Assalamualaikum w.b.t dan salam tsaqafah
Apa ertinya kita diciptakan di atas dunia ini oleh Allah? Pernah kita tanya diri kita kenapa aku menganuti Islam? kenapa aku diciptakan sbg manusia? kenapa aku diciptakan lebih mulia daripada binatang? Paling penting, siapa aku di atas dunia ni? Sudah tanya? apa jawapannya? Pernah terasa ingin mencari jawapannya? Atau kita terlalu leka dengan hidup di dunia ni? Atau kita hanya Islam pd nama dan zahiriah. Bukan bathiniah. Mahu menambah tsaqafah? Nantikan huraian yg ringkas daripada ana (berdasarkan ilmu yg ana dapat dari sahabat ana di dq dan ana rasa ana perlu berkongsi dengan rakan) :D
Pertama - tamanya ana memanjatkan setinggi - tinggi kesyukuran kepada Ilahi kerana memberi ana kesempatan untuk berkongsi dengan antum semua satu ilmu yg kita patut tahu sebagai seorang yg bergelar Muslim. Sebenarnya ilmu ni ana dapat daripada kawan ana di darul quran. Beliau amat petah berkata - kata dan mempunyai ilmu yg mendalam.
Sebelum tu, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. berkat perjuangan dan pengorbanan baginda bersama para sahabat, hasil titik peluh dan darah yg dikorbankan, kita dapat rasa dua nikmat yg besar pd masa kini, iaitu nikmat Islam dan juga nikmat iman. Firman Allah
"Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W); wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya" (Surah Al Ahzab:56)
Jadi kalo ditanya mengapa kita dicipitakan oleh Allah Taala di atas muka bumi ini pasti ramai akan jawab berdasarkan firman Allah dalam surat Adz Dzariat ayat 56, “Tidak Kuciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu.” Tapi di sini ana nak tanya, apa maksud firman Allah tersebut? Kalo kita terjemah ayat memang berbunyi begitu. Tapi bagaimana pula dengan tafsirnya?? Pernah kita selidiki??
Ana lupa nama ulamak yg mentafsir ayat tersebut. Tapi tafsirannya berbunyi begini. Beliau mentafsir kalimah 'kecuali untuk beribadah kepadaKu' dengan tafsiran 'untuk mengenali Aku'. Faham? Maksudnya Allah ciptakan hamba Nya di atas muka bumi ini untuk mengenal siapa Khaliq mereka. Atau kita boleh panggil sebagai Ma'rifatullah.
Tahap Ma'rifatullah merupakan satu darjat yg tinggi bagi setiap Muslim. Apabila Muslim mencapai tahap ni, setiap perbuatan, percakapan dan sifat mereka adalah semata - mata kerana Allah. Kerana mereka yakin Allah Maha Melihat dan Allah melihat apa yg mereka kerjakan dan mereka sedar setiap amalan mereka akan diberi balasan oleh Allah Taala. Satu analogi ana boleh bagi di sini. Contoh kita merempit di atas jalan, tiba2 kita nampak ada roadblock. Mesti kita takut kan?? hal ni kerana kita tau kita akan menerima balasan daripada polis kerana merempit. Jadi bagaimana nak mencapai tahap Ma'rifatullah ni?? Supaya kita akan rasa kita sentiasa diawasi dan dilihat oleh Allah. Supaya kita berani melakukan amar ma'ruf nahi munkar. Sehingga kita gentar untuk melakukan dosa walau sebesar zarah sekali pun.
Professor Syed Naquib al - Attas, seorang tokoh pemikir Malaysia telah berkata sebenarnya kita semua telah mencapai taraf Ma'rifatullah tersebut!! Terkejut?? Hakikatnya ya, kita telah capai. Persoalannya bila kita capai tahap tersebut? Ingat lagi perjanjian kita dengan Allah di alam roh?? Firman Allah (a.w): 'Maka ketika Tuhan kamu mengeluarkan keturunan Adam dari tulang sulbi mereka dan mengambil penyaksian terhadap roh mereka (dgn berfirman): 'Bukankah Aku ini Tuhan kamu?', berkata (i.e. menjawab roh): 'Bahkan (Engkaulah tuhan kami)! (Kami Allah (a.w) lakukan sedemikian itu) bahawasanya tidak berkata mereka pada hari kiamat: 'Sesungguhnya kami adapun kami dengan ini penyaksian terlupa kami.' [Ayat 172, Surah al-A'raf] Atau, berkata mereka: 'Sesungguhnya apa-apa yg syirik ibubapa kami dari sebelum kami; dan adapun kami adalah zuriat sesudah mereka. Apakah Engkau (Allah) akan membinasakan kami dgn apa-apa yg berbuat orang-orang yg sesat dahulu itu?' [Ayat 173, Surah al-A'raf]
Ramai manusia lupa perjanjian ini. Kerana apa?? Allah campakkan kita di atas muka bumi ini kemudian Allah lupakan kita sebentar tentang perjanjian yg pernah kita buat. Kita dipanggil al - insan. Ism yg kata dasarnya ada 'nasiya' yg bermaksud lupa. Ya, kita pelupa. Apa yg kita lupa?? Perjanjian yg kita pernah buat dengan Allah.
Sebenarnya, kehidupan kita di dunia adalah untuk kembali pada perjanjian Allah tersebut. Saat di mana kita mengaku bahawa Allah Tuhan kita dan tiada Tuhan yg berhak disembah melainkan Allah. Allah ajarkan kita tentang Islam. Satu cara hidup yg lengkap meliputi pelbagai aspek kehidupan yg mampu mendorong kita kembali kepada perjanjian tersebut. Allah kurniakan kita dengan RasulNya, Muhammad ibni Abdullah. Manusia mulia yg memimpin manusia betul2 mendalami Islam. Jadi kenapa kita ingkar?? Fikir2 kan.
Mari kita imbas kembali firman Allah dalam surah al - Baqarah ayat 30 "Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi seorang khalifah. Berkata mereka : Apakah Engkau hendak menjadikan padanya orang yang merusak di dalam nya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau ? Dia berkata : Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
Allah ciptakan kita lebih mulia daripada haiwan. Allah kurniakan kita akal untuk membezakan kita dengan haiwan. Kalau kita hidup tak menggunakan akal yg Allah bagi, maka kita sama sahaja dengan haiwan. Allah kurniakan kita dengan ilmu. Manusia boleh menjadi lebih mulia daripada malaikat dengan ilmu yg mereka miliki. Sebarkan ilmu di bumi Allah ni kerana ia bukan milik kita.
Ana harap ilmu yg ana kongsi malam ni bermanfaat bagi semua warga 0711. Maaf ana x berapa pandai mengarang ayat dan menghuraikan isi. Tapi ana harap apa yg ana karang ni sedikit sebanyak bermanfaat pd semua. Sebelum ana mengundur diri, ana nak kita sama2 menghayati satu lagi firman Allah dalam surah ali Imran ayat 110 yang bermaksud :"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik."
Assalamualaikan w.b.t dan salam tsaqafah :D

Thanks Asyraf for sharing :)
Ilmu Allah untuk semua^^
yang copy-paste,
Love,
Fartvxqhlovate.
Fareyfar
FarzanaRosley
No comments:
Post a Comment