Showing posts with label islam pilihanku. Show all posts
Showing posts with label islam pilihanku. Show all posts

Sunday, July 5, 2020

Keimanan Para Sahabat #1: Usman bin Maz’un

Assalamualaikum and hello everyone.

These past few days banyak menonton video video tazkirah. Kemudian rasa rugi kalau tak kongsi sebab bila kita berkongsi, lebih banyak yang kita ingat kan. Maka baik lah sekiranya aku tulis dan mungkin ada la secebis pahala untuk aku. Hihi.

Kalau hampa bukan jenis yang suka membaca, ketahuilah bahawa content yang aku dapat ni daripada video Ustaz Wadi Anuar. Mudah difahami, jelas dan inshaAllah sohih.

Dalam bentuk penulisan; aku kongsi serba sedikit nota yang aku dah catit bila dengar tazkirah beliau.
Kisah keimanan para sahabat yang diuji pada zaman awal baginda Rasulullah SAW menyebarkan dakwah di Mekah.




Usman b. Ma’zun

  • Merupakan saudara susuan Nabi
  • Mendapat keistimewaanà perlindungan yang diiktiraf daripada Menteri Kanan Quraisy pada zaman tersebut – Al-Walid bin Mughirah (sahabat baik kepada Usman; juga merupakan bapa kepada Khalid al-Walid)
  • Disebabkan perlindungan tersebut makanya polis atau mana-mana kuasa tak boleh tangkap atau apa-apakan beliau
  • Apabila Usman memeluk Islam, para kafir Quraisy marah dan mereka pun berjumpa dengan Al-Walid. Mereka gesa beliau untuk menarik balik keistimewaan perlindungan tersebut.
  • Al-Walid pun memanggil Usman bin Maz’un untuk berjumpa. Dia kata supaya berhentilah beribadat, kalau tak dia akan tarik balik keistimewaan perlindungan yang dia beri kepada sahabatnya itu.
  • Bila dengar member dia cakap macamtu, Usman terus bertegas dan cakap supaya ditarik semula perlindungan tersebut. Sebab dia tak takut pun.

PENGAJARAN

Perkongsian aku ni macam simplified version hehe. Tapi yang penting mesej sampai. 

Untuk aku, pengajaran yang aku dapat ialah betapa hebatnya para sahabat yang sanggup tolak apa-apa keistimewaan pun, walaupun depa tau akan membawa risiko kepada hidup depa.

Zaman dulu bukan lekeh-lekeh ya kena siksa.

Kita yang diberi pelbagai keistimewaan hidup aman, tiada sebarang ancaman pun kadang-kadang masih liat nak beribadah. Hmmmm.

Harap mengetuk pintu hati jiwa raga kita. Moga kita terus berpesan-pesan untuk melakukan kebaikan.

Thanks for reading!

Love,
Farzanaley
Farzana Rosley

Friday, May 25, 2012

SEBAB KITA DICIPTAKAN ALLAH TAALA

This is another post, by sahabat beta - Asyraf Fauzi, the KP. So, here it goes. it's good to share :)

Assalamualaikum w.b.t dan salam tsaqafah

Apa ertinya kita diciptakan di atas dunia ini oleh Allah? Pernah kita tanya diri kita kenapa aku menganuti Islam? kenapa aku diciptakan sbg manusia? kenapa aku diciptakan lebih mulia daripada binatang? Paling penting, siapa aku di atas dunia ni? Sudah tanya? apa jawapannya? Pernah terasa ingin mencari jawapannya? Atau kita terlalu leka dengan hidup di dunia ni? Atau kita hanya Islam pd nama dan zahiriah. Bukan bathiniah. Mahu menambah tsaqafah? Nantikan huraian yg ringkas daripada ana (berdasarkan ilmu yg ana dapat dari sahabat ana di dq dan ana rasa ana perlu berkongsi dengan rakan) :D

Pertama - tamanya ana memanjatkan setinggi - tinggi kesyukuran kepada Ilahi kerana memberi ana kesempatan untuk berkongsi dengan antum semua satu ilmu yg kita patut tahu sebagai seorang yg bergelar Muslim. Sebenarnya ilmu ni ana dapat daripada kawan ana di darul quran. Beliau amat petah berkata - kata dan mempunyai ilmu yg mendalam.

Sebelum tu, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. berkat perjuangan dan pengorbanan baginda bersama para sahabat, hasil titik peluh dan darah yg dikorbankan, kita dapat rasa dua nikmat yg besar pd masa kini, iaitu nikmat Islam dan juga nikmat iman. Firman Allah

"Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W); wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya" (Surah Al Ahzab:56)

Jadi kalo ditanya mengapa kita dicipitakan oleh Allah Taala di atas muka bumi ini pasti ramai akan jawab berdasarkan firman Allah dalam surat Adz Dzariat ayat 56, “Tidak Kuciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu. Tapi di sini ana nak tanya, apa maksud firman Allah tersebut? Kalo kita terjemah ayat memang berbunyi begitu. Tapi bagaimana pula dengan tafsirnya?? Pernah kita selidiki??

Ana lupa nama ulamak yg mentafsir ayat tersebut. Tapi tafsirannya berbunyi begini. Beliau mentafsir kalimah 'kecuali untuk beribadah kepadaKu' dengan tafsiran 'untuk mengenali Aku'. Faham? Maksudnya Allah ciptakan hamba Nya di atas muka bumi ini untuk mengenal siapa Khaliq mereka. Atau kita boleh panggil sebagai Ma'rifatullah.

Tahap Ma'rifatullah merupakan satu darjat yg tinggi bagi setiap Muslim. Apabila Muslim mencapai tahap ni, setiap perbuatan, percakapan dan sifat mereka adalah semata - mata kerana Allah. Kerana mereka yakin Allah Maha Melihat dan Allah melihat apa yg mereka kerjakan dan mereka sedar setiap amalan mereka akan diberi balasan oleh Allah Taala. Satu analogi ana boleh bagi di sini. Contoh kita merempit di atas jalan, tiba2 kita nampak ada roadblock. Mesti kita takut kan?? hal ni kerana kita tau kita akan menerima balasan daripada polis kerana merempit. Jadi bagaimana nak mencapai tahap Ma'rifatullah ni?? Supaya kita akan rasa kita sentiasa diawasi dan dilihat oleh Allah. Supaya kita berani melakukan amar ma'ruf nahi munkar. Sehingga kita gentar untuk melakukan dosa walau sebesar zarah sekali pun.

Professor Syed Naquib al - Attas, seorang tokoh pemikir Malaysia telah berkata sebenarnya kita semua telah mencapai taraf Ma'rifatullah tersebut!! Terkejut?? Hakikatnya ya, kita telah capai. Persoalannya bila kita capai tahap tersebut? Ingat lagi perjanjian kita dengan Allah di alam roh?? Firman Allah (a.w): 'Maka ketika Tuhan kamu mengeluarkan keturunan Adam dari tulang sulbi mereka dan mengambil penyaksian terhadap roh mereka (dgn berfirman): 'Bukankah Aku ini Tuhan kamu?', berkata (i.e. menjawab roh): 'Bahkan (Engkaulah tuhan kami)! (Kami Allah (a.w) lakukan sedemikian itu) bahawasanya  tidak berkata mereka pada hari kiamat: 'Sesungguhnya kami adapun kami dengan ini penyaksian terlupa kami.' [Ayat 172, Surah al-A'raf] Atau, berkata mereka: 'Sesungguhnya apa-apa yg syirik ibubapa kami dari sebelum kami; dan adapun kami adalah zuriat sesudah mereka. Apakah Engkau (Allah) akan membinasakan kami dgn apa-apa yg berbuat orang-orang yg sesat dahulu itu?' [Ayat 173, Surah al-A'raf]

Ramai manusia lupa perjanjian ini. Kerana apa?? Allah campakkan kita di atas muka bumi ini kemudian Allah lupakan kita sebentar tentang perjanjian yg pernah kita buat. Kita dipanggil al - insan. Ism yg kata dasarnya ada 'nasiya' yg bermaksud lupa. Ya, kita pelupa. Apa yg kita lupa?? Perjanjian yg kita pernah buat dengan Allah.

Sebenarnya, kehidupan kita di dunia adalah untuk kembali pada perjanjian Allah tersebut. Saat di mana kita mengaku bahawa Allah Tuhan kita dan tiada Tuhan yg berhak disembah melainkan Allah. Allah ajarkan kita tentang Islam. Satu cara hidup yg lengkap meliputi pelbagai aspek kehidupan yg mampu mendorong kita kembali kepada perjanjian tersebut. Allah kurniakan kita dengan RasulNya, Muhammad ibni Abdullah. Manusia mulia yg memimpin manusia betul2 mendalami Islam. Jadi kenapa kita ingkar?? Fikir2 kan.

Mari kita imbas kembali firman Allah dalam surah al - Baqarah ayat 30 "Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi seorang khalifah. Berkata mereka : Apakah Engkau hendak menjadikan padanya orang yang merusak di dalam nya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau ? Dia berkata : Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

Allah ciptakan kita lebih mulia daripada haiwan. Allah kurniakan kita akal untuk membezakan kita dengan haiwan. Kalau kita hidup tak menggunakan akal yg Allah bagi, maka kita sama sahaja dengan haiwan. Allah kurniakan kita dengan ilmu. Manusia boleh menjadi lebih mulia daripada malaikat dengan ilmu yg mereka miliki. Sebarkan ilmu di bumi Allah ni kerana ia bukan milik kita.

