Sunday, July 5, 2020

Keimanan Para Sahabat #1: Usman bin Maz’un

Assalamualaikum and hello everyone.

These past few days banyak menonton video video tazkirah. Kemudian rasa rugi kalau tak kongsi sebab bila kita berkongsi, lebih banyak yang kita ingat kan. Maka baik lah sekiranya aku tulis dan mungkin ada la secebis pahala untuk aku. Hihi.

Kalau hampa bukan jenis yang suka membaca, ketahuilah bahawa content yang aku dapat ni daripada video Ustaz Wadi Anuar. Mudah difahami, jelas dan inshaAllah sohih.

Dalam bentuk penulisan; aku kongsi serba sedikit nota yang aku dah catit bila dengar tazkirah beliau.
Kisah keimanan para sahabat yang diuji pada zaman awal baginda Rasulullah SAW menyebarkan dakwah di Mekah.




Usman b. Ma’zun

  • Merupakan saudara susuan Nabi
  • Mendapat keistimewaanà perlindungan yang diiktiraf daripada Menteri Kanan Quraisy pada zaman tersebut – Al-Walid bin Mughirah (sahabat baik kepada Usman; juga merupakan bapa kepada Khalid al-Walid)
  • Disebabkan perlindungan tersebut makanya polis atau mana-mana kuasa tak boleh tangkap atau apa-apakan beliau
  • Apabila Usman memeluk Islam, para kafir Quraisy marah dan mereka pun berjumpa dengan Al-Walid. Mereka gesa beliau untuk menarik balik keistimewaan perlindungan tersebut.
  • Al-Walid pun memanggil Usman bin Maz’un untuk berjumpa. Dia kata supaya berhentilah beribadat, kalau tak dia akan tarik balik keistimewaan perlindungan yang dia beri kepada sahabatnya itu.
  • Bila dengar member dia cakap macamtu, Usman terus bertegas dan cakap supaya ditarik semula perlindungan tersebut. Sebab dia tak takut pun.

PENGAJARAN

Perkongsian aku ni macam simplified version hehe. Tapi yang penting mesej sampai. 

Untuk aku, pengajaran yang aku dapat ialah betapa hebatnya para sahabat yang sanggup tolak apa-apa keistimewaan pun, walaupun depa tau akan membawa risiko kepada hidup depa.

Zaman dulu bukan lekeh-lekeh ya kena siksa.

Kita yang diberi pelbagai keistimewaan hidup aman, tiada sebarang ancaman pun kadang-kadang masih liat nak beribadah. Hmmmm.

Harap mengetuk pintu hati jiwa raga kita. Moga kita terus berpesan-pesan untuk melakukan kebaikan.

Thanks for reading!

Love,
Farzanaley
Farzana Rosley

No comments: