Saturday, January 30, 2010

eip:P saranghae.


i luv this class. n the members:DD
saranghae:))
those who're leaving,,,
take care.
amir hafiz, farmie judin,[classmates]

n btw, ummul n azimah un, jg diri...

those yg apply mrsm uhh,,,emm:( jgn laa pegi.

Tuesday, January 19, 2010

imam ibn taimiyyah.

grup aku dpt tokoh islam yg ni. maka aku perlu untuk berkongsi ape yg dipelajari ttg tokoh ini,mlalui subjek PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH,, [sbnrnya korek dri wikipedia n somwhere else]hee;p
n here it is.

(تقي الدين أبو العباس أحمد بن عبد السلام بن عبد الله ابن تيمية الحراني‎)
IMAM IBNU TAIMIYYAH
• Lahir di Bahran pada 22Januari tahun 1263M bersamaan dengan10 Rabiul Awal hari Isnin tahun 661 hijrah
• Nama sebenar beliau ialah Syeikhul Islam Abu Al- Abbas Ahmad Bin Abdul Halim Ibnu Abdus-Salam Bin Abdullah Bin Abi Al-Qasim Al-Khadri An-Namiri Al-Harani Ad-Damsyiqiyy Al-Hambali atau lebih dikenali dengan Ibnu Taimiyyah
• Datuk beliau ialah Imam Majduddin,beliau merupakan seorang pengikut Mazhab Hambali,beliau telah mempunyai sejumlah karya,beliau merupakan seorang ulama’ yang Faaqih dalam bidang Feqh,Hadith,Ilmu Usul serta Ilmu Nahwu
• Beliau telah berpindah ke Damaskus,Syria ketika beliau berumur 7tahun yang mana ketika itu merupakan kedatangan Tentera Monggol,manakala ayah beliau pula iaitu Syeikh Syihabuddin Abdul Halim merupakan seorang ulama’ yang dikira sebagai ulama’ yang terkenal dizamanya,pernah menjadi guru besar serta pemimpin sebuah madrasah di Sukariyyah dan beliau juga dibesarkan juga disana
• Diantara guru beliau ialah: Imam Syamsudin Al-Maqdisi(Mufti pertama Mazhab Hambali di Syria yang mana beliau mempunyai 200 orang guru),Imam Abi Al-Yasr,Imam Kamal bin Abdu,Imam Majd bin Asakir,Imam Ahmad bin Abi Al- Khair,Imam Qasim bin Arbaliy,Syeikh Imam Fakhruddin bin Bukhari,Imam Kamal bin Abdur-Rahim,Imam Qasim bin ‘Alaan,Imam Ahmad bin Syaibaan serta ramai lagi
• Manakala murid-murid beliau pula antaranya:Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyy dan Imam Abu Fida’ bin Ismail Al-Katsir(Imam Ibnu Katsir)
• Beliau telah mengikuti pengajian Kitab Musnad Imam Ahmad beberapa kali,dan juga telah mengikuti pengajian Kitab hadith sunan As-Sittah serta mengikuti pengajian Kitab Mu’jam At-Thabrani Al-Kabir,beliau telah menghafaz Al-Quran serta menguasai Ilmu Feqah dan mempelajari bahasa arab daripada Imam Ibnu Abdul Qawiy
• Ketika beliau berumur 17tahun,beliau telah diberi peluang oleh gurunya iaitu Imam Syamsudin Al-Maqdisi untuk memberikan fatwa kerana beliau merupakan seorang murid yang dikurniakan oleh Allah yang Maha Bijaksana yang sangat kuat hafalanya,senang memahami sesuatu pelajaran dengan senang serta banyak pengetahuanya
• Beliau telah terlibat dalam perang antara Monggol-Syria,beliau telah bergabung dengan tentera Syria-Mesir dan telah beroleh kemenangan
• Beliau telah dipenjarakan sebanyak 4kali!!setelah dibebaskan daripada tahanan yang pertama,beliau telah tinggal di Cairo,lalu dipenjarakan oleh Sultan Baibar Al-Jaishankir dan diasingkan di Alexendria kerana mengkritik terhadap pandangan Sufisme di Mesir
• Selepas dibebaskan,beliau kembali berdakwah di Cairo dan menjadi penasihat Sultan Nasir Muhammad Bin Qaawun
• Pada tahun 1318,sultan telah mengirim sepucuk surat dengan menyuruh beliau jangan lagi berfatwa dengan fatwa yang bertentangan dengan Mazhab Hambali,beliau telah menolak anjuran sultan tersebut lalu telah dipenjarakan di benteng Damaskus selama 5bulan 18hari,beliau telah dibebaskan oleh Sultan Nasir pada 9 Februari tahun 1321
• Beliau telah ditahan kali terakhir semasa fatwa beliau tentang soal ziarah kubur,beliau telah ditahan bersama dengan murid beliau yang setia iaitu Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyy(tahun1326)
• Karya beliau telah mencapai lebih kurang 4ribu naskhah dengan 300 jilid yang mana kitab beliau yang popular iaitu AR-RADD ALA AL-MANTHIQIYYIN(menolak pendapat ahli Mantiq)
• Kandungan kitab ini telah menolak pemikiran ahli falsafah Yunani yang mempengaruhi pemikiran manusia melalui teori Logika Matematik,kitab ini sebanding dengan karya Imam Ghazali iaitu Kitab TUHFATUL FALASIFAH
• Jika kandungan kitab Imam Ghazali menghentam pemikiran-pemikiran ahli falsafah Yunani dan mengolahnya dengan menyesuaikanya dalam pemikiran islam,tetapi Imam Ibnu Taimiyyah telah membangkitkan kembali semangat berfikir islam secara murni
• Kitabnya tidak dicetak,hanya sekali iaitu di negara India
• Diantara karyanya yang terkenal juga iaitu IKHTIYARATUL FIQHIYATI,KITABUL IMAN,AT-TAWASUL WAL WASILAH,AS-SIYASAH ASY-SYAR’IEYYAH FI ISLAHI RA’IE WAL RA’YAH,BAYAN AD-DALIL ‘ALA BATHLANI AT-TAHLIL,AS-SARIM AL-MASLUL ALA SHATAIM AR-RASUL,MAJMUAH AL-FATAWA,ALFURQAAN BAINA AULIYA’ ALLAH WA AULIYA’ ASY-SYAITAN,AL-JAWAB AS-SAHIH LIMAN BADAL DIN AL-MASIH dan lain-lain lagi
• Syahidnya Imam Ibnu Taimiyyah di Damaskus pda tahun 728hijrah,semoga Allah merahmati beliau atas jasa-jasa beliau dalam memperjuangkan islam meskipun hidup beliau penuh dengan rintangan,cabaran,hidup dalam tahanan,cacian serta makian bahkan diteruskan juga cacian dan makian kepada beliau sehinggalah ke hari ini(percaya atau tidak?)

Saturday, January 16, 2010

sunwayyyy 160110

best;D
anis blnja.haha.

tp terrjumpak mamat2 ntahapahahapa,.
ta kesa laa.
sebokk je dorg uhh.

emmm;D

Saturday, January 9, 2010

twitter.

ahah;D
cena nk guna?
tak paham.
tak reti.
help me!~