Assalamualaikum wbt and hello everyone.
Ada peluang, kita tulis jelah.
Baru baru ni team Kelab Guru dan Staf (KGS) bagi tahun 2025 (termasuk aku) telah merancang satu program LdP. Tajuk program nya kami bagi SPAGETI. Hahah kenapa SPAGETI? God bless ChatGPT lah harus. Semangat Pasukan Aktif Guru Energetik Toleransi Inspiransi.
Honestly aku tak sekreatif itu untuk bagi idea nama program. But alhamdulillah sebab pada pengamatan aku, program kami berlangsung dengan jayanya.
Antara faktor kami kena gerakkan jugak program ni ialah sebab pengetua kami ni berhasrat agar cikgu-cikgu dapat mengukuhkan silaturrahim dan mengeratkan ukhuwah antara kami semua. Jadi kami team KGS ni just buat jelah mana yang kami mampu. Gratefully, semua cikgu and staf memang bekerjasama and sporting sangat! Jadi program kami memang lancarrrr hehehe
Let's review a little bit about the location, Damai Park Resort in Merbok, Kedah.
Lokasi nya dari sekolah kami ambil masa sekitar 40 minit. Banyak cikgu yang carpool. Kami team AJK ada yang tidur sana semalam awal. Bilik dia luas, air nya sejuuuuuuk, dan disebabkan kami tempah bilik resort kat bawah tu, dekat ja dengan tempat guard, jadi tak sunyi sangat lah.
Dia ada 3 bahagian:
A- Tapak bawah; yang kami duduk. Tapak ni betul betul dekat entrance, kat bawah saja. Soon as kita masuk, ada dewan kat kanan, tempat mandi untuk orang luar and also dewan makan. Bila jalan masuk dalam lagi, ada office dan dewan lagi satu. Sebelah kiri pulak ada dua bilik. Ada jugak tapak dan dorm di tapak awal awal ni.
B - Tapak perkhemahan @ program yang sangat besar. Yang ni kena masuk and naik atassss lagi. Besar and convenient kalau bawak students. But since kami bawak guru dan staf saja, jadi tak book kawasan ni.
C - Pusat Kokurikulum. Sini ada banyak la aktiviti boleh buat, flying fox repelling dan segala aktiviti kokurikulum yang ada. Yang ni naik atas, kena pusing kiri.
Semua boleh jadi kat sini. Contact jela office depa. InshaAllah depa layan dengan baik dan profesional. Overall, kami berpuas hati. Tempahan makanan pun rasanya cukup ja. Aku pulak tak sempat tengok sangat masa ni.
Ada ja video kat youtube aku. Ni ha, buat kenangan.
Sekian dari aku, semoga aku tidak lupa :)
Love,
Fartvxqhlovate.
Farzanaley.
No comments:
Post a Comment