Thursday, March 21, 2013

...and the pain went away

So assalamualaikum wbt.

These days arent where people love to blogwalk anymore I guess..........so harap-harap ada la jugak sorang dua jawab salam tu haha or else I have to emmmm bajet hebat bukak blog sendiri and jawab salam sendiri? *okay I sound like someone who desperately needs a bog reader but NOPE, it's okay hahaha.

So. Today is the last day of class alhamdulillah. Finally! Foundation classes officially ends! But unfortunately final exam ada lagi la kan. *which I hmmm absolutely dont know what to scribble on the answer sheets next week !!

So last week, or this week's early days (fck whatever day it was) I fall sick. *which I rarely do. So when I did, it was like aghhhhh very teruk, cant even walk, no appetite, this and that and those...........

I was so thankful to my friends around me yang helped out, Kim Biel Wawa and Nana and whoever, yang stopped by at least to say get well soon ehehe.

The worst part of being ill was that I tak suka makan ubat okay. Like seriously I took an hour to finish at least two dose of medicine. Hmm.

But finally I was ehemmm kinda sorta touch when Ummi Abah sanggup turun Kuantan to visit me. *cuz memang I susah sakit kan -.-

I honestly am touched and absolutely terus rasa berdosa haha like yknow been a very ungrateful daughter. But I wasnt that bad laaa hehehe :p

Oh yeaaaa. You must would want to see what makes me almost cried. What my auntie said to me :

Hmmmm. I surely am touched. Sampai harini pun. Cant believe it la. Thanks ummi abah.

InshaAllah Ill do my best in final :')

and so.........the pain went way. Food poisoning and fever, hamdallah and biiznillah, berlalu. (actually sakit lagi 2 days after that but fever no more la hehe)

That's it. Alhamdulilah, semoga Allah redha :D

Love
FarzanaRosley
Fareyfar
Fartvxqhlovate


Thursday, February 14, 2013

The interview.

Assalamualaikum.

So today I went to my previous school, SMKA Al-Irshad. I went there for one reason - to interview my English teacher, Madam Zaiton. She had taught me English since form4. However, she knew about me and my friends since form 1 or form 2 cuz we're awesome liddat hahaha. *of course, the record. we were kinda.....famous hahaha. But no harm, sebenarnya we were just being cheeky. There were only some teachers yg didnt really understand teens like us hahaha.

Okay. After melawat, I actually realised that I do, really, miss my schoolhood so much :') I know my foundation year is doing good but I cant help loving my past life - in Irshad :)

Alhamdulillah, I guess I was lucky enough to be part of Irshadian :)

Idk what's wrong w/ my lappy but I cant upload any pictureeeee >.< Penat je aku bukak nak update chaittt.

Hokay, this is the Quote of The Day, (picture edited by me). Exo Kris. :)




Love,
Farzanarosley.
Fartvxqhlovate.
Fareyfar.



Friday, June 22, 2012

DUDUK!

Assalamualaikum wbt. Today, Im gonna present you a story, entitled, "DUDUK!"

Kisahnya bermula begini. Di suatu malam yang hening di UiTM Kuantan Padang Lalang, TESLian group B dan D sedang belajar di Dewan Makan (takda makanan, tp digunakan untuk belajar -.-)

Kelas yang berjalan merupakan subjek Islamic Studies. Maka, pelajar2 ini belajarlah dengan penuh khusyuk. Seperti yang di-plan, para pelajar dan ustaz akan memulakan bacaan Yasin, di DM diketuai Ustaz Fathir, pada pukul 9 untuk mengelakkan sebarang gangguan yang semedang mengganggu anak2 muda di UiTM Kampus Padang Lalang tersebut. Beberapa pelajar naik ke atas untuk mengambil kitab Yasin mereka.

Setelah turun, seorang pelajar (known as Usher if Im not mistaken) whispered to Ustaz supaya menyedekahkan bacaan Yasin untuk atuknya yang juga baru sahaja meninggal dunia semasa itu. *takziah ana ucapkan kepada anta, jgn bersedih, Innallaha ma'ana. Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.

Maka, bacaan dimulakan dengan 2 niat. Mengelak gangguan and untuk arwah atuk Usher. OK, saya menulis terlalu pjg. Setelah selesai membaca Yasin dan doa, ustaz menyambung pelajaran to 10. Setelah tamat, kelihatan beberapa pelajar lelaki yg bukan dari group B n D masuk ke kawasan DM utk hug Usher. *Mungkin utk mengucapkan takziah kepada Usher, saya kira.

