Thursday, March 28, 2019

Tips Bercuti di Taiping (Hotel)


Assalamualaikum and hello everyone!

As I promised to whomever yang ada membaca my previous post, (kalau ada lah 😂) it's gonna be about this awesome hotel that we stayed in Taiping!

Disclaimer : Hotel tersebut takdak sponsor or pay me to puji them okay hahaha.

But I do have to admit that our stay there was sponsored by this awesome bunch! 😘

😍 THANKS PARTYPEOPLE!

They sponsored our honeymoon hotel goiseeee. Terharu noks. These are my girls yang went through the ups and downs during my degree life. You girls rock 😘

Okay, appreciation post aside, here's the interior of the room. I guess the best way to explain is through photos I guess 🤔

Hotel Lounge 👌

Bilik kami 😉

Bilik air shower dia transparent okay. Jangan ingat tak boleh bawak family pulak. Boleh ja. Ada macam tirai boleh tarik tutup. Tirai keras so dijamin selamat dari sebarang pemandangan yang tak diingini 😅

Gambaq ni ihsan trivago hahah. Sebab terlupa nk amek gambaq bagi nampak meja tu sekali. No kidding, exactly like the room we stayed. 

Ihsan jua. Sebabnya tengok dari tingkap near the lift ja. Tak terpikiaq nk bawak baju mandi ka apa sobsob so tak termandi pool dia. Huhu. 

Pros of this hotel's location
- It is literally right next to a mall (attached to it actually). The hotel shares their parking with the mall, so for us who stayed in the mall kita kena turun mintak cop dekat kaunter depan sebelum keluaq. No worries, ada lift nak turun naik k 😋

- In the heart of the town (near to many places)

- Near convenient store (7-eleven) and also food stalls
--> berhadapan Yong Tau Foo Bomba
--> near to Doli Kuetiau Goreng (boleh ja nak jalan prolly 10 - 15 mins walk tapi INI MALAYSIA YEEEE. Paneh noks)

Banyak ja lagi pros dia for me tapi hampa boleh la survey dekat Trivago. Aku tak kata mai Taiping wajib stay sini. Cumanya kalau nak stay sini, aku rasa okay. Nice. Okay la from my experience 😁

Cons dia, hmmm tah tak sure. Hahaha. Mungkin sebab dia jauh sikit dari tempat tenpat yg menarik utk dilawati. Bukan jauh sangat, tapi you have to go by car. No other choice. Mungkin boleh call grab. 


Hehe. That's all from me for this post. 😉 Thanks for reading!
Love,
Farzana Rosley
Fartvxqhlovate

Previous Post:
Tips Bercuti di Taiping

Sunday, March 24, 2019

Tips Bercuti di Taiping


Assalamualaikum and hello everyone.

So today memandangkan azam dah ada (cough cough), kena la cuba menulis semula hiks.

Alright untuk first post ni inshaAllah nak list down the places you can visit in Taiping 😁 kiranya tempat menarik di Taiping lah kan. Kenapa nak tulis pasal Taiping? Sebab sini la first trip dengan husband 🙈  (many more to come inshaAllah). Alright, without further ado, here goes.

Places

1. Zoo Taiping
- Memang kena pi tanpa was was. Ada jugak Night Safari, so boleh pilih nak masuk time bila. Siang atau malam. Jangan ingat masuk malam rugi tau. Most animals here are nocturnal so mungkin lebih banyak akan munculkan diri. Kami pi waktu siang so ada jugak la haiwan2 yang main aucak aucak sorok lena.
- Entrance: RM 16/person
(dalam tu boleh naik train/macam kereta panjang (?) untuk pusing zoo, tapi kami jalan ja so tak sure pulak if naik benda tu kena bayar ka dak)
- Parking: RM 3

Kenapa depa suka cari kutu? Rupanya sebab depa makan kutu tu 😅 baru tau


2. Taman Tasik Taiping (Taiping Lake Garden)
- Kat Taiping ni dok nampak tasik ni la port newlyweds mai untuk photoshoot. Haha serious cantik and tenang ja tengok. Kami pi tengah hari (wrong timing) panaih la jugak 🤦‍♀️ best time to go is in the morning or evening. Redup redup romantik gituh.
- Entrance : Free.

3. Muzium Perak
- Muzium ni antara yang tertua di Malaysia. Macam macam ada. From animal bones to orang asli infos, boleh tengok sini. Ada jugak kereta mahal kerabat diraja dolu dolu dipamerkan kat sini.
- Entrance : RM 2/person



Next, let's get to the more interesting part. Hehe. Food places in Taiping. The food here sedap sedap jugak so if you're here for foodhunt, you won't regret it 😉

Foodplaces

4. Yong Tau Foo Bomba
- awat nama dia Bomba? Bukan bomba yang buat naaa. Nope. It is located right next to a bomba station. That's why. Kat sini ada medan selera. Best to go at night rasanya. You can eat various food. Ada nasi ayam, siamese cuisine and etc. And of course, beli la yong tau foo makan kongsi kongsi. Sedap hehe.
Price range: *depends on what you pick and order*


5. Doli Kuetiau
- kedai ni katanya very famous sejak dahulu kala. Lol. Memang antara yang paling famous. Mai Taiping tak singgah makan kedai ni macam rugi kot? Sebab although nama kedai kuetiau tapi macam macam meal ada jugak. Mostly noodles la. Huhu. Tak ingat nasik ada ke dak. And TIPS! masa makan kuetiau tu, kena letak kicap cabai dia tu. If not rasa dia kureng sikit. Tapi bila letak kicap rasa dia umph! Kalau takut cabai tu pedas macam aku, asingkan lah cabai tersebut.
Price range: RM 7 - RM 10/person (termasuk ayaq ya. Tapi tengok jugak la hampa order apa 😅)

Menu Doli
Sedapnyaaaaaa. 
Depan kedai. Tulisan jawi 😍

6. Ansari Famous Cendol
- dah nama pun famous. Hahah. Memang famous. One thing about places in Taiping ni they're near to one another. So macam rugi kalau tak pi. And kisahnya cendol dia memang sedap. Passembur pun ada. Bukak pagi taktau sampai pukul berapa. We went there in the morning so had cendol and passemboq as our breakfast. 😋
- Price range: *refer photo*
Sedapnyaaaa. Adoi macam nak pi Taiping lagi hahah. 

Menu dia. 


7. Pesto Pizza + LA Burger
- kenapa ada tambah punya simbol kat situ? Sebab nya kedai ni mcm sekali tapi bayaq asing. Tah la nak cerita macam mana. Lel maaf tak membantu. Okay kedai ni located just right next to KTM Taiping. Memang literally makan sebelah railway. Not a problem. Sebab kedai kedai kat sini semua bersih and well taken care of. Selain dari dua kedai ni ada sederet kedai yang hampa boleh pilih. Cuma jangan pi lewat. Around 10 ke atas memang mostly nak tutup dah. Kami pun pi lewat sebab taktau nak makan mana. Jenuh google jugak masatu.
Price range: *based on what you order*




In conclusion, (eh dah conclude? Haha) Taiping is a family place. Kalau macam ada anak kecik kecik, rasa macam tenang ja pi Taiping. Tak hectic. Chey cakap macam aku dah ada anak. Tak lah. Kalau muda mudi nak pi dengan kengkawan pun memang okay. Sebab tak mahai. Masa pi kami baru ja menikah so sangat okay untuk bajet kami. Tapi to commute from one place to the other memang paling senang pakai kereta la. Kena drive.

Certain places are walking distance ja. Banyak tempat tu tanpa kami sedar just depan hotel ja. Gigih la kami naik kereta turun parking tengok2 bawah tu ja. Naik balik parking hotel hahaha. Lepastu turun jalan kaki ja. The hotel that we stayed was Novotel 😍 it deserves a post on its own. Haha.


So that's all for now I guess. You guys can just ask anything in the comment section kalau ada la nak tanya apa apa. Hehe. Maaf post biashe biashe. Tak banyak places. Tajuk tu macam plural macam banyak sangat. Haha. Almaklum dah lama tak menulis. Hope it helps a little tho.

Thanks for reading!


Love,
Farzanaley.
Fartvxqhlovate.

Related Post
>>Tips Bercuti di Taiping (Hotel) 

Thursday, March 21, 2019

Late Housekeeping. (Hello 2019!)


Assalamualaikum wbt and Hello guys!

Wah lamanya tak menulis. Blog bukan sekadar bersawang entah jin pun dah menapak lel.

Semua post sebelum2 ni mostly aku dah private kan sebab aku rasa macam hm hm zaman BBNU sangat ah. Tak perlu lah kot. Cukup lah untuk aku ja tengok zaman kejahilanku hahaha.
Yg okay inshaAllah akan ku ubah ke public. Hm entah masih ada ka blogwalking culture sekarang.

Dua tahun lepas azam aku ialah make sure aku post blog. Dua tahun kemudian, lol....

Reason aku rasa macam perlu jugak untuk aku blog kembali ialah kerana aku jenisnya kalau google apa apa, tak kisahlah dari resepi ke tips memusing dunia, aku jenis membaca. And aku sedar yang melalui pembacaan blog, aku dibantu oleh ramai orang.

So, begitulah kisahnya. Aku rasa macam mungkin la, mungkin, pengalaman secebis dua aku ni boleh dikongsi dengan orang and tolong orang pulak. InshaAllah.

Today aku takkan update blog lagi lah kan. More like housekeeping gitu. Lol aku harap aku akan update bebetul la lepasni hakhak.

Sekian dari aku,
Farzanaley,
Fartvxqhlovate (namapena zaman bbnu takkan dilupa 😜)


Thank you for reading 😉