Ana harap ilmu yg ana kongsi malam ni bermanfaat bagi semua warga 0711. Maaf ana x berapa pandai mengarang ayat dan menghuraikan isi. Tapi ana harap apa yg ana karang ni sedikit sebanyak bermanfaat pd semua. Sebelum ana mengundur diri, ana nak kita sama2 menghayati satu lagi firman Allah dalam surah ali Imran ayat 110 yang bermaksud :"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik."

Assalamualaikan w.b.t dan salam tsaqafah :D


Thanks Asyraf for sharing :)

Ilmu Allah untuk semua^^

yang copy-paste,
Love,
Fartvxqhlovate.
Fareyfar
FarzanaRosley

Wednesday, March 28, 2012

...sebarkan keindahan dalam dakwah



Assalamualaikum wbt.

Harini nak tulis pasal pendekatan + dakwah.
Actually I read the picture above at Hilal Asyraf's (the famous Langit Illahi author) status :)

What I really want to say is about pendekatan..

Islam is simple - easy and interesting.
Tapi pendekatan yang selalu kita guna buatkan orang bukan islam fikir yang islam ni kolot - kalut and annoying.

Why is it like that?
Sebenarnya kita lupa satu perkara dalam elemen dakwah. It needs 'berhikmah'. We need to be wise. Rasulullah seorang yg berhikmah dalam dakwah2 baginda, so kenapa kita umat baginda yang average + bukan maksum nak berdakwah secara over?

Don't make people hate Islam.
Aku ingat lagi masa aku form 1, Dr Danial Zainal Abidin pernah datang ke sekolah aku.
Part of his speech was,

" Kita ni bila berdakwah suka takutkan orang. Nak buat Islam ni nampak scary, nampak Islam ni macam satu agama yang desperate, pressure, padahal Islam tu INDAH. Tengok orang Kristian berdakwah macam mana, 'Jesus loves you... Jesus dies for you...'. Tapi kita, orang Islam, 'Takutlah Allah! Takutlah kamu kepada Allah!' Kenapa nak buat orang takut pada Allah? Allah itu Indah, Maha Kaya, Maha Cantik, kenapa nak suruh orang takut kepada Allah?! Apa yang perlu orang takut ialah AZAB Allah! Balasan Allah kepada orang yang berbuat mungkar.. Yang buat benda betul mesti lah Allah layan baik, Allah sayang.... "
* surely ada ayat tokok tambah + edit. sebab mana nak ingat ayat sebenar Dr. Form 1 kot masa tu >.<'

Anyhow,
Betul kata Dr :)
Allah tak menakutkan. Azab Allah saja yang kita perlu takut.
Sebab benda tu nanti kekal. Di akhirat sana.
Dunia ni sementara. (#notetoself)

So, what I really want to say is, jangan pressure dalam berdakwah. Kita takda kuasa nak ubah semua tu. Kita boleh berdakwah, tapi yang nak bagi hidayah for them to change is Allah.

Still, semoga kita sama2 berubah :') #notetoself.

Love,
Farzana Rosley.

(inshaAllah I will write about my visit to Baitullah :') There's too much to tell. So, taktau nak start dari mana :) )

Thursday, February 16, 2012

Allah knows best.

"Only those who are patient shall receive their reward in full, without reckoning.'' 
- (Surah Al Zumar V 10)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt.

Sometimes,
Allah breaks our spirit to save our soul,
Allah breaks our heart to make us whole,
Allah sends us pain so we can be stronger,
Allah sends us failure so we can be humble,
Allah sends us illness so we can take better care of ourselves,
Allah takes something away from us so we can learn the value of everything we have.

Trust Allah, Love Allah…
What ever He does,
is always the best for us.


To whom it may concern, look at the case optimistically. Allah gives me this precious chance. And for no reason, you envy me? :/
Immature act. That's how kids should react. Not you.

However, Allah knows best. Thanks :D

Fartvxqhlovate :)

Monday, January 9, 2012

Halalkan ilmu yang diajar kepada saya

Assalamualaikum w.b.t to all :)

Dalam kesibukan harian yang ada hari jadi babysitter, ada hari jadi maid and ada certain day jadi penanam anggur, tiba-tiba teringat nostalgia tahun lepas; 2011.
Tadi petang pergi sekolah hantar barang kat adik aku. Then aku extend leher aku sepanjang boleh ke arah ASPURI. Mana tau adik-adik dorm kesayangan tayang muka.

Rindu moments masa bersembang sakan dengan adik-adik dorm and adik lain. Entah bila lagi nak buat comeback kat Irshad. HAHA :P
Tapi kecewa besar harini. Just nampak adik-adik berwajah baru yang secara sahnya tak kenal aku, with blurred faces, dengan tudung masih putih berkilat, aku boleh buat konklusi pantas, they're newbies :) the 2012s.