Usai membaca doa, ustaz benarkan kami utk pulang ke bilik. Tetapi, sekumpulan pelajar lelaki yang masuk kws DM td meminta kami utk duduk sebentar. Namun, secara tiba2, seperti panahan petir, terdengar satu tengkingan dari belakang menyatakan, "DUDUK DULU!!" *like a boss! Apakah dia fikir dia bapak saya atau org yg lagi tua dr saya utk tengking segerombolan pelajar sebegitu? Tambahan pula, ustaz masih di situ!

Some boys told that 'duduk' guy to calm down. So, one of the boys memulakan speech. Dia suruh kami baca al-Fatihah utk atuk Usher, so we did it.

Kemudian, dia ckp : Lepas ni, korang kalau nak buat apape, discuss la dulu. Usher ni sebenarnya nak balik, tp disebabkan ada kelas tiba2 mlm ni, dia taknak skip class, dia tak sempat jumpak atuk dia. Atuk dia baru...*he shed tear. Atuk dia meninggal.

Kemudian that 'duduk' guy tengking lagi : ATUK DIA MENINGGAL TAU TAK?! MENINGGAL?!
So, mulalah girls bersuara like 'eh apa ni' ' y blame us' 'takyah la nk jerit2'.

That ends the story. Bukannya cerita tu tergantung. Tapi malaih nak taip dah. 
K, let's discuss.

Nilai murni yg terdapat dlm cerita DUDUK ialah:

1. Sabar. (Saya begitu bersabar kerana tidak membalas tengkingan 'duduk guy'. Kalau bukan kerana saya tak tahan nak ke toilet kerana terlalu sejuk dan menghormati Usher yg masih sedih, saya diam. Grr.)
2. Redha. (Usher redha dengan pemergian atuknya. Dia diam sahaja. Tetapi org lain yg lebih2 nk tengking bagai. Aneh. Hm.)
3. Hormat menghormati. ( 'duduk guy' tidak mempunyai sikap hormat menghormati kerana menengking kami semua di hadapan ustaz. Saya yg tidak mmpunyai apa2 authority, ingin mewajibkan 'duduk guy' utk meminta maaf kepada ustaz kerana menengking di hadapan ustaz. Kami tidak sempat pun untuk mngucapkan 'Terima Kasih Ustaz'. Ustaz pergi mcm tu sahaja. Maafkan kmi Ustaz :( )
4. Kepimpinan. ( baguslah kepada the guy yg buat close up dgn cara yg baik. namun sedikit sinis. but who cares. Asal saya sempat pergi toilet -..- )

Pengajaran yg terdapat dlm cerita DUDUK! ialah :

1. Kita jgnlah nak berlagak like a boss, berjalan in the middle of a crowd sambil silang tangan lepas tu tengking tengking org seperti 'duduk guy'.
2. Kita mestilah menghormati org yg telah pergi. Jgn lah menengking2 ats sesuatu kematian. Bukanlah salah sesiapa ats pemergian atuk Usher. "semua yg hidup pasti akan mati" Dan maafkan semua org Usher, it's not like all of us knows that your grandpa sedang sakit. Takziah sekali lg from ana. Ana harap enta tabah. Sedekahkanlah Yasin selalu jika rindu. In shaa Allah, atuk enta tenang di sana.
3. Kita hendaklah bermaaf-maafan sesama kita. Saya maafkan duduk guy. Tapi mohon duduk guy pergi memohon maaf dari ustaz jua.
4. KITA HENDAKLAH BERBINCANG DAHULU SEBELUM MEM-PLAN CLASS. (walaupun ini adalah punca pergaduhan, saya berani jamin, kisah DUDUK! ini, tiada sesiapa yang patut disalahkan.)

Sekian. Itu saja kot. 

Love, 
Fartvxqhlovate.
Farzana Rosley.
TESLIAN GD :)

Friday, May 25, 2012

SEBAB KITA DICIPTAKAN ALLAH TAALA

This is another post, by sahabat beta - Asyraf Fauzi, the KP. So, here it goes. it's good to share :)

Assalamualaikum w.b.t dan salam tsaqafah

Apa ertinya kita diciptakan di atas dunia ini oleh Allah? Pernah kita tanya diri kita kenapa aku menganuti Islam? kenapa aku diciptakan sbg manusia? kenapa aku diciptakan lebih mulia daripada binatang? Paling penting, siapa aku di atas dunia ni? Sudah tanya? apa jawapannya? Pernah terasa ingin mencari jawapannya? Atau kita terlalu leka dengan hidup di dunia ni? Atau kita hanya Islam pd nama dan zahiriah. Bukan bathiniah. Mahu menambah tsaqafah? Nantikan huraian yg ringkas daripada ana (berdasarkan ilmu yg ana dapat dari sahabat ana di dq dan ana rasa ana perlu berkongsi dengan rakan) :D

Pertama - tamanya ana memanjatkan setinggi - tinggi kesyukuran kepada Ilahi kerana memberi ana kesempatan untuk berkongsi dengan antum semua satu ilmu yg kita patut tahu sebagai seorang yg bergelar Muslim. Sebenarnya ilmu ni ana dapat daripada kawan ana di darul quran. Beliau amat petah berkata - kata dan mempunyai ilmu yg mendalam.

