Friday, September 10, 2010

...tangisku di 1 syawal

bukan jenisku untuk berpuitis. yang kutulis, segalanya datang dari minda yang senantiasa terbuka.


seperti orang lain, pagi syawalku bermula dengan sesi bermaafan seisi keluarga. tak perlulah kuceritakan lebih lanjut mengenainya. sesi bermaafan kali ini lebih santai. tiada airmata yang jatuh dipipiku walau setitis. berat kuakui, semakin besar aku, semakin malu untukku biarkan airmata ini jatuh terutama dihadapan ahli keluargaku. aneh kerana dihadapan sahabatku, kubiarkan ia menghujani pipiku, membanjiri kelopak mataku.


ahh. bukan itu niatku menulis indah pada hari ini.


yang ingin dilanjutkan, setelah ke surau bersolat sunat aidilfitri dan mendengar khutbah yang disampaikan ayahku penuh gentar dia akui. tersilap kata, berpeluh basah. nah, aku hanya tersenyum. di kala itu, aku rasa kosong. rayaku tahun ini tidak terisi seperti dulu. nah. aku abaikan bahagian luahan hati ini.


yang kumahu ceritakan! 


setelah bersiap segala pada pukul 2 mungkin, aku, ibubapaku, serta kaklongku ke kubur. agak lewat, yaa. kerana kesibukan bapaku ke kubur menjadi imam bacaan doa. tanggungjawabnya tak harus diabaikan jua. lagipun, kami ingin terus menghantar kaklongku ke jetty atas sebab dia harus bekerja malam ini.
sampai dikubur, kami sedekahkan doa dan surah buat arwah datuk dan nenek yang meninggalkan kami pada 4 Oktober 2003 dan 11 November 2008.


tamat bacaan, kami keluar dari kawasan perkuburan. pandanganku terhenti pada lelaki yang kukenali. cacat, bapa saudaraku. namun bukanlah adik ibuku. cuma sepupu ibuku. cacat lelaki ini bukan semulajadi. namun, takdir Tuhan, akibat demam panas. maka sistem tumbesaran otaknya terbantut mungkin. tak kutahu semua itu. 
aku terlepas pandang sekumpulan sahabatnya yang turut melintasi aku sekeluarga. ayahku yang tiba-tiba bersuara, "adik, ada duit kecil tak?"
aku hanya mengangguk. namun belum sempat kuhulurkan kepada ayahku, dia sudah punya tukaran tersebut lantas menghulurkannya kepada sahabat-sahabat bapa saudaraku.


dalam malas, aku toleh, siapa pulaaa. detusku dalam hati. 


melihat 5 wajah suci ini, aku terdiam. suci mereka bukannya apa. kuyakin, umur mereka semestinya lebih lanjut dariku, dan aku sudah tidak pusing lagi megelilingi kampungku untuk beraya. dan lima wajah kurang upaya ini kuperhati dalam-dalam. dalam sombong dan jahilku ini, timbul rasa kasihan. dan aku sedih. 
perlahan si lelaki cacat itu menjawab " te...trima...kasih."


YA! mungkin dia gagap. kerana dia tidak punyai kelebihan yang satu itu, bertutur normal sepertiku. sungguh aku terdiam seribu bahasa. aku dikakukan oleh 5 hamba Allah yang mungkin fizikalnya cacat, namun kupercaya dan yakin, hati mereka sesuci kainputih. saat itu mataku bergenang.
tangannya menggerekot ke dalam. jalannya capik. sungguh, dalam keadaan itu, mereka tetap berjalan mengelilingi kampung. mungkin kerana otak mereka yang tumbesarannya berbeza dari manusia normal sepertiku. 


ayah mengarahku masuk ke dalam kereta. kereta mula bergerak. dan lima si cacat tadi masih berjalan capik untuk meneruskan perayaan mereka barangkali.
ayah mengeluh " kalau kita ada kat rumah sekarang, boleh hidang makan..."
tiba-tiba kaklongku bersuara menyuruh ayahku berhenti.
"kenapa?" aku menyoal perlahan. aku kembali tenang. angkuhnya aku, air mata kembali ke tempatnya, tidak jadi turun.
" tadi abah sedekah, akak nak sedekah jugak." alongku turun dari kereta dan kembali menuju kearah mereka. 
kutoleh sekali lagi. wajah mereka menerima wang itu sungguh tak dapat kutafsirkan bagaimana. namun dikala itu aku sedar, sungguh aku lemah. insan bongkak dan tidak tahu bersyukur. hidupku dilimpahi kemewahan malahan dikurniakan anggota fizikal yang normal. walaubagaimana pun, ada saja yang tidak kena dimataku. 
lima si kurang upaya tadi melambai-lambai lagi sambil tersengih. air liurnya sedikit meleleh. sahabatnya tolong mengelap dengan tangan yang turun menggerekot itu.
lantas aku pusing depan. nah. aku sudah tidak sanggup.
saat along masuk kembali kedalam kereta, aku masih diam.
"kasihannya..." tiba-tiba aku bersuara. along hanya tersenyum pahit. 
"kasihannya..." aku ulang lagi. along hanya diam tak berespon.
"kasihannya...isk" kali ini ulangan ini diiringi airmata. sungguh aku menangis. egoku jatuh. kuakui wahai pembaca kalam, saat aku merakamkan kembali kisah ini, aku masih mengangis sambil menaip. tak dapat kulupakan lima wajah suci itu.
along tersenyum. " bersyukur dengan segala nikmat yang kita dapat.."


aku menangis dan terus menangis. tadi kurasa syawalku pada 2010 ini kosong, kini terisi penuh. mungkin bagiku ia membosankan, namun bagi mereka insan suci itu, sungguh bermakna. sambil aku menangis menulis tinta ini, kuberi pesan buat sang pembaca, moga kisah ini memberi teladan. sungguh ini pengalamanku. 
menjadi tangisku di 1 syawal..


:'( 
ku doakan kesihatan mereka yang kujumpa tadi berkekalan. agar dapat mereka teruskan hidup dengan lebih tabah. 
tak kukesal...tangisku di 1 syawal.


-fartvxqhlovate
siti farzana rosley
1130pm [100910]

Saturday, September 4, 2010


I failed in some subjects in exam, but my friends passed in all. Now he is an engineer at Microsoft and I’m the owner of Microsoft. 
-Bill Gates

I failed in some subjects in exam, but my friends passed in all. Now he is an engineer at Microsoft and I’m the owner of Microsoft. 
-Bill Gates

p/s :indahnya hidup :) i wish i can be like this. meaning, can get the right to achieve my dream. doesn't mean i have to fail slalu, memang kena perbetulkan fail tuh. seboleh-bolehnya, lulus slalu la. tapi, semoga mendapat kejayaan in future :)

-fartvxqhlovate