Not to forget, sempat pusing ke arah Surau Al-Ansori ( pusat ilmu-ibadah-ukhuwah). Nampak surau penuh tadi. Ada kereta Cikgu Hayati kat depan surau. Aku zoom in ke dalam surau. OH! Si baju hijau, HAHA the prefects were having their meetings :)
Kalau aku still Irshadian tadi, aku tau masa tu aku tengah sibuk su'uzhon dengan pengawas. HAH, entah-entah ada spot-check. Then baru nak fikir sama ada that week aku suci dari segala barang haram or not. 
However, aku dah tak perlu lalui lagi semua jenis gentar tu. Alhamdulillah, time passed, things happened and I'm a grown-up girl. Masih maintain muda, tu real fact, tapi masih mentah untuk tempuh the new world after this.

Then saat-saat ni mula la nak timbul rindu. Wah (ayat bunga tak? HAHA)! Dan ada cerita disebalik rindu tu. Mungkin teringat ustaz yang selalu pandang muka aku dengan muka tak berperasaannya, tapi aku menangis bila dia tak ajar kelas aku :') Tapi tu cerita dulu. Ajar kelas aku or not, he's still my ustaz :)

Masa nak ambil SPM last year, semua Fivers 0711 the Ambassadors sibuk pergi mintak redha cikgu. Yelah, dah nak exam. Nak mintak cikgu-teacher-ustaz ampunkan segala salah and halal segalanya.

Masa mintak maaf, rasa sayu memang ada. Yelah, aku bukan student baik. Masa f1 sampai f3 asyik buat pemberontakan besar-besaran. Bila dah f4 baru besaq sikit haha, then the real life began.

Then we asked for apology. Kami mintak semua cikgu halalkan ilmu yang diberi. Well, sebenarnya kami pilih ayat yang salah. Tak sesuai.

Kata ustaz, ilmu itu milik Allah. Allah suruh kita ambil apa yang Dia nak bagi. 
Maka ilmu yang kita dapat selama ni memang lah sudah halal! Yang ustaz perlu lakukan hanyalah dengan memaafkan segala sikap degil-buas kami dan meredhai segalanya kepada kami.

So, apa motif bercerita? Hm, takda motif. Ilmu itu milik Allah.
Dah halal. Apapun, I miss my teachers there in SMKA Al-Irshad. I mean, the sweet moments we got there :)
Doakan saya terus kuat melayari bahtera hidup.

Love,
Farzana Rosley
Fartvxqhlovate

Tuesday, December 20, 2011

Bida'ah Part 2

Sambungan from : Bida'ah Part 1

OK. As we know, bida'ah ialah perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah. (this is maksud ringkas dia, in which ; bukan ayat buku -.-' )

Bida'ah ni actually kalau diikutkan sebenarnya terbahagi kepada dua.
-Bida'ah yang truuuly sesatttt
-Bida'ah Hasanah ( bida'ah yang baik)

Bida'ah ni sebenarnya wujud disebabkan sifat orang Arab dulu yang terlalu taksub sampai kadang-kadang, benda baru yang diorang buat tu melampaui and truly jauh dari ajaran agama.

Apa yang aku agak geram tentang persoalan senior aku tu ialah, dia tanya camni : 
Ada ka doa awal & akhir tahun dalam Islam? kalau ada apa dalil dan nas nya?

OK! Kalau senior aku tu sekolah menengah biasa yang tak belajar QS, aku boleh terima. Tapi he learned in our school, and surely kena ambil Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah! 
Sekarang ni, kita tengah bahas tentang bida'ah, perkara yang bukan datangnya dari Rasulullah. Kenapa kita perlu tanya mana dalil atau nasnya?

Kita sure dah tau bahawa dalil or nas or hadis and else semua tu perkara yang bersandar kepada Rasulullah. Tak perlu lah nak persoalkan mana bukti dari segi tu!
Apa yang kita perlu lihat ialah, perbuatan membaca doa awal & akhir tahun tu.
IS IT WRONG?
Dapat dosa ke baca doa awal & akhir tahun?
Jawapannya : tidak.

Bila perbuatan ini ialah satu perbuatan yang baik and inshaAllah tak mendatangkan apa-apa keburukan pun, maka
tak salah kalau kita nak mengamalkannya. DAN tidak salah jugak kalau kita tidak mahu melakukannya.

I know my post is a average one. In which I don't masukkan sekali ayat2 or hadis2 or anything yang sewaktu dengannya untuk mengukuhkan lagi hujah aku.
Aku bukanlah jenis yang google it to tell everyone how berilmu i am, tapi apa yang aku share is just from what I've learned. Apa guna belajar tapi tak share.
Since it's midnight, inshaAllah kalau esok pagi aku diberikan nikmat untuk bernafas lagi, I'll continue.