Sebelum tu, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. berkat perjuangan dan pengorbanan baginda bersama para sahabat, hasil titik peluh dan darah yg dikorbankan, kita dapat rasa dua nikmat yg besar pd masa kini, iaitu nikmat Islam dan juga nikmat iman. Firman Allah

"Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W); wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya" (Surah Al Ahzab:56)

Jadi kalo ditanya mengapa kita dicipitakan oleh Allah Taala di atas muka bumi ini pasti ramai akan jawab berdasarkan firman Allah dalam surat Adz Dzariat ayat 56, “Tidak Kuciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu. Tapi di sini ana nak tanya, apa maksud firman Allah tersebut? Kalo kita terjemah ayat memang berbunyi begitu. Tapi bagaimana pula dengan tafsirnya?? Pernah kita selidiki??

Ana lupa nama ulamak yg mentafsir ayat tersebut. Tapi tafsirannya berbunyi begini. Beliau mentafsir kalimah 'kecuali untuk beribadah kepadaKu' dengan tafsiran 'untuk mengenali Aku'. Faham? Maksudnya Allah ciptakan hamba Nya di atas muka bumi ini untuk mengenal siapa Khaliq mereka. Atau kita boleh panggil sebagai Ma'rifatullah.

Tahap Ma'rifatullah merupakan satu darjat yg tinggi bagi setiap Muslim. Apabila Muslim mencapai tahap ni, setiap perbuatan, percakapan dan sifat mereka adalah semata - mata kerana Allah. Kerana mereka yakin Allah Maha Melihat dan Allah melihat apa yg mereka kerjakan dan mereka sedar setiap amalan mereka akan diberi balasan oleh Allah Taala. Satu analogi ana boleh bagi di sini. Contoh kita merempit di atas jalan, tiba2 kita nampak ada roadblock. Mesti kita takut kan?? hal ni kerana kita tau kita akan menerima balasan daripada polis kerana merempit. Jadi bagaimana nak mencapai tahap Ma'rifatullah ni?? Supaya kita akan rasa kita sentiasa diawasi dan dilihat oleh Allah. Supaya kita berani melakukan amar ma'ruf nahi munkar. Sehingga kita gentar untuk melakukan dosa walau sebesar zarah sekali pun.

Professor Syed Naquib al - Attas, seorang tokoh pemikir Malaysia telah berkata sebenarnya kita semua telah mencapai taraf Ma'rifatullah tersebut!! Terkejut?? Hakikatnya ya, kita telah capai. Persoalannya bila kita capai tahap tersebut? Ingat lagi perjanjian kita dengan Allah di alam roh?? Firman Allah (a.w): 'Maka ketika Tuhan kamu mengeluarkan keturunan Adam dari tulang sulbi mereka dan mengambil penyaksian terhadap roh mereka (dgn berfirman): 'Bukankah Aku ini Tuhan kamu?', berkata (i.e. menjawab roh): 'Bahkan (Engkaulah tuhan kami)! (Kami Allah (a.w) lakukan sedemikian itu) bahawasanya  tidak berkata mereka pada hari kiamat: 'Sesungguhnya kami adapun kami dengan ini penyaksian terlupa kami.' [Ayat 172, Surah al-A'raf] Atau, berkata mereka: 'Sesungguhnya apa-apa yg syirik ibubapa kami dari sebelum kami; dan adapun kami adalah zuriat sesudah mereka. Apakah Engkau (Allah) akan membinasakan kami dgn apa-apa yg berbuat orang-orang yg sesat dahulu itu?' [Ayat 173, Surah al-A'raf]

Ramai manusia lupa perjanjian ini. Kerana apa?? Allah campakkan kita di atas muka bumi ini kemudian Allah lupakan kita sebentar tentang perjanjian yg pernah kita buat. Kita dipanggil al - insan. Ism yg kata dasarnya ada 'nasiya' yg bermaksud lupa. Ya, kita pelupa. Apa yg kita lupa?? Perjanjian yg kita pernah buat dengan Allah.

Sebenarnya, kehidupan kita di dunia adalah untuk kembali pada perjanjian Allah tersebut. Saat di mana kita mengaku bahawa Allah Tuhan kita dan tiada Tuhan yg berhak disembah melainkan Allah. Allah ajarkan kita tentang Islam. Satu cara hidup yg lengkap meliputi pelbagai aspek kehidupan yg mampu mendorong kita kembali kepada perjanjian tersebut. Allah kurniakan kita dengan RasulNya, Muhammad ibni Abdullah. Manusia mulia yg memimpin manusia betul2 mendalami Islam. Jadi kenapa kita ingkar?? Fikir2 kan.

