Showing posts with label Jjcm. Show all posts
Showing posts with label Jjcm. Show all posts

Tuesday, July 7, 2020

Food Review #2 : Ayam Goreng @ McDota Sungai Petani

Assalamualaikum wbt and hello everyone.

Kita selang posting makan dan ilmiah hehe. Tapi bab makanan ni pun ilmiah jugak la. Kot-kot hampa mencari kedai makan menarik di Sungai Petani. Boleh la baca. Bila dok rajin post pasal kedai makan kat Sungai Petani, rasa macam dah boleh jadi duta makan makan kat SP hahaha.

By the way, aku rasa macam dah tahu banyak kedai kat Sungai Petani, tetapi ternyata aku silap. Suamiku bawak ke tempat yang unik yang aku akan kongsi dalam post harini: McDota Fried Chicken :) 

Here comes the photos with caption of reviews:


Char Koay Teow. Sedap weh! Teringat Doli Kuetiau Goreng di Taiping. Isi dalam ni pun sedap dan mewah. Ada udang besar haha. 

Nasi Goreng. Pun sedap! Aku puas hati la makan panas-panas and rasa sedap bukan average ja.

Lucky Plate. OK. AYAM GORENG dia sangat UNIK! Dia bukannya berat penuh tepung macam KFC ka apa tau. Tapi rasa dia still sedap. I thought takda ayam boleh beat KFC. Tapi sekarang aku rasa ayam McDota ni dah at par dengan KFC. Sama level tapi different category sebab dia tak bertepung macam KFC.

Koay Teow Hailam (Char Hor Fan). Memula aku rasa macam eh betul ka? Hahaha tapi betullah. Abang ipar aku yang cakap, rupanya Char Hor Fan ni ialah Kuetiau Hailam. Laaaaa, baru tahu. And sedap! And portion dia banyak sampai aku tak habis. Makanya En. Suami kena habiskan.

Whipped Potato (My son ate this, sampai habis guys. Sedap sangat la tuuu). Dah bawak infant aku tak berani la bagi makan merapu. All these while memang strict no salt no sugar. Tapi, sebab dah keluar berjalan, aku bagi la chance sesekali. Tapi aku tak bagi makan gravy la. Just the potato. Dia suka ja makan haha.

Fish and Chips. Ibu mertuaku yang makan. Aku rasa jugak ehehe. Sedap ok ja la. Western ni sebenarnya kalau makan western kat mana pun aku akan rasa sama ja haha. So yeah, sedap average, seperti rasa western yang anda pernah makan di kedai-kedai western yang lain hehe.

Mushroom Soup. Aku tak rasa pulak. Just ambil gambar haha. Aku sibuk suap anak lupa nak minta rasa. But I bet it won't taste so different. Mushroom-y la rasa dia aku rasa haha.
Bila tengok gambar makanan yang banyak ni, sila jangan judge hahaha. Aku dan suami tak makan berdua ya. Hahaha kami pi dengan mak mertua and abang ipar and anakku.

Overall, aku suka suasana dia. Just nice. Family-friendly. Kerusi budak pun ada. Kami sanitize tambah sebab selepas MCO ni kita kena careful lebih sikit kan. So no harm lah. Hehe.

Service pun baik, tunggu tak lama. Suasana bersih, makanan sedap. So yes, recommended guys! Kalau mai SP lepastu clueless nak ke mana, boleh ke McDota! Parking takda hal ok ja. Cumanya kena sedia kupon parking lah haha.

Okay sekian sahaja penulisan review McDota oleh saya. Jemput share sekiranya berminat haha takda masalah. 



Thanks for reading!

Farzanaley
Fartvxqhlovate

Monday, April 1, 2019

Food Review #1: Asam Pedas @ Maniz Kitchen

Assalamualaikum and hello everyone!

 Post kalini pasal makanan. Sebabnya, biasalah berat makin aum so agak agak sebab apa? Sebab rajin makan lah. Itulah motif penulisan harini.