Fight for Islam. Jangan tersasau. Kang tak pasal jadi shiah -.-'
And ofcoz, yang baik dari Allah, yg buruk dari aku.

Love, Far :)

Bida'ah Part 1

OK. Assalamualaikum wbt.
Firstly, this post is written based on what I learned in Irshad. InshaAllah ustaz2 aku dah sampaikan ilmu yang diorang dapat, so this is what I want to share after penat menunggu.
Haritu before SPM, well I had a little harsh conversation with one of my ex-seniors. He's just somebody who I surely can't tell his name -.-'
And it's all about bidaah. I've been waiting to write for my lifetime k! (over sgt hiperbola tuh)
Since it was about few weeks before SPM, maka aku takde kesempatan nak cakap panjang.

Next, I really want to know the fact that ISLAM IS EASY! BUT, we can't take it easy of course.
This was the conversation yang I really wanted to tell him that he was wrong. GRRRR,

*conversation part 1

*conversation part 2

The conversation happened when my other senior, kaknadaalia wished salam maal hijrah. 
And, as you can read through the whole conversation, he asked for DALIL tentang bacaan doa awal tahun and akhir tahun tu!

OK, sambung next post, aku dah mula sedar yang post panjang-panjang akan buat people get annoyeddd -.-'

Continue with : Bida'ah Part 2.

Thursday, September 15, 2011

Universiti Allah. Pendaftaran di Padang Mahsyar.

This was one tazkirah from my ustaz. Masa Ramadhan haritu, well part of the program, Tazkirah after zohor.

He said,
Nak masuk Universiti Allah kena ada kelayakan berikut:

2 A+ sahaja. Peh, seronok lah kalau dapat masuk Universiti Allah kan. Only available dekat akhirat :)

Pendaftaran di :

Padang Mahsyar

Antara nama2 Uni : 

§  Jannatul Firdaus yaitu surga yang terbuat dari emas merah.
§  Jannatul 'Adn yaitu surga yang terbuat dari intan putih.
§  Jannatun Na'iim yaitu surga yang terbuat dari perak putih.
§  Jannatul Khuldi yaitu surga yang terbuat dari marjan yang berwarna merah dan kuning.
§  Jannatul Ma'wa yaitu surga yang terbuat dari zabarjud hijau.
§  Darus Salaam yaitu surga yang terbuat dari yaqut merah.
§  Darul Jalal yaitu surga yang terbuat dari mutiara putih.
§  Darul Qarar yaitu surga yang terbuat dari emas merah.
*source of Wikipedia.

Aku sendiri can’t firm nama-nama Syurga. My bad :’(
So 2 A+ yang perlu ada ialah :
Iman        A+
Amal        A+


That’s it. So, semoga kita berdaftar untuk Uni2 Allah ni :) Ingatlah, amalan yang paling disukai Allah ialah yang sedikit tapi konsisten :)


Love, Fartvxqhlovate.
*sedang trial. Doakan.

Saturday, July 16, 2011

Agama dan Politik di Malaysia.

Assalamualaikum wbt.
Hari ni aku ada terjumpak satu blog.
She speaks naturally to her heart, not mind.
And I wonder what made her.
All her post for politics are soooo baseless.
I am mad. Tapi sabar. 
And yes,
Aku masih bawah umur untuk bersuara.
But trust me, 
for Islam, for my agama, I will not fight,
but I will speak truth.
Dekat sekolah aku pun, ramai dah mula semangat politik.
Some may say, "I hate politics"
But if it's not us to know, and to fight for our agama, who will?
And I felt kinda weird when we learnt agama deeply in school, but still cannot make the right choice. 
WHY? Faktor keturunan? Hmmm, that's their choice. I can't do anything.
Betul la. I have to agree, hati manusia, Allah yang pegang :')
And I have to agree too that there's no PERFECT POLITIC PARTY in the world. 
Tapi, ugh. ok stop. aku takut over the limit.

May I'm blessed and live well to the age of 22.
Tangan aku dah gatal nak menaip pasal politik.
Fight for agama Allah!

Takbir!
Allahuakbar!

p/s : i love green :) and white too.

FarzanaRosley.
fartvxqhlovate

Saturday, April 23, 2011

Islam dan Melayu – Peribahasa 1

Salam’alayk. How are you guys doing?

Peribahasa yang ingin aku bahaskan di sini ialah ‘Jangan jaga tepi kain orang’
I have to admit for thousand times, I do like most of the Malay quotes. Sebab they’re really good. But some of them are not supposed to be something yang menjadi pegangan. Salah satunya ialah Peribahasa yang telah aku tulis kat atas tuh, ok la I repeat : Jangan jaga tepi kain orang.

Dengan Peribahasa nih, one incident, a case that appeared to be at the front page of the newspapers in Malaysia, crossed my mind. Nak tau isu apa? Isu the kid yang aged around 3-5 years old yang kena tendang dengan bapak dia macam main bola and the saddest thing is the incident was witnessed by the villagers, BUT THEY DID NOTHING! Alasan depa : they tried, tapi the father said, they should not bother. So, depa pun terus tengok jela. Sampai lah that kid died, dengan cara yang sangat kejam. Huihhhh! Now, the peribahasa relate here.

Ada dua keadaan di mana kita sepatutnya pegang Peribahasa tu, and when do we supposed to NOT bother that Peribahasa.

Keadaan 1 : aku nak bagi contoh the vlog – Fiqlipashensem yang cakap pasal anti budak pavilion entah apa tuh. OK, in that condition, he got the point. Aku cakap ni bukan bermaksud aku sokong dia, tapi cuba la husnuszhon sikit dengan budak-budak yang melepak tuh. Mana tau depa tengah buat study group, tapi tak pegang buku. Errr, ok agak kurang bernas, tapi just make it so. Macam what the vlogger – Aimanazlan cakap, we have to make 70 excuses for people. 70 excuses tu Sebenarnya nak latih diri kita untuk husnuszhon terhadap orang lain. In this issue, we can say, ‘Jangan jaga tepi kain orang’. Make it so. This is what I feel la. Tapi kalau depa lepak sampai masuk time semayang Jumaat bagai, what if hampa pi and ajak depa pi solat? Dari dok buat anti-page. That’s just.... nothing. Aku cakap berdasarkan apa yang aku rasa ja. Pasal aku orang Penang, nak pi Pavilion tuh, mintak mahap la. Setaun sekali la kot. Takpa, to those kaki lepak at anywhere, nanti aku bagitau hampa adab melepak dalam Islam. InshaAllah bila aku free ok. Ehe.

Keadaan 2 : Issue tadi yang aku cakap tuh. Pasal budak kecik kena sepak dengan bapak dia yang sungguh amat sangat what the tak bertanggungjawab and whatsoever lah! Aku rasa geram bila tau yang penduduk kampung tu just terus tonton macam tengok wayang lepas bapak dia bagi amaran; Jangan sibuk! Oh my God, sungguh tak pi sekolah. I don’t know what to say. I’m just scared that one day, satu hari nanti, dekat akhirat, that little kid, tuntut dekat orang kampung tuh for what they did. As they did NOTHING. Why should a group of villagers is scared with a father? Mamat tuh singular! You are plural, FIGHT! This time, tolong Jangan cakap : Jangan la jaga tepi kain orang. Oh sorry, memang mintak kasut -.-‘ This time, you don’t have to make it husnuszhon. Takkan lah that father is teaching his kid how to sepak bola? Oh-no, I have to-husnuszhon with-this-father. Maybe he want to teach this kid blablabla. What the fish. That’s just NOT good. Kalau macam tu pemikiran orang Islam Malaysia sekarang, then we can predict how Malaysia is in the future.

OK, always remember that there are some quotes of Malays yang kita tak boleh jadikan pegangan. Make it so. Tak susah. Jadikan The Holy Koran and Hadith as our pegangan. 

Easier.

InshaAllah. Nasihat untuk diriku jua. Yang baik datang dari Allah, yang kurang baik is always from my weakness.

Love,
FARTVXQHLOVATE.
fareyfar.

Monday, March 28, 2011

Muslimah = QUEENS :)

OK, start with assalamualaikum w.b.t :)


How are you guys doing? Good? :)
I just feel glad of this.


I mean, one of my friends posted this on his status.
And I felt like, whoa. Nice explanation!
I feel good. And I feel glad to know that I'm a queen. Ehe,
I don't know what to say more.
tengok pic nie ok? :)



kan kan?
betul dia cakap kan?
Nice example the Sheikh made kan?


Thanks YON. Nice one. And yes, honestly aku suka your statusssss sebab most of them usually bagi kesan dekat aku :) Keep it up Iwan or Yon, or whatever ppl call you! :D


Peeps, take note especially muslimah. Weee, proud what to be a queen. 


Love,
Fartvxqhlovate:)

Monday, March 14, 2011

Islam dan Melayu - Bahasa

Yang wajib kita perjuangkan ialah Islam, bukan bangsa.Perjuangan bangsa ialah perjuangan taghut yang Nabi tidak mengaku ummat.

- Ustaz Ibrahim Libya (1985)

Bila aku cakap aku tak kisah langsung-langsung kalau in the future anak aku speaking twenty-four-seven, kakak aku marah. Malah, bila aku speaking selalu pun, kawan-kawan aku kadang-kadang marah. Hal ni Sebenarnya simple je. Well, yelah kannn. Bahasa jiwa bangsa.