Mari kita imbas kembali firman Allah dalam surah al - Baqarah ayat 30 "Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi seorang khalifah. Berkata mereka : Apakah Engkau hendak menjadikan padanya orang yang merusak di dalam nya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau ? Dia berkata : Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

Allah ciptakan kita lebih mulia daripada haiwan. Allah kurniakan kita akal untuk membezakan kita dengan haiwan. Kalau kita hidup tak menggunakan akal yg Allah bagi, maka kita sama sahaja dengan haiwan. Allah kurniakan kita dengan ilmu. Manusia boleh menjadi lebih mulia daripada malaikat dengan ilmu yg mereka miliki. Sebarkan ilmu di bumi Allah ni kerana ia bukan milik kita.

Ana harap ilmu yg ana kongsi malam ni bermanfaat bagi semua warga 0711. Maaf ana x berapa pandai mengarang ayat dan menghuraikan isi. Tapi ana harap apa yg ana karang ni sedikit sebanyak bermanfaat pd semua. Sebelum ana mengundur diri, ana nak kita sama2 menghayati satu lagi firman Allah dalam surah ali Imran ayat 110 yang bermaksud :"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik."

Assalamualaikan w.b.t dan salam tsaqafah :D


Thanks Asyraf for sharing :)

Ilmu Allah untuk semua^^

yang copy-paste,
Love,
Fartvxqhlovate.
Fareyfar
FarzanaRosley

Thursday, May 24, 2012

Baitullah ; An Invitation - Ziarah Madinah

*this is us. kat ladang kurma. sambil minum2 teh free :)
*dekat Jabal Uhud :) dekat dengan para syuhada'... <3
Assalamualaikum. After days. Haih,

Today Im gonna write about Ziarah Madinah. We specialized this day to visit Madinah. Tapi sampai noon je. Sebab we decided that we wanted to pray in Masjid Nabawi. No matter what!

So, the first place yang kami lawat masa Ziarah Madinah ni, is of course, Masjid Quba' :D As stated in my previous post, ada kelebihan bersolat di Masjid Quba' ni :) Gambar kat Masjid Quba' dah ada dekat post yg before ni. So, tk perlu la gambar lain kan. Hehe.

After beribadah and beli kebab yang super sedap dekat masjid Quba' we moved to the next location. Which was ladang kurma. Dekat Madinah, kurma murah and banyak. Abundant yknow. Sebab pepohon kurma banyak kat sini. Tapi dekat Madinah, kurma less. But air zamzam sng dapat. Err sebenarnya kat Madinah pun senang je dapat air zamzam. Sebab bila masuk je masjid, they prepared tong2 air yang BANYAK and ada air zamzam utk kita minum.

Begitulah kemudahan di sana :) Baik kan org Arab ni?

Gambar2 semua kat atas lah ye. Taktau kenapa dia takleh mai dok bwh ni terus. boleh je nak ubah. Tapi malas :p Err tk byk pun. saya curik sikit dr uncle Rafee and auntie Ina. halalkan ye :p

Setelah shopping beli kurma banyak2 smpai berat beg, we moved to the next place. That I liked most :)
Which was Jabal Uhud. Yg aku suka  pasal Jabal Uhud is dekat sini ada Saidina Hamzah. :') And other syuhada.

Antara para syuhada', I loved Saidina Hamzah, Asadullah the most :) IDK why. But masa belajar sirah, I fall in love w/ him. And his character :) I was so happy. Dapat merasa dekatnya dengan para syuhada'.

Ada jugak gambo dekat Jabal Uhud tuu :) tgk2 la. :')

Ok, lepas Jabal Uhud. where did we go aaaa. Hmmm we visited Qiblatain oso. Tapi tak turun bus. If Im not mistaken. Sebab it was near to Zohor alr. Very busyy amek gambo kat Jabal Uhud. Hehe

So, this was how our Madinah Visit ended. Hewhew :)

Alhamdulillah. Alahai ni dah macam mengulit kenangan.

So, in shaa Allah the next post about Baitullah will be our experience in Mekah pulak :D You must've been waiting right? Hehe *eh bajet mcm ramai baca jak -.-

Nantikan, in shaa Allah :)
Baitullah ; An Invitation - Masjidil Haram

here's the link to related post :
Raudhah
Masjid Quba'
Invitation

Baiklah, akhir kalam, assalamualaikum wbt :)

Love,
Fartvxqhlovate.
FarzanaRosley