Showing posts with label sungai petani. Show all posts
Showing posts with label sungai petani. Show all posts

Tuesday, July 7, 2020

Food Review #2 : Ayam Goreng @ McDota Sungai Petani

Assalamualaikum wbt and hello everyone.

Kita selang posting makan dan ilmiah hehe. Tapi bab makanan ni pun ilmiah jugak la. Kot-kot hampa mencari kedai makan menarik di Sungai Petani. Boleh la baca. Bila dok rajin post pasal kedai makan kat Sungai Petani, rasa macam dah boleh jadi duta makan makan kat SP hahaha.

By the way, aku rasa macam dah tahu banyak kedai kat Sungai Petani, tetapi ternyata aku silap. Suamiku bawak ke tempat yang unik yang aku akan kongsi dalam post harini: McDota Fried Chicken :) 

Here comes the photos with caption of reviews:


Char Koay Teow. Sedap weh! Teringat Doli Kuetiau Goreng di Taiping. Isi dalam ni pun sedap dan mewah. Ada udang besar haha. 

Nasi Goreng. Pun sedap! Aku puas hati la makan panas-panas and rasa sedap bukan average ja.

Lucky Plate. OK. AYAM GORENG dia sangat UNIK! Dia bukannya berat penuh tepung macam KFC ka apa tau. Tapi rasa dia still sedap. I thought takda ayam boleh beat KFC. Tapi sekarang aku rasa ayam McDota ni dah at par dengan KFC. Sama level tapi different category sebab dia tak bertepung macam KFC.

Koay Teow Hailam (Char Hor Fan). Memula aku rasa macam eh betul ka? Hahaha tapi betullah. Abang ipar aku yang cakap, rupanya Char Hor Fan ni ialah Kuetiau Hailam. Laaaaa, baru tahu. And sedap! And portion dia banyak sampai aku tak habis. Makanya En. Suami kena habiskan.

Whipped Potato (My son ate this, sampai habis guys. Sedap sangat la tuuu). Dah bawak infant aku tak berani la bagi makan merapu. All these while memang strict no salt no sugar. Tapi, sebab dah keluar berjalan, aku bagi la chance sesekali. Tapi aku tak bagi makan gravy la. Just the potato. Dia suka ja makan haha.

Fish and Chips. Ibu mertuaku yang makan. Aku rasa jugak ehehe. Sedap ok ja la. Western ni sebenarnya kalau makan western kat mana pun aku akan rasa sama ja haha. So yeah, sedap average, seperti rasa western yang anda pernah makan di kedai-kedai western yang lain hehe.

Mushroom Soup. Aku tak rasa pulak. Just ambil gambar haha. Aku sibuk suap anak lupa nak minta rasa. But I bet it won't taste so different. Mushroom-y la rasa dia aku rasa haha.
Bila tengok gambar makanan yang banyak ni, sila jangan judge hahaha. Aku dan suami tak makan berdua ya. Hahaha kami pi dengan mak mertua and abang ipar and anakku.

Overall, aku suka suasana dia. Just nice. Family-friendly. Kerusi budak pun ada. Kami sanitize tambah sebab selepas MCO ni kita kena careful lebih sikit kan. So no harm lah. Hehe.

Service pun baik, tunggu tak lama. Suasana bersih, makanan sedap. So yes, recommended guys! Kalau mai SP lepastu clueless nak ke mana, boleh ke McDota! Parking takda hal ok ja. Cumanya kena sedia kupon parking lah haha.

Okay sekian sahaja penulisan review McDota oleh saya. Jemput share sekiranya berminat haha takda masalah. 



Thanks for reading!

Farzanaley
Fartvxqhlovate

Thursday, May 28, 2020

5 Restoran/ Tempat Makan Menarik di Sungai Petani, Kedah


Assalamualaikum wbt and hello everyone!

Since ketika menulis ni aku tak boleh tidur sebenarnya, aku decide untuk menulis. Aku dah plan lama dah. Simpan gambaq pun lama. Upload ja belum hahaha.

So here goes:

5 Restoran/ Tempat Makan Menarik di Sungai Petani

Kenapa terfikir nak review? Orang yang kenai aku tau lah aku memang suka makan, suka ambil gambar makanan. Jadi why not kita share kot kot hampa dah tak ketahuan nak makan apa. Kemudian singgah pulak Sungai Petani (SP), maka boleh la teruskan pembacaan kalau berminat hihi.