OK. Pasal kakak-kawan aku semua tuh, aku takde heran sangat. Aku tau depa takmau aku lupa diri. OK-OK. Tapi aku nak warn jugak, Jangan sampai semangat sangat dengan bangsa, sampai lupa agama.

Since then,  aku harini nak menulis. Tentang bangsa. OK, aku taknak pulak tulis ayat-ayat yang mungkin membuatkan blog aku popular secara mengejut, tapi aku nak cakap dari sudut pandangan aku sendiri, since aku jumpak kata-kata kat atas tuh :)

Aku rasa kemenangan macam di pihak aku. Eheh.

Meaning, aku rasa tak salah je orang nak speaking 24-7-30-365, as long as dia takde gagap nak baca Quran, takde terbelit lidah nak sebut nama Allah. Pada aku, that’s not a crime. Aku tak de masalah dengan orang yang cintakan Bahasa Melayu. Dan aku pun OK je dengan BM. Tapi aku bermasalah dengan orang yang terlalu cintakan Bahasa Melayu sampai tak bagi orang cakap Bahasa Inggeris misalnya. Aku pelik pulak, kenapa takde orang nak marah bila orang cakap Bahasa Arab? Ohhh, tau pulak Arabic tuh Bahasa Syurga. Dah tu, nak heran apa kalau dia speaking, tapi dia reti solat-segala. Aku rasa hal tuh tak perlu la nak dibesarkan sangat.

Tapi dari aspek peperiksaan, aku tau la. Mana boleh tak gheti bahasa Malaysia langsung kan-kan. Tambah pulak duduk dalam negara Malaysia tapi taktau BM, nanti tak boleh pulak nk interact dengan orang lain. Heh,

Tah la kann. Zaman sekarang nih, cakap salah, tak cakap pun lagi salah. Zaman sekarang nih, the truth tu yang salah.

Betui dakkk? Kann kaannnn? Hampa pikiaq balikkkk, penting sangat kaa Bahasa Melayu tu kalau ikutkannn? Aku suruh pikiaq dari sudut agama OK.  Sebab pandangan apa yang perlu kita letakkan di tempat pertama? Pandangan agama, people!

Ni aku baru cakap bab Bahasa nih, tah berapa juta orang nakmarah, aku pun tak tau. Haha, belum masuk part lain lagi kann.

Aku tak mengatakan aku sempurna dari segenap sudut. Tapi when people speak in the other language from our bangsa, let them be. BESIDES THAT, TAK SALAH BELAJAR OTHER LANGUAGE MANNNN! NAK BERDAKWAH LAGI SENANG APAAA? And yes, buat tak heran dah la kalau dia nak jadi mat-minah-saleh celup pun. Ada dia kacau duit kita? Dakk kaaann. Buat bodo dah la. Ada dia kacau result paper BM kitaaa? Dak kannn? Heh, lainla kalau result BM dia terukk, haaa gelak la. Heh.

Tah laaa aku pun taktauu. Apapunn, teguran nih untuk diri aku jugak. Baik dari Allah, buruk semua dari kelemahan aku.

Love, Fartvxqhlovate.

Saturday, March 12, 2011

Kem Nuqaba' - Part 1

Assalamualaikum w.b.t :)


OK-OK. Bukan bermaksud terus nak straight bagi tazkirah dekat orang after balik kem,
of course NOT. Hamba lemah lagik.
Tapi ada few activities yang banyak bagi pengajaran kepada the nuqaba' yang
participate the camp.


Malas cerita panjang, lemme tell ya.
Masa last day. Ada one activity yang buat aku keja naik hangin jak.
Padahal bukan salah depa pun. Aku yang over.
Bukan hot-tempered, cuma gagal mengawal emosi. :(


Hm, OK, ni masuk part main story.


Alkisah, memandangkan agak ramai naqib @ naqibah tk hadir ke kem,
maka ada banyak nasi lebihan.
So, makcik DM pun pack la dalam polystrene and letak kat teratak depan surau tuh.


Nak dijadikan cerita, *sungguh la kan Allah rancang something tu ada hikmah dia tersendiri.


Banat ( pelajar muslimah) habis awal. So, lebihan nasi tuh Banat ambil sampai habis.
Tak tinggal langsung kat Banin ( kaum Adam).


Bila masuk surau untuk sesi pembentangan,
Pengerusi pun mula lah segala-segala.
Masuk part bentang semua segala sampai lah tiba-tiba dia timbulkan satu part nih :


- Banat ada ambil nasi tak?


- Ambil....


- Ada kongsi tak dengan kawan-kawan? (since we're taught to share, )


- Yaaaaa! KONGSI!  ( confidence level tinggi, jawab KONGSI! )


- Sapa yang tk dapat langsung nasi?


( Ramai jugak Banat yang angkat tangan)


Then mula lah masuk part where dia cakap,


- Banat cakap kongsi, tapi ramai jugak yang tk dapat nasik. Ana nak tegur sikit la. Bila nak makan tu, ingat la kawan sama. Tau tak Banin takda sorang pun dapat.


*Mula suara Banat marah-marah tak puas hati.


- Apaaaa? Tadi ustazah yang bagiiiii.
- Laaaa, apa pulak, aku share jaaa.
- Ish, small matter ja pun.....!


Then dia macam tegur-tegur la kami semua an-nuqaba' nih kan. Macam terasa lah jugak. Pasal aku pun ambik nasik tuh. Tapi tak sentuh lagi pun,


He tried to tegur us. Sebab takde sorang pun Banin dapat. Tapi, macam the way he tried utk sampaikan kepada Banat, tk sampai la.
Maybe dia tktau nk bagi contoh cemana. Pasal surau terus kecoh dengan suara tak puas hati Banat.


Sampai lah, Faizah meminta untuk bercakap......


Sambungan ok. Kalau post panjang sangat, orang takmau baca!

Monday, February 14, 2011

10 Fadhilat Berselawat ke Atas Nabi

Assalamu'alaikum.
Sollu 'alan nabi kum :)
Fi ha zal yaum, huwa yaumil karim, 
which is, Maulidur Rasul :)
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah S.A.W, Nabi Muhammad :)


I went to Kuliah Maghrib before I posted this entry.
Well, Ustaz was in between,
to talk about the 'haram' of Valentine's, or to speak about berapa banyak benefits kita dapat dengan berselawat ke atas junjungan besar kita :)


So, his choice was great enough. Yelah, kalau kita taktau berapa banyak dan best-nya kelebihan bila kita berselawat, kita tak begitu terdorong kan nak buat.


*tak susah kan? padahal ada 500++ selawat. yang kita tau, yang ni ja.


This is it.


10 Fadhilat Berselawat ke Atas Nabi


1. Allah kurniakan rahmat.
  - bila Allah kurniakan rahmat, means Allah sayang orang tu. bila Allah sayang, Allah akan bagitau Malaikat, bahawa Allah sayang that somebody. Maka Malaikat pun diwajibkan untuk mencintai that somebody. How lucky that person. Malaikat pun berebut-rebut turun ke dunia untuk cari manusia yang Allah cintai itu. *bila Allah sayang, semuaaa orang sayang! :)


2. Menerima syafaat Nabi Muhammad.
  - kita selalu dengar yang nih. tapi kita buat ke tak? kalau kita tak selawat kepada Nabi, kita tak ingat kepada Nabi, macam mana Nabi nak tolong? Na'uzubillah. 


3. Malaikat akan mengawasi.
  - bila Malaikat ikut kita, kita akan terpelihara dari sebarang dosa and bala bencana. ada cerita kan? yang perempuan tak dirogol sebab perogol tuh nampak perempuan tuh jalan dengan dua lelaki kan? Subhanallah :) 


4. Jauh dari kafir and kita takkan jadi munafiq.
  - Yang jadi kafir tuh dah teruk. tambah Al-Munafiqun. Lagi lah terok. Mintak jauhhh -.-'


5. Menghapuskan dosa dan kesalahan.
  - bila kita banyak berselawat, insyaAllah kita lebih terdorong untuk buat benda yang baik je. Sebab bila kita berselawat, kita ingat Nabi. Yang kita tau, sifat Nabi tuh Mahmudah je kan :) yang tuh yang kita akan follow insyaAllah.


6. Menolong menjadikan hajat dan impian terlaksana
  - haaa, yang ni sesuai untuk semua peringkat umur! nak success, ingat Nabi :)


7. Bercahaya luar dan dalam (zahir dan batin)
 - sifat Nabi tuh bercahaya. mengeluarkan kita dari kegelapan. bila kita ingat Baginda, insyaAllah, kita jauhla dari kegelapan.


8. Selamat pada hari kiamat.
  - bila dah selamat, ustaz tuh kata, bila kita masuk syurga, Nabi yang akan sambut kita :)


9. Masuk syurga Allah.
  - benda nih pasti lah kan. sebab bila kita ingat Nabi, Allah sayang, bila Allah sayang, masuk syurga! :)


10. Salam daripada Tuhan.
  - akan sampai salam dari Allah kepada dia :)


That's what I got from the kuliah maghrib tadi. Masa abah ajak tuh, macam malas jak. Siap buat muka lagik. Tapi bila dah pi, dapat pengetahuan baru macam nih, memang bersyukur lah :) Tambah pulak boleh share dengan orang, lagi la best.


Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal! :)


Love,
Fartvxqhlovate.