Assalamualaikum wbt and hello everyone.
Last Deepavali break, kami sekeluarga decide ke KL sebab nak bawak parents aku ke kenduri. Sambil sambil tu, kami singgah rumah bapa saudara sebelah bapak husband aku sebab nak melawat tok dia yang masih ada.
Selagi tok ada, kami memang akan turun KL and ke Shah Alam untuk jumpa tok. Kadang kami singgah jugak Kg Pandan kalau aunty (mak tiri husband) ada. But this time masa kami call, rupanya aunty di Korea nun... seronok nyaaa. Kami mampu ke KL ja lah dulu sekarang haha. Habis ja sekolah hari Jumaat tu balik ambil anak di pengasuh terus kami ke kolumpo.
Okay, tapi aku nak cerita pasal kedai makan ni yang kami singgah before balik (on Sunday). Memang kami nak cuba kedai yang belum pernah pergi lagi. So aku google terus, kedai lauk Melayu dan keluarlah suggestion:

Maaf lah kereta siapa termasuk tu.
So here's my review;
Parking: 5/5.
Untuk hari Ahad, parking nya mudah dapat. Ada park dalam kawasan kedai, ada juga ruangan kat tepi tepi jalan tu yang boleh kita letak kereta. Yang penting ada akak RELA jaga. Jadi takda la kita gelabah nak melintas especially kalau bawak anak anak kecik macam kami.
Suasano: 4/5
Aku rasa tenang ja sebenarnya. Aku ni mudah dibela sebenarnya. Namun, aku rasa satu satunya benda yang depa kena improve ialah lagu. Hahaha. Small matter ja tau. Tapi lagu kenduri kahwin weh. Siapa la susun playlist ni. Pasang lagu P Ramlee ok, lagu klasik pun okay ja. Tapi ada satu time tu macam bersusun lagu kenduri. Aku kalau kenduri ni, rasa macam kena makan free la ek :P Tapi gurau ja. Ni small matter aje. So takda masalah la.
Vibe kedai ni macam dalam alam sikit, banyak pokok dedaunan berguguran walaupun tengah kota. Cantik la, seriously.
Facility & Cleanliness: 5/5
Tempat basuh tangan dia jauh ke belakang sikit. Tapi not really a bad thing? Depa boleh ja tambah sinki lagi kat depan tu. And although aku tak berapa pasti tapi rasanya belakang sinki tu macam ada toilet. Aku ni ralit sikit. Tapi yang penting sekali bersih! Kalau orang bangun dari meja kan, laju ja staf dia mai cuci meja. Tak menyempat nak bergetah meja tu.
Food & Price: 5/5
Dari segi makanan, lauk semua cedok, pinggan or sudu garpu semua boleh ambil sendiri. Pastu selection pun banyak la weh. Ada kawasan sayuran and ulaman sahaja. Ada kawasan lauk pauk. Lepastu ada jugak area kuih muih. So memang rambang mata nak memilih makanan.
![]() |
| Ni kat kawasan kuih muih. Kalau masuk ke dalam tu, lauk pauk nasi. |
Dari segi rasa, again aku cakap aku ni mudah berpuas hati. Kalau depa masak secukup rasa, dah sedap dah untuk aku. Jangan masak macam lauk pantang ja, then maybe I will rate it down. But for us aku berpuas hati. Anak anak makan nasi and ayam ja, tapi habis tau. Alhamdulillah. Yang penting real food, bukan makanan merapu.
![]() |
| Pinggan laki aku; Nasi, ayam goreng, begedil and sayur bayam. |
![]() |
| Pinggan aku; nasi belah kuah tu aku makan. Belah kiri tak kena kuah tu aku suap anak. Haha. Patin dalam mangkuk tu aku punya jugak. Jarang jumpa kat Penang kena makan, walaupun ghisau takut mahei. |
![]() |
| Pinggan Fahri. |





No comments:
Post a Comment