1. Nasi Lemak Kukus Bunga Telang

Konsep: Malay food

Harga memang tak ingat. Laki aku bawak pi makan kat kedai ni masa mula mula kahwin (hujung 2018 mungkin) hahaha. Sejujurnya review first ni hampeh sikit sebab aku taktau kedai ni masih beroperasi atau tak. Kedai dia bila siang jadi kedai lauk pauk beraneka tak silap. Bila malam, nasik lemak kukus bunga telang dengan ayam berempah fuhhhhh sedap gila. Aku ingat sedap dia sebab bila tengok gambar terus terbayang rasa dia. Haaaa.






Jemput tengok gambar. Location dia dekat Bakar Arang. Hampa type nama kedai inshaAllah jumpak.

2. Chennai Curry House

Konsep: Mamak/ Indian Cuisine
Serious sedap especially bila ambil set daun pisang aka banana leaf rice set. Kalau sejenis tamak macam aku dan suami, bolehlah tambah lauk pauk, sedangkan set dia pun dah banyak weh! Hahaha. Lepastu bila keluaq dari kedai ha mula la nak rasa sengkak ja. Penuh dah perut.




Harga untuk banana leaf set tak silap aku less than RM10. Unless kita tambah 1 lauk share dengan teman makan kita tu, prolly bertambah la harga. Still reasonable price.

Location sila waze atau maps. Tapi area Lagenda Heights lah yang pasti.

PENTING untuk hampa tahu yang kalau nak makan banana leaf set tu, hanya available sampai pukul 3 pm SAHAJA. (Hat ni i marah guys. I balik kerja jauh tauuuu tak sempat makan sobs).

Tapi, kalau nak makan menu lain boleh ja pi waktu lain. Hehe. 

3. iCafe

Konsep: Western
Em nama dia memang gitu. Location - Bakar Arang, bangunan baru yang ada Tealive dan Nasi Kandar Shifa tu. Jemput lah memeriahkan deretan kedai di sini ya.





Dari segi ambience dan rasa aku rasa alhamdulillah berpuas hati. Harga pun berbaloi dengan portion. So, berbaloi lah kalau hampa pun nak try makan. Hehe.

4. Cendol Pak Nik

Konsep: Minum petang - Malay food
Very famous amos dah sebenarnya kedai cendol pak nik ni kalau hampa pernah mai SP. Lokasi yang aku tau ada dua; satu dekat depan RHB Bakar Arang dan lagi satu berdekatan dengan Econsave Taman Patani Jaya. Haaaa.




Ada menu lain jugak kat kedai ni meskipun nama dia cendol ja. Ada bihun sup, ais kacang, rojak tak silap dan macam macam lagi. Kira dia sesuai lepak makan petang la. Hagituuu. Harga memang murah. So apa lagi guys, support local dan makan lah di sini.

5. Restoran Didesa

Konsep: Indo-Thai Cuisine
I save the best for the last! Hahaha my favorite restaurant. Sedap dia taktau nak habaq. Macam macam menu yang ada and bersesuaian dengan konsep Indo-Thai dia.

My most favourite menu ialah Nasi Ayam Penyet. Hands down. Sedap sungguh amat sangat. Over pulak kan haha. Tapi before musim MCO kena duduk rumah ja ni, ada satu fasa tu almost hari hari balik kerja aku akan singgah beli. Haha.





Harga berpatutan. Lokasi dia memang senang nak singgah especially kalau hampa macam aku yang akan exit tol SP Selatan haha. Bila dah exit, rapat kiri. Masuk kot KFC tu. Tengok kanan. Belakang Emerald Puteri Hotel ialah Restoran Didesa. Boleh cari dalam maps. Dan boleh jugak cari dalam foodpanda kalau duduk SP. Ada ja. Hehe.


Okay sekian sahaja dari saya. Aku bukan orang SP secara asalnya walaupun aku dilahirkan disini (sobs Im sorry my beloved Penang, the land that I grew #DRAMA). 

Suamiku orang Sg Petani dan banyak tempat makan menarik sebenarnya.
Yang aku share hanyalah tempat yang aku tau haha. Apapun, rasa sedap tu semua preference masing masing, subjective. Kalau nak try, boleh la pi tempat yang aku dah suggest.


Thanks for your time.


Love,
Farzanaley.
Fartvxqhlovate.