Okay Maniz Kitchen. Macam mana boleh tau pasal kedai ni? Long story short, aunty Manis is my MIL punya best friend. So kami pun saja la ber-jjcm masa cuti sekolah last March pergi mencari makan.

Guna maps and waze, dua dua sesat. Rupanya lokasi online tu salah 🤦‍♀️ Sabaq jela. Dah la masa pi tu lapaq. Menjadi punca pergaduhan laki bini. Dok ingat salah tengok maps, rupanya memang salah location hahaha.

Location: Called and tengok location yang aunty share, masyaAllah senang ja cari. Betul betul depan padang SMKA Kedah. Dekat deretan kedai tu ada olive house, kedai barang eletrik secondhand and macam2 lagi la.

 Bila sampai, dah nama Melayu, perut dididik dari kecik makan nasik waktu lunch, maka menu western langsung tak ku pandang hahaha.

 Berikut ialah apa yg kami tempah:

Total semua sekali dengan ayaq RM 40. (nasik kami tambah 2 kali 😂) 
Asam Pedas Kepala Ikan Nyok2 (RM 13) (banyak portion dia so I shared with my MIL
Sambal Udang Masak Petai (RM 10)
Share jugak. Udang besaq wei 😅

Nasi yang kami makan dengan asam pedas come with sambal belacan, telur masin and ulam. Sambal dia sedap gila wei 😍 tapi pedasssss habeh 1.5 liter air masak yg aku bawak hahaha. 

 Nampak sedap tak? Bukan nampak je goiseeee. Rasa pun menjilat jari. Hahah.

Review:
Taste 🌟🌟🌟🌟🌟
Presentation 🌟🌟🌟🌟🌟
Cafe 🌟🌟🌟🌟🌟
 Price 🌟🌟🌟🌟🌟
Portion 🌟🌟🌟🌟🌟

 Taste memang sedap. Tapi kalau tak tahan pedas macam aku, entah la, jenuh order ayaq. Aku yang tak tahan pedas pun dok hirup kuah, tambah nasi sepinggan 🤦‍♀️ #RIPdiet. Tu aku yang tak tahan pedas. Hampa yang suka pedas, memang wajib pi. Tapi yg tak suka and tak tahan pedas, make sure rasa sikit2 dulu. Jangan haloba. Sebab harga pun okay, sesuai dengan portion.

 Hampa mesti macam, eh dia ni semua nak bagi 5 star? Aku taktau la nak letak berapa star dah kalau semua aku rasa elok. Even toilet pun bersih!

 Hm hm. Tu jelah. Aku lapaq bila ingat balik masakan asam pedas tu. Huk huk. Husband aku pencinta ayam tegar. Dia order lain.

Nasi Ayam Sambal Hijau (ada sup sekali tak masuk dlm gambar ni tp ada kat gmbar atas sekali) 

 Haaa ayam dia, walaupun sambal dia okay, taste good, aku rasa tetap takleh lawan asam pedas. ASAM PEDAS FTW! Eh tiberrr. Ha kalau ayam ni aku bagi 4 🌟🌟🌟🌟 jika dibandingkan dengan asam pedas. Hehe. Tp ayam dia unik. Sambal hijau tu kita macam takut sakit perut tapi tak pedas pun. Serious!


 So kalau hampa pi Alor Setar, boleh la pi Maniz Kitchen ni. Tak rugi. Kalau makan kongsi 2 orang, dijamin akan tambah nasi hahah. Portion asam pedas masih cukup untuk makan second round.



 Oh ya, atas ni contact number. Nak book sebelum pi pun boleh sebab malam ramai orang. And thank you Mak sebab belanja najwa and kandar hehe 🤭

 There you go. First food review by me. Kalau ada apa2 aku boleh improve habaq la 😁

 Thanks for reading!

 Love,
Farzana Rosley
Fartvxqhlovate