anak lupa nak minta rasa. But I bet it won't taste so different. Mushroom-y la rasa dia aku rasa haha.
Bila tengok gambar makanan yang banyak ni, sila jangan judge hahaha. Aku dan suami tak makan berdua ya. Hahaha kami pi dengan mak mertua and abang ipar and anakku.

Overall, aku suka suasana dia. Just nice. Family-friendly. Kerusi budak pun ada. Kami sanitize tambah sebab selepas MCO ni kita kena careful lebih sikit kan. So no harm lah. Hehe.

Service pun baik, tunggu tak lama. Suasana bersih, makanan sedap. So yes, recommended guys! Kalau mai SP lepastu clueless nak ke mana, boleh ke McDota! Parking takda hal ok ja. Cumanya kena sedia kupon parking lah haha.

Okay sekian sahaja penulisan review McDota oleh saya. Jemput share sekiranya berminat haha takda masalah. 



Thanks for reading!

Farzanaley
Fartvxqhlovate

Monday, April 1, 2019

Food Review #1: Asam Pedas @ Maniz Kitchen

Assalamualaikum and hello everyone!

 Post kalini pasal makanan. Sebabnya, biasalah berat makin aum so agak agak sebab apa? Sebab rajin makan lah. Itulah motif penulisan harini.

Okay Maniz Kitchen. Macam mana boleh tau pasal kedai ni? Long story short, aunty Manis is my MIL punya best friend. So kami pun saja la ber-jjcm masa cuti sekolah last March pergi mencari makan.

Guna maps and waze, dua dua sesat. Rupanya lokasi online tu salah 🤦‍♀️ Sabaq jela. Dah la masa pi tu lapaq. Menjadi punca pergaduhan laki bini. Dok ingat salah tengok maps, rupanya memang salah location hahaha.

Location: Called and tengok location yang aunty share, masyaAllah senang ja cari. Betul betul depan padang SMKA Kedah. Dekat deretan kedai tu ada olive house, kedai barang eletrik secondhand and macam2 lagi la.

 Bila sampai, dah nama Melayu, perut dididik dari kecik makan nasik waktu lunch, maka menu western langsung tak ku pandang hahaha.

 Berikut ialah apa yg kami tempah:

Total semua sekali dengan ayaq RM 40. (nasik kami tambah 2 kali 😂) 
Asam Pedas Kepala Ikan Nyok2 (RM 13) (banyak portion dia so I shared with my MIL
Sambal Udang Masak Petai (RM 10)
Share jugak. Udang besaq wei 😅

Nasi yang kami makan dengan asam pedas come with sambal belacan, telur masin and ulam. Sambal dia sedap gila wei 😍 tapi pedasssss habeh 1.5 liter air masak yg aku bawak hahaha. 

 Nampak sedap tak? Bukan nampak je goiseeee. Rasa pun menjilat jari. Hahah.

Review:
Taste 🌟🌟🌟🌟🌟
Presentation 🌟🌟🌟🌟🌟
Cafe 🌟🌟🌟🌟🌟
 Price 🌟🌟🌟🌟🌟
Portion 🌟🌟🌟🌟🌟

 Taste memang sedap. Tapi kalau tak tahan pedas macam aku, entah la, jenuh order ayaq. Aku yang tak tahan pedas pun dok hirup kuah, tambah nasi sepinggan 🤦‍♀️ #RIPdiet. Tu aku yang tak tahan pedas. Hampa yang suka pedas, memang wajib pi. Tapi yg tak suka and tak tahan pedas, make sure rasa sikit2 dulu. Jangan haloba. Sebab harga pun okay, sesuai dengan portion.

 Hampa mesti macam, eh dia ni semua nak bagi 5 star? Aku taktau la nak letak berapa star dah kalau semua aku rasa elok. Even toilet pun bersih!

 Hm hm. Tu jelah. Aku lapaq bila ingat balik masakan asam pedas tu. Huk huk. Husband aku pencinta ayam tegar. Dia order lain.

Nasi Ayam Sambal Hijau (ada sup sekali tak masuk dlm gambar ni tp ada kat gmbar atas sekali) 

 Haaa ayam dia, walaupun sambal dia okay, taste good, aku rasa tetap takleh lawan asam pedas. ASAM PEDAS FTW! Eh tiberrr. Ha kalau ayam ni aku bagi 4 🌟🌟🌟🌟 jika dibandingkan dengan asam pedas. Hehe. Tp ayam dia unik. Sambal hijau tu kita macam takut sakit perut tapi tak pedas pun. Serious!


 So kalau hampa pi Alor Setar, boleh la pi Maniz Kitchen ni. Tak rugi. Kalau makan kongsi 2 orang, dijamin akan tambah nasi hahah. Portion asam pedas masih cukup untuk makan second round.



 Oh ya, atas ni contact number. Nak book sebelum pi pun boleh sebab malam ramai orang. And thank you Mak sebab belanja najwa and kandar hehe 🤭

 There you go. First food review by me. Kalau ada apa2 aku boleh improve habaq la 😁

 Thanks for reading!

 Love,
Farzana Rosley
Fartvxqhlovate