Sunday, December 14, 2025

Food Review #4 : Indonesian Cuisine @ Sore Bakso, Sungai Petani

Assalamualaikum wbt and hello everyone.

Nowadays since my son has enrolled in piano lessons on Fridays, we make it a routine to have lunch in Sungai Petani before sending him. Jadinya, kita memang plan nak makan kat setiap kedai yang tak pernah try sebelum ni haha.

So let me introduce you to this shop yang aku rasa baru jugak ni. I present to you:

Sore Bakso

Depan kedai dia memang lawa betul.

Now Im gonna start my simple review. Level picisan cara aku lah. Asalkan blog aku hidup and at the same time aku teruskan this one routine that makes me feel alive, like how I used to.

Parking:
Jujur cakap, agak susah. Maybe sebab kami pergi on a Friday which is part of the weekend in Kedah kan. Location dia pulak tengah pekan. Jadi kita kena berebut la nak cari parking kosong and betul betul nearby. Alhamdulillah kami berjaya a very secure spot, depan kedai sebelah dia ja haha. Bila bawak anak memang aku jadikan parking as a criterion to look at jugak lah. Bukan takda, cumanya nak cari yang betul betul berdekatan memang ikut nasib.

Suasano:
To be honest, masuk kedai ni kita bayar kat suasano dia. Hahaha. Walaupun warna interior dia oren, aku rasa meriah semacam but it has a calm and peaceful environment, jadi boleh bertenang sambil makan. Sejuk, ada aircond semua. Memang la selesa dikkkk.

Ha nampak, convenient.

Jadi dari sudut suasana, memang family friendly dah.

Facility & Cleanliness:
Kerusi dia selesa, besar elok. Tak macam kerusi kat sesetengah kedai hipster, depa buat aesthetic sangat sampai kita nak jatuh kerusi. Sebabnya? Kecil sangat seat tu. Kita ni besao. Also, safe untuk anak anak duduk even tak guna baby chair tu pun. Tempat basuh tangan ada dalammmmm and dekat dengan toilet dia, jadi okay jelah aku rasa. Bersih pun memang bersih. Kita puji!

Food:
Bila tengok menu, nak kata pelbagai sangat tu tak. Maybe sebab kedai ni macam baru lagi? Tapi tak la sikit sangat jugak. Variasi jugak. Cumanya dia bukan Indonesian cuisine yang Minang tu, BUKAN eh. Dia ada lauk ayam masak something, ikan masak something, bakso ada, and a lot more. To me memang menarik untuk dicuba. Dari segi rasa, untuk perut yang mudah dibela macam aku memang rasa sedap. Laki aku pun bersetuju bab ni. 


Laki aku memang pantang jumpak teh botol ni.

Bawal masak something. Not bad atas ikan tu ada macam potatoes digoreng.


Ni pilihan aku - ayam masak teliwang?.


Mee Kicap. Anak aku happy la dapat ni.

Price:
Komentari harga ni selalunya datang dari my husband la eh. Dia yang tukang bayar. In his personal opinion untuk 3 meals plus 1 air, di Kedah, and harganya mencecah lebih RM50, dah kira mahal la. Hahah. Aku pulak, faham dan terima ja harga tu. Reasoning paling kuat ialah, bayar ke suasanoooo. Aircond semua ada kan.

Ni resit kami. Nyempat aku snap haha.


Apapun aku suka konsep dia. Aku dah la memang planning nak ke Jakarta next year, jadi kita feeling la sikit makan Indo cuisine kan hehe. Moga terus maju, Sore Bakso.


Okay lah. Semoga aku tidak lupa :)

Sekian dari saya, thanks for reading!

Love,
Fartvxqhlovate.
Farzanaley.


No comments: