Saturday, May 23, 2020

Tips Bercuti di Ipoh


Assalamualaikum and hello everyone!

Sebelum apa apa, jujur aku nak cakap. Azam 2020 malas nak kaitkan dengan blog sebab takut tak terbuat. Hahaha. Tapi aku akan cuba menulis bila sempat. Sebab yang membaca pun tak ketahuan berapa ramai, jadi tulis sahaja untuk kenangan hehe.

Okay kalini bakal menulis mengenai trip aku dan BFFSKWAD ke Ipoh bagi menutup tahun 2019 pada Disember yang lalu.

Banyak benda yang boleh cerita tapi aku rasa orang selalu cari tempat makan. Betul tak? Memandangkan trip kali ini cuma dua hari. Jadi aku hanya boleh kongsi sedikit tempat makan best yang kami dah pi haritu.

1. Restoran New Hollywood (Canning Garden)

Restoran ni ialah restoran pertama yang kami singgah lepas masuk Ipoh. Senang cakap, lepas exit ja tol, terus waze. Haha kenapa?

Sebab lapar la kan. Plus malas pi lambat sebab takut ramai. Namun, masa sampai tu memang padat dah manusia. Kami pun gigih 7 orang duduk kat 1 meja setelah menunggu for quite a while, dalam 20 mins jugak tak silap?

Sedap ke tak? Alhamdulillah berbaloi tambah berat sekilo kat sini hahah sebab sedap ja apa yang kami makan.

Prices dah tak ingat. Almaklum seronok berjalan kalini lupa nak catat harga huks.
P/s: kena bayar dekat each kedai tu sendiri tau. Air ja akan ambil order untuk roti telur goyang.

2. Greentown Dimsum
Halal dimsum in the house! Hehe. Selain Dolly Dimsum, kat sini boleh rasa dimsum yang sedap dan original, bukan sekadar isi yang letak instant food macam fishball segala benda tu.



Not bad. Sebenarnya kami dah kenyang. Lepas pi restoran New Hollywood tu terus ke sini sebab geng dari KL baru sampai dan mereka belum makan. So kami just rasa rasa makanan depa hehe. Dimsum pulak kami order around 3 bekas tak silap? Okay sila tengok gambar. Harga dah cannot brain bila bahagi 9 orang tolak tambah memang tak ingat hahaha.

3. Restoran Hj. Sharin Low
Price: RM 19/person 



Again, tak ingat exact price of each menu sebab kami ramai so kami order banyak terus semua sumbat ja apa Yang diorder. Tapi berbaloi. We ate a lot. Dan kami rasa okay la bayar banyak tu dengan apa yang kami makan hahaha. Cumanya butter
Here's the photo. 


4. Nasi Ganja (Kedai Kopi Yong Suan)
Price: less than RM10/person



Maaf la tak ingat exact price haha. Tapi kami duduk terus kat meja (tak sudi nak beratur) so kami tempah benda yang sama. Tu syarat kalau nak duduk terus. Tapi lauk semua sama jela haha. Tengok gambo tu ha. Beserta Teh O Ais. So harga total tu bahagi ja kami. Mudah dan pantas gituh. Dah sampai Ipoh kena la merasa kan. Hehe.

Kalau hampa encounter post aku ni lepastu kecewa, aku mohon ampun hahaha. 2 hari 1 malam ja masa kami dapat spend bersama. Huks. Tapi alhamdulillah twas memorable.

Bonus yang aku akan include dalam ni ialah tempat menarik yang kami lawati:

5. Tasik Cermin
Yang viral ada budak menyanyi suara sedap tengah tengah tasik yang mcm dalam gua tu. Ha sini lah guys. Personally, selaku orang yang gemuk, nak masuk dalam tu mengah jugak la hahaha. Tapi alhamdulillah sukses! Hekhek makanya sis bersyukur ada kenangan. Mujuq member ramai so ada la sorang dua sudi jalan slow ikut pace aku hehe.
11/19.



Entrance:  Free.
Parking: RM 5.

6. Concubine Lane
Sini viral sebab kedai kedai dia jual macam macam benda menarik. Vibe dia macam kat Penang jugak lebih kurang. Untuk aku, tempat yang paling menarik ialah Harry Potter themed cafe. Platform 1/2 Cafe. Tak masuk pun. Tapi berkesempatan ambil gambar depan tu. Since kami pi time cuti sekolah, keramaian dia buat aku beristighfar jap hahaha. Ada jugak kedai juai roti inti rainbow🌈. Lawa memang lawa weh. Tapi rasa dia beshe beshe la. Takat nak buat amek gambaq, beli satu share la hahaha.
Platform 9 1/2

Roti lgbt hm

Entrance:  Free.
Parking: kalau bertuah, dapat la park dekat. Kalau idok, bertabahlah berjalan jauh skek. Harga cam biasa la. RM 5 la mostly. Jenih pay per entry dekat mana mana tanah lapang. Pasty menapak nun pi jalan concubine tu.

7. Galeri Yasmin Ahmad


Actually dulu galeri ni ada satu building dia sendiri. But then tak sure apa jadi, depa relocate dia and dia ada dekat bawah BookXcess. Bawah tanah tak silap. Omputeh panggil basement gituh. Menarik. Boleh tengok karya karya and quotes by her. Legend kan dia, so tak rugi jugak melawat.

8. BookXcess

Tempat dia walking distance ja dari Concubine Lane tu. So berjalan sekali harung la tempat tempat ni. Kalau hampa tak minat membaca, jangan risau. Kedai ni memang cantik boleh ambik gambaq insta worthy haha.

Okay. Aku harap aku cover habis la trip kami haritu haha. Alhamdulillah dapat reunite dengan kawan kawan. Sedih sebab kena tinggal anak sat but it felt good to catch up. Masatu takdak covid segala, so rasa aman jela. Sekarang bertabah la.
Alahai. Itu jelah. Rindu dunia luar rumah. Rindu rumah mak pak sendiri kat Penang. 20 mins ja dari rumah laki aku ni. Tapi dah merentas negeri. Sabaq jela.

Thanks for reading.

Love,
Farzana Rosley.

Post ni aku draft 9 Feb 2020. Harini 23 May aku baru sambung habiskan tulis. Kalau hampa dah baca, alhamdulillah. Sukses first blogpost of 2020 🤣

